Egg-Stra Ong yang 'Lagi Power' Marrybrown Kembali Lagi Sempena Tahun Baharu Cina
Monday, January 16, 2023Egg-Stra Ong yang 'Lagi Power' Marrybrown Kembali Lagi Sempena Tahun Baharu Cina | Sempena Tahun Arnab yang dinanti-nantikan ini, Marrybrown kembali lagi dengan hidangan Egg-stra Ong untuk dinikmati oleh seluruh keluarga. Menu kali ini ‘lagi power’ kerana didatangkan dengan limpahan sos telur masin yang padu dan lazat. Yang paling menarik, menu perayaan Tahun Baharu Cina kini terdapat menu tambahan yamg pasti memberikan sesatu yang berbeza dengan pelbagai pilihan yang pasti memikat selera rakyat Malaysia dan anda perlu dapatkan segera kerana ianya terhad sementara stok masih ada.
Menu baharu yang dilancarkan pada 9 Januari 2023 kali ini dipelbagai dengan hidangan Egg-stra Ong Fish Pau, kentang goreng telur masin, pai pisang dan Fruity Fizz serta masih mempertahankan ‘Ada kelainannya’ untuk penggemar Memang Best mereka, Kesemua sajian ini sememangnya disempurnakan dengan rasa masin, manis dan pedas sehingga memberi keenakan yang pasti memenuhi citarasa anda!
Menurut kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown. “Sejak menu Egg-stra Ong diperkenalkan, kami telah menerima maklum balas positif daripada para penggemar kami untuk membawa kembali menu ini setiap tahun, terutamanya menjelang Tahun Baharu Cina. Kami berbesar hati untuk membawa kembali hidangan Egg-stra Ong yang ‘lagi power’ dengan limpahan sos telur masin dan juga dengan tambahan sajian baharu lain untuk dinikmati pada tahun ini,”
Egg-Stra Ong yang 'Lagi Power'
Dengan harga dari RM7.80 untuk menu à la carte 2-keping dan set kombo dengan harga dari RM14.80, penggemar akan dapat merasai kenikmatan dan kelazatan sebenar Egg-stra Ong Fish Pau iaitu filet ikan yang lembut dan digoreng sehingga perang keemasan bergandingan sempurna bersama roti kukus dan sos Egg-stra Ong yang sedap.
Bagi mereka yang menggemari menu burger atau ayam rangup, anda boleh memilih Kombo 2-pc Egg-stra Ong dengan harga dari RM20.80, atau Kombo Egg-stra Ong Burger bermula harga dari RM16.80. Jika ada yang ingin menikmati kedua-dua pilihan ini, Egg-stra Ong Box Meal adalah pilihan yang paling tepat dan ianya dijual dengan harga dari RM25.80. Untuk lebih menyempurnakan sajian anda, tukar kentang goreng biasa kepada kentang goreng yang ditaburi dengan serbuk telur masin! Anda boleh merasaikan pengalaman sebenar yang ‘lagi power’ dengan harga tambahan RM1.00 sahaja atau menikmatinya dengan semua hidangan Kombo Egg-stra Ong.
Dengan gabungan perisa oren, nanas, mangga, dan buah naga, anda oleh nikmati segelas Fruity Fizz yang menyegarkan dengan setiap hidangan kombo. Manakala Egg-stra Ong Box Meal pula tersedia dengan kentang putar, kentang goreng, dan minuman. Pai pisang kombinasi enak kerak pai serta inti pisang yang manis lagi lembut ini merupakan pencuci mulut Marrybrown yang baharu dan jangan lupa untuk mencubanya kerana ianya sangat sedap. Pai pisang ini boleh didapati secara tambahan dengan setiap pembelian hidangan pada harga dari RM3.50.
“Sambutan dan sokongan yang menggalakkan daripada pelanggan adalah motivasi yang mendorong kami untuk sentiasa meningkatkan kualiti makanan dan perkhidmatan disamping menyediakan hidangan yang lazat, khas untuk semua rakyat Malaysia. Kami bersyukur dapat menyajikan hidangan Egg-Stra Ong kepada penggemar kami dan kami berharap menu istimewa ini dapat membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia sempena perayaan Tahun Baharu Cina pada tahun ini dan juga yang akan datang,” kata Dato’ Joshua Liew.
Restoran Perkhidmatan Pantas Halal (QSR) tempatan terbesar dan paling popular, Marrybrown kini melayani berjuta-juta pelanggan di lebih 500 restoran di 16 negara dengan objektif untuk memberikan standard kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman makan yang sempurna.
Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, MB App, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:
Laman Web: https://marrybrown.com/
Apl MB: https://mbapp.marrybrown.com/
Facebook: Marrybrown Malaysia
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: Marrybrown TV
0 komen