Bantu Anak-Anak Kuasai Matematik Dengan 5 Cara
Friday, October 21, 2022Bantu Anak-Anak Kuasai Matematik Dengan 5 Cara | Matematik merupakan antara subjek yang boleh dikatakan kurang diminati dan sukar dikuasai oleh kebanyakan pelajar. Menurut kajian Connie S. & Juppri Bacotang (2019), prestasi murid menunjukkan kemerosotan yang ketara dalam subjek matematik. Dan sebagai seorang ibu, perkara ini sangat membimbangkan kerana matematik merupakan antara mata pelajaran utama dimana seorang pelajar itu perlu lulus dalam subjek tersebut. Tambahan pula silibus matematik sekarang ini lebih fokus kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Secara tidak langsung boleh menyebabkan pelajar kurang berminat dengan Matematik.
Bagaimana nak menguasai dan menarik minat anak-anak untuk suka kan dengan Matematik? Sebenarnya kalau nak menguasai Matematik ni kita kena fahami konsep asas seperti menghafal sifir, memahami teori dan teknik, mempelajari formula serta meningkatkan skil mengira. Dan yang paling penting, kena banyak membuat latihan tambahan bagi meningkatkan lagi daya ingatan dan menguasai sesuatu konsep kerana subjek itu adalah teknikal dan lojik, bukan berasaskan pengiraan semata-mata. Di sini saya kongsikan 5 cara bagaimana bantu anak-anak kuasai Matematik. Iaitu:
Bantu Anak-Anak Kuasai Matematik Dengan 5 Cara
1) Bermain Sambil Belajar
Kanak-kanak dan pemainan memang tidak boleh dipisahkan sebab fitrah kanak-kanak kan memang suka bermain kerana permainan mewujudkan rasa seronok. Menurut Froebel, bermain sangat penting terhadap perkembangan murid-murid yang merangkumi aspek kognitif, sosial, emosi, dan fizikal (Froebel, 1889). Bermain juga memberi peluang kepada murid-murid untuk melakukan sesuatu aktiviti dan ianya merupakan satu teknik mengajar yang dipraktik kan. Memang kanak-kanak cepat bosan kalau belajar secara berteruan tanpa bermain kerana permainan dapat mewujudkan rasa seronok.
Dengan adanya permainan yang berasaskan pendidikan, secara tidak langsung minat anak-anak terhadap Matematik dapat dipertingkatkan bila pembelajaran digabungkan bersama aktiviti bermain. Anak-anak nak pergi sekolah pon seronok sebab dapat belajar sambal bermain.
2) Praktik kan Matematik Dalam Kehidupan Harian
Matematik memang tak boleh lari dari kehidupan seharian macam konsep tambah, tolak, darab, bahagi dan juga nilai wang. Contohnya seperti buah limau yang jumlah nya ada 12 biji. Tanya soalan mudah berapa biji buah yang akan mereka dapat jika dibahagikan kepada empat beradik. Sambil membeli belah pula, kita minta tolong anak membayar di kaunter, ajar mereka tentang nilai wang yang perlu dibelanjakan dan tanya baki wang yang akan diterima ketika membayar harga barangan.Secara tidak langsung anak-anak belajar konsep tambah dan tolak serta nilai wang dalam perbelanjaan.
1 komen
Kalau anak-anak minat math, memang agak mudah utk anak-anak minat subjek lain. Berdasarkan pengalaman sendiri.
ReplyDelete