Durioo+ Lancar Platform Penstriman Bercirikan Nilai Islamik Khas Buat Kanak-Kanak
Parenting Tuesday, March 08, 2022Durioo+ Lancar Platform Penstriman Bercirikan Nilai Islamik Khas Buat Kanak-Kanak | Siapa biasa tengok siri animasi Omar & Hana dan Didi & Friends? Jangan kata budak-budak, mak budak pon suka tengok juga. Sebab watak Omar & Hana Didi & Friends tu comel sangat. Banyak pengajaran yang diterapkan dalam setiap siri. Sambil menyanyi kita belajar. Sampai lagu pon dah hafal ya. Tapi kan, tak banyak siri animasi yang menerapkan nilai-nilai islamik. Sebab tu bila Durioo+ lancar platform pensteriman khas buar kanak-kanak yang menekankan nilai-nilai islamik, saya rasa sangat teruja.
Durioo+ Lancar Platform Penstriman Bercirikan Nilai Islamik Khas Buat Kanak-Kanak
Pada Januari lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri
Annuar Musa telah melancarkan sebuah syarikat Animasi Teknologi Malaysia
bernama Durioo. Durioo dengan rasminya telah mengumumkan platform penstriman
global pertama mereka yang dipanggil Durioo+ sebulan selepas dilancarkan
pada 18 Februari 2022. Platform yang berasaskan langganan itu bertujuan
untuk menyediakan kandungan Islamik yang berkualiti tinggi dan bermanfaat
untuk kanak-kanak di seluruh dunia.
Durioo+ ini akan menjadi batu loncatan untuk memantapkan kedudukan Durioo
sebagai platform animasi untuk kanak-kanak Muslim dari seluruh dunia di
samping memainkan peranan penting dalam ekosistem animasi digital di
Malaysia kerana Durioo+ ditubuhkan oleh pengasas serta individu-individu
kreatif yang menghasilkan siri animasi
Omar & Hana dan
Didi & Friends (Digital
Durian) dimana animasi tersebut telah meraih kejayaan global dan memperoleh
lebih daripada 13 juta pengikut di saluran-saluran YouTube mereka.
Pelanggan Durioo+ boleh menjangkakan lebih daripada 100 episod yang
terdiri daripada animasi dan bukan animasi berteraskan nilai dan prinsip
pegangan dalam Islam sempena pelancarannya nanti. Bagi memberikan pengguna
lebih banyak pilihan kandungan untuk ditonton, Ia juga merancang untuk
menampilkan 30 kandungan baharu setiap minggu. Selain daripada itu,
Syarikat itu juga akan membawa lebih daripada 12 rancangan baharu di bawah
jenama Durioo Originals. Antaranya ialah
Mina Mila, Little Ammar, Abibi,
dan banyak lagi.
Pelanggan Durioo+ mempunyai akses untuk menonton kandungan yang dihasilkan
oleh tim kreatif Durioo dan juga rancangan-rancangan menarik melalui
kerjasama dengan studio produksi lain seperti
Bubu Lala – produksi bersama
dengan Yeah Yeah Yeah Studio,
Polytako – animasi yang
dihasilkan bersama dengan Kanaloa Malaysia dan
Zehni – pengeluaran bersama
Philandure.
Berhibur Dan Pelajari Keindahan Agama Islam Dengan Durioo+
Pengasas Durioo, Sinan Ismail juga berkata, pelancaran Durioo+ adalah
langkah pertama dalam merealisasikan aspirasi mereka untuk menjadi
platform penstriman pilihan utama bagi kanak-kanak Muslim di dalam dan
di luar Malaysia.
"Kami mahu menyediakan platform yang selamat bagi membantu membina asas Islam yang kukuh untuk penonton kami dengan menyampaikan kandungan pendidikan yang mengajar tentang nilai asas dan kebaikan dalam Islam," tambahnya lagi.
Untuk akses yang lebih mudah, pengguna boleh memuat turun aplikasi
Durioo+ yang boleh didapati di kedua-dua gedung aplikasi iOS dan Android
termasuk Apple TV dan Android TV atau untuk pensteriman dalam talian,
boleh layari laman web
https://duriooplus.com/. Durioo+ menawarkan langganan dengan kos bulanan hanya
RM12.90 atau langganan
tahunan pada harga
RM129.90 sahaja. Durioo+
juga menawarkan percubaan
percuma selama 7 hari.
Promo Kod 30%
Selain itu, khas untuk pembaca di luar sana! Kalau nak dapatkan harga
terbaik, anda boleh menggunakan promo kod
“FIZADURIOO” untuk
menikmati diskaun sebanyak 30% bagi langganan Durioo+ bulan pertama.
Rugi kalau tak rebut peluang ini. Jom melanggan Durioo+ untuk
anak-anak hari ini juga.