Resipi Sambal Tempoyak Daun Kayu Yang Paling Mudah Dan Senang

Thursday, October 21, 2021

Resipi Sambal Tempoyak Daun Kayu Yang Paling Mudah Dan Senang | Sebenarnya memang dah lama betul teringin nak makan sambal tempoyak daun kayu ni. Memang susah nak jumpa dekat kedai-kedai makan. Kalau ada pon, rasa nya tak menepati citarasa tekak saya. Sambal tempoyak daun kayu paling sedap yang saya pernah makan adalah hasil air tangan dari mak dan kakak ipar. Tapi dulu lah. Sekarang ni dah tak dapat mersa air tangan mereka sebab mak pon dah tak ada daya dan kudrat nak memasak. Kakak ipar pula, memang tak sihat dari tahun 2005 bila secara tiba-tiba kena serangan strok. Memang rindu betul dengan masakan mak dengan kak long sebab mak dengan kak long masak sedap.

Ok… Berbalik kepada tajuk. Entah apa gigih betul, tiba-tiba datang mood yang teringin sangat-sangat nak makan. Kebetulan husband ada beli tempoyak dari kawan pejabat. Ada dalam 3 kilo juga lah dia beli. Maklum lah, peminat tempoyak tegar. Paling selera husband makan kalau masak tempoyak ikan bilis. Lauk lain tak pandang dah. Memang bertambah-tambah nasi lah. Ok… Melalut lagi, sambung balik. Weekend tu pagi-pagi dah pergi pasar nak cari bahan-bahan untuk misi Sambal Tempoyak Daun Kayu yang di idamkan. 

Kalau nak tahu, Sambal Tempoyak Daun Kayu ni boleh dikatakan makanan tradisi bagi masyarakat Negeri Sembilan dan juga merupakan makanan turun temurun ya. Tapi bila saya google resipi, ada juga versi-versi sambal tempoyak dari negeri-negeri lain. Walaupon begitu, resipi utama dia tetap menggunakan dedaun dan tempoyak. Kalau ikut sejarah, 99 jenis pucuk daun kayu digunakan untuk masak sambal tempoyak daun kayu. Tapi… Haaa… Ada tapi ya. Mampu ke korang nak cari 99 jenis pucuk daun kayu tu? Kalau dedaun tu ada di kawasan rumah, tak ada masalah. Yang jadi masalah kalau dedaun tu kita kena cari dekat pinggir hutan atau pon dalam hutan. Ambil masa pula kan nak cari dedaun tu semata-mata demi sambal tempoyak daun kayu. 

Makanya… Konsep 99 jenis pucuk daun kayu untuk buat sambal tempoyak daun kayu tu maksudnya korang boleh gunakan daun-daun yang tersenarai antara 99 daun yang masih popular seperti daun kunyit, daun mangun, daun kaduk, pucuk labu, daun lidah kerbau, daun pucuk ubi dan apa saja daun yang boleh dimakan. Begitu lah sejarah bagaimana sambal tempoyak daun kayu bermula. Belajar sejarah makanan pula kita ya. Tapi dalam banyak-banyak daun tu, saya hanya kenal daun kunyit, pucuk ubi dan daun kaduk sahaja. Dedaun lain memang tak kenal.

Ya Allah… Baru cerita pasal makanan dah panjang berjela. Resipi nya belum masuk lagi ni… Haha… ok… Ini dia Resipi Sambal Tempoyak Daun Kayu Yang Paling Mudah Dan Senang untuk disediakan. Saya Cuma pakai daun kunyit dan pucuk ubi sahaja sebab dedaun lain tak ada. 

Resipi Sambal Tempoyak Daun Kayu Yang Paling Mudah Dan Senang

Bahan-Bahan

1) Tempoyak*

2) Petai (belah dua sebab kadang-kadang ada makhluk dalam tu. Nak letak seketul pon boleh)

3) Ikan Bilis (ditumbuk kasar)

4) Cili Padi*

5) Kunyit hidup*

6) Serai

7) Santan

8) Garam

9) Dedaun (pucuk ubi, daun kunyit, daun kaduk. Arghhh… Refer senarai dedaun kat atas tu lah)

Cara-Cara

  • Blender bahan-bahan bertanda (*). Tempoyak tu saya blender sebab texture dia kan macam likat dan berketul. Separuh saya blender dan saya tambah sikit dengan yang tak blender
  • Hiris serai dan dedaun halus-halus macam kita hiris daun pandan untuk buat bunga rampai tu.
  • Letak kan bahan kisar dan santan ke dalam kuali, hidupkan api dan kacau
  • Bila kuah dah menggelegak, masuk kan ikan bilis
  • Kemudian tambah petai dan serai. Petai ni kalau tak masak betul boleh buat sakit perut. Serai tu pula kita masuk awal sebab dia keras. Nak bagi tak keras sangat kita masak dia dulu
  • Bila dah pecah minyak, masuk kan lah semua dedaun tu ke dalam kuali dan kacau rata hingga sebati
  • Perasakan dengan garam. Kalau dah puas hati, tutup lah api

Akhirnya… Seorang Pija berjaya menghasikan makanan yang diidamkan sekian lama. Pandai Pija masak. Pertama kali buat terus jadi… Sambil menaip sambal kecur ailio membayang kan kesedapan sambal tempoyak daun kayu ni… hehehe… Senang dan simple jer resipi nya. Bagi saya, dalam konsep masak memasak ni saya tak pandai nak ikut sukatan, Semua agak-agak saja. Kalau bahan-bahan banyak, lebih kan lah bahan tumisan, santan dan tempoyak tu. Kalau sikit, agak-agak lah berapa banyak bahan nak pakai. Lagi satu, kalau anda nak tambah udang atau nak letak daun kunyit sahaja pun boleh. Kita yang masak dia kan. Sedap juga tengok Tempoyak Udang Daun Kunyit resipi Bonde ni.


Tak hairan lah sambal daun kayu ni harga nya boleh tahan juga ya. Saya pernah beli yang RM5.00, memang seciput saja dapatnya. Sebab apa? Sebab nak menghiris dedaun tu memerlukan kesabaran yang tinggi tahap langit ke tujuh ya. Bayang kan saya hanya pakai daun kunyit dan pucuk ubi pon dah mengucap bila nak habisnya. Mula-mula halus lah hiris nya. Bila kau dah penat, gasak lah. Kalau tambah lagi dedaun lain? Petang baru siap masak kot. 

Oh! Ya. Pucuk ubi tu lepas hiris saya rebus dulu atas permintaan juri tetap. Katanya pucuk ubi tu pahit, kena rebus dulu. Saya kata tak perlu sebab tengok video diorang terus masuk saja. Kata juri lagi, kalau pahit macam mana? Ok… Saya isteri mithali yang menurut arahan. Kita rebus saja lah dulu. Risau juga kalau pahit pula sambal tempoyak daun kayu kita tu kan. Kalau ikut resipi asal, masak atas dapur kayu lagi sedap. Tapi kau orang bandar, kat mana pula nak cari kayu api. Tak apa lah. Masak atas dapur gas pon sodap.


Memang nikmat betul lah rasa dia. Gabungan tempoyak dan petai tu kan, mengancam bau nya. Rasa tak payah cakap lah. Memang sedap. Makan dengan nasi panas-panas, letak kicap sikit dan regu dengan ikan goreng garing. Di tambah pula dengan ikan masin. Suapan pertama tu terasa kerangupan dari hirisan serai… Pergghhh… Dapat bayangkan tak?? Memang bertambah-tambah nasi kami makan. Anak-anak pon suka. Kalau korang tak ada idea nak masak apa, cuba lah try resipi ni. Selamat mencuba.


You Might Also Like

2 komen



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive