6 Sebab Kenapa Lampu Monitor ScreenBar e-Reading Lamp Dari BenQ Jadi Pilihan

Thursday, August 05, 2021

6 Sebab Kenapa Lampu Monitor ScreenBar e-Reading Lamp Dari BenQ Jadi Pilihan | Pemilihan lampu  meja yang sesuai dipadankan untuk monitor pada ruangan meja belajar atau ruangan meja bekerja adalah sangat penting bagi memastikan pencahayaan yang ada pada ruang meja belajar atau ruang meja bekerja mempunyai kecerahan yang betul, seimbang dan tidak mendatang kan silau supaya kesihatan mata terjaga. Kalau nak tahu, pemilihan lampu monitor terbaik dapat meringankan ketegangan mata dan mudah letih bila menghadap skrin dalam jangka waktu yang lama tau. 


Lebih-lebih lagi sekarang ni kita dan anak-anak banyak menggunakan skrin gajet disebabkan Pembelajaran dan Pengajaran Di Rumah (PDPR) dan bekerja dari rumah. Secara tak langsung mata banyak terdedah pada cahaya monitor. Jadi pemilihan lampu monitor yang betul perlu dititikberatkan sebelum membeli. Macam lampu monitor ScreenBar e-Reading Lamp dari BenQ Malaysia ni, selain dapat meringankan ketegangan mata, mudah letih dan bebas silau, ia juga mambantu dalam menjimatkan ruang.

6 Sebab Kenapa Lampu Monitor ScreenBar e-Reading Lamp Dari BenQ Jadi Pilihan

Kalau nak tahu, anak mata kita ni ibarat seperti bukaan kamera fotografi. Ianya akan mengecil apabila berada di bawah cahaya yang terang dan kuat manakala akan membesar apabila berada di bawah cahaya yang gelap dan kurang nya pencahayaan. Bayangkan bila menghadap monitor pada jangka waktu yang lama dalam keadaan cahaya yang tidak sesuai. Secara tak langsung boleh menegangkan mata serta menyebabkan pelebaran dan pengecutan anak mata berlaku. Bila mata dah letih, sakit kepala mula menyerang.


Mujur ada lampu monitor ScreenBar e-Reading Lamp BenQ. Nak tahu kenapa ianya menjadi pilihan saya? Ini dia 6 sebab yang anda perlu tahu:

1) Peredupan Automatik (Auto Dimming)

Lampu monitor ScreenBar e-Reading ni dilengkapi dengan sensor yang dapat mengesan kecerahan yang ada pada persekitaran dan secara automatik cahaya pada lampu monitor akan bertukar mengikut kesesuaian cahaya sekitar pada tahap yang lebih tepat. Kalau dalam keadaan biasa, mod peredupan automatik akan menyala hingga 500 lux. Manakala semasa di dalam ruangan yang redup (di bawah 50 lux), lampu secara automatik akan menyesuaikan pencahayaan menjadi 300 lux. Ini untuk menghilang kan ketidakselesaan pada mata yang disebabkan oleh kontras cahaya yang kuat.


2) Pelarasan Rona Warna (Hue Adjustment)

Bagi menampilkan suhu warna yang boleh disesuaikan untuk memberikan fokus dan keselesaan, ScreenBar e-Reading Lamp BenQ di lengkapi dengan 14 tahap kecerahan serta 8 tahap kecerahan sekitar 2700K cahaya hangat (Warmlight) dan 6500K Cool Light. Warmlight ni cahaya yang hangat bagi membantu anda berehat dan menambah tenaga. Manakala Cool Light membolehkan anda menumpukan perhatian dan meningkatkan kecekapan kerja. ScreenBar Lamp ini juga mempunya fungsi Eye-Care. 

4) Bebas Silau (Glare Free)


Lampu monitor ini adalah bebas silau, tiada pantulan dan hanya memberi pencahayaan tepat ya kerana reka bentuk optik asimetris yang hanya akan menerangi meja anda dan tidak bersinar pada skrin. Ianya bagi mengelakkan silau reflektif serta memastikan pantulan adalah sifar dari skrin monitor.

5) USB Powered Lamp 

Tidak perlu wayar tambahan sebab Lampu Monitor ScreenBar e-Reading Lamp ni hanya perlu menggunakan kuasa USB. Cuma sambung kan sama ada pada computer, pengecas telefon, power bank atau mana-mana cawangan USB yang dapat menghidupkan bar Skrin Komputer e-Reading supaya ianya dapat menerangi meja anda.

6) Mudah Alih dan Jimat Ruang (Space Saving and Portable)

Dengan inovasi reka bentuk yang unik dari BenQ, lampu monitor ini hanya memerlukan klip yang direka khas supaya mudah dipasang pada monitor dan menjadikannya stabil kerana reka bentuk klip yang dipatenkan melekat pada monitor. Tidak perlu skru atau pita yang boleh merosakkan monitor. Klip ini sesuai dengan monitor dengan ketebalan dari 0,4 "hingga 1,2" (1 hingga 3cm). Memang menjimatkan ruang sebab lampu ni di pasang pada bahagian atas monitor. Takut lampu monitor ni jatuh? Tak perlu risau sebab klip ni agak berat ya.


Review Selepas Menggunakan Lampu Monitor ScreenBar e-Reading Lamp Dari BenQ Malaysia

Apa yang saya boleh katakan, memang nampak perbezaan antara lampu meja dengan lampu monitor sebab sebelum ni saya memang menggunakan lampu meja. Antara kekurangan nya adalah, pencahayaan pada lampu meja tidak menyeluruh dan sekata. Tahap cahaya nya hanya pada satu tempat dan tidak mencukupi. Secara tidak langsung menjadikan ketidakselesaan dan ketegangan pada mata lebih-lebih lagi bila ada kerja yang perlu dibuat pada waktu malam.


Berbeza dengan ScreenBar e-Reading sebab terdapat fungsi suhu warna yang boleh disesuaikan mengikut keselesaan mata kerana 8 warna yang terdapat pada fungsi tersebut mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh American National Standard Institute (ANSI). Buat mereka yang masih mencari lampu meja untuk ruang belajar anak-anak atau ruang bekerja, saya sarankan anda beli lampu monitor ScreenBar e-Reading sebab ciri-ciri yang terdapat pada lampu ni juga berfungsi untuk perlindungan mata dari silau dan pencahayaan yang tidak sekata.


Rasa teruja bila pertama kali tengok lampu monitor ni sebab rekaannya yang sangat praktikal, ringan dan mudah dipasang. Hanya klip kan saja pada bahagian atas monitor. Jadi ruang meja nampak lebih kemas, tidak sarat dengan barang dan tidak bersepah. Dah nama pon meja belajar / kerja. Tak sah kalau tak banyak barang kan. Jadi lampu monitor ni memang bagus dalam penjimatan ruang pada atas meja.

Jom Jaga Kesihatan Mata Dengan Monitor ScreenBar e-Reading Lamp 

Memandangkan anak-anak pon masih PDPR dan saya pon masih bekerja dari rumah, lampu monitor ni memang terbaik untuk meringankan ketegangan mata dan mudah letih bila menghadap skrin dalam jangka waktu yang lama terutama pada waktu malam. Lampu Monitor ScreenBar e-Reading Lamp Dari BenQ Malaysia ni memang terbaik dan berkualiti untuk anda beli dan jaminan adalah selama 2 tahun dengan On-Site Pickup service. Anda boleh membeli di kedai rasmi BenQ di Lazada.

Saya berharap dengan perkongsian ini dapat membuka mata ibu bapa dan mereka diluar sana bahawa pemilihan lampu monitor terbaik adalah sangat penting kerana fungsi nya dapat meringankan ketegangan mata dan mudah letih bila seharian  menghadap skrin. Secara tak langsung dapat melindungi kesihatan mata dari keadaan cahaya yang tidak sesuai. Kalau nak tahu maklumat lanjut atau pertanyaan dan pembelian, boleh layari laman web di bawah ni:


Website: BenQ Malaysia
Facebook: BenQ Malaysia


You Might Also Like

11 komen

  1. Rawlins kena beli gak nie sebab makin banyak mesyuarat online now sejak WFH nie. Nak menjaga kesihatan mata kan

    ReplyDelete
  2. wah tak tahu pula ada gajet macam ni, menarik juga boleh beli satu ni. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  3. Bagusnya nampaknya sy pun kena cari ni maklum la siang malam ngadap laptop kadang mata mmg penat

    ReplyDelete
  4. bagus ni kalau ada.. untuk mata kan.. esp sekarang kita byk guna gadget

    ReplyDelete
  5. Smart lampu dia. Marina buat jadi lampu tido sekali sebab ada lampu yellow tu. Hihi

    ReplyDelete
  6. Gadget yang bagus utk seisi keluarga. Pengurusan masa menggunakan peranti semua ni juga perlu. Jaga kesihatan sekali. Harga RM berapa kak? Ada promo utk 9.9 tak nanti?

    ReplyDelete
  7. Bagus BenQ ni, tak pernah rasa akan ada lampu segini untuk kegunaan monitor, so bagus untuk mata selain cahaya skrin tu.. nanti nak surveylah tengok.. kat laptop pun dia boleh pasang kan?..

    ReplyDelete
  8. Penting juga monitor screenbar ni dikala kita semua kena work from home, kelas pdpr dan ketika menonton movie di pc mahupun gaming. Stay home and stay safe ya.

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing this, i need a new monitor that can protect my eyes also.

    ReplyDelete
  10. Sesuai taglinenya banget ya. Because it matters. Kualitas lampu screenbarnya ok punya untuk dipakai. Tidak menyakitkan mata. Nice review sis

    ReplyDelete
  11. Bebas silau atau glare free tu yang menarik.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive