Inisiatif McDonald’s Malaysia Menaja Makanan Buat Petugas Kesihatan

Saturday, June 12, 2021

Inisiatif McDonald’s Menaja Makanan Buat Petugas Kesihatan | Dalam tak sedar, sudah masuk tahun pertama negara kita menghadapi penularan wabak COVID-19 sejak ianya bermula pada bulan Mac 2020. Betapa besarnya pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam menggalas tanggungjawab dan amanah yang di beri dalam menghadapi penularan wabak yang merbahaya ini, khusunya buat petugas kesihatan. Bagi saya ianya bukan pekerjaan yang mudah ya. Ianya ibarat sanggup mempertaruhkan nyawa bagi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat terjaga sejak negara kita diserang wabak pendemik ini.


Besar peranan petugas barisan hadapan ini dan mereka seharusnya mendapat pengiktirafan atas usaha yang tak ternilai harganya dalam menangani wabak COVID-19 ini. Bagi memberi sokongan dan semangat buat mereka yang berani ini, McDonald's Malaysia turut ambil peduli dengan keadaan semasa yang berlaku di negara ini dimana satu usaha telah diwujudkan melalui inisiatif dalam bentuk tajaan makanan kepada lebih 70 buah hospital yang merawat pesakit COVID-19 di seluruh negara. 

McDonald’s Taja Makanan Buat Petugas Kesihatan


McDonald’s Malaysia akan Taja Makanan Buat Petugas Kesihatan dengan melakukan penghantaran makanan ke hospital-hospital tersebut sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk setiap hospital dimana ianya merangkumi sekitar 30,000 pekerja yang terlibat dalam penjagaan kesihatan (Frontliners). Suatu tugas yang besar juga buat petugas McDonald’s Malaysia untuk memastikan penghantaran berjalan dengan lancer dalam usaha McDonald’s Malaysia membantu fronliner. Menurut kata Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar:

"Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Gerakan (MCO) pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui pelbagai tahap kehidupan selama wabak ini berlaku"

Seruan #KitaBoleh Bagi Menghargai Keberanian Petugas Kesihatan 

Kalau anda nak tahu, seruan #KitaBoleh telah dimulakan oleh McDonald’s Malaysia sejak Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) yang pertama pada tahun lalu, dan dijalankan menerusi platform media sosial mereka. Tujuan nya adalah untuk menigkatkan lagi semangat perpaduan dan perjuangan semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu padu dan mengekalkan semangat juang yang tinggi walaupun pada waktu-waktu yang sukar. 

Jadi… inisiatif McDonald’s Malaysia terkini ini merupakan kesinambungan dari rali organisasi #KitaBoleh di seluruh negara pada tahun lalu. Panggilan #KitaBoleh ini juga boleh kita katakan sebagai panggilan buat seluruh negara untuk memberitahu tentang keberanian dalam diam buat para petugas barisan hadapan yang bekerja tanpa lelah dalam memerangi wabak tersebut.

"Apa yang tetap konsisten sepanjang masa mencuba ini adalah kegigihan berterusan para barisan hadapan kami, yang pekerjaan hariannya menjadikan kehidupan kita lebih selamat setiap hari ketika kita melawan wabak ini," tambah Azmir lagi.


Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar ini juga memberi pengiktirafan kepada pasukan restoran yang bertugas untuk menghantar makanan ke hospital-hospital. Memang bagus inisiatif yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia ini dan ianya harus di puji dalam memastikan petugas barisan hadapan perubatan menerima makanan kegemaran mereka.

McDonald’s Malaysia Aktif Dalam Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Apa yang saya perasan, McDonald’s Malaysia memang aktif dalam Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam membantu mereka yang memerlukan. Lebih-lebih ladi di musim pendemik. Secara tak langsung, usaha McDonald’s Malaysia dapat mengurangkan beban petugas barisan hadapan. Bayangkan lah dengan petugas kesihatan ini yang kebanyak kan masa mereka memakai Personal Protective Equipment (PPE) nak cari makanan kan. Memang nampak lah hubungan McDonald’s Malaysia dengan komuniti dan masyarakat dijaga dengan baik. 


Jom semua, semarak kan lagi #KitaBoleh dengan duduk di rumah bagi menghargai kerja keras petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus bekerja semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) dijalankan. Sama-sama kita hayati pengorbanan mereka ini dan berdoa semoga pendemik COVID-19 ini cepat berakhir. Terima kasih tak terhingga buat McDonald's Malaysia kerana membantu frontliner dan menaja makanan buat mereka. 

Kalau anda nak tahu maklumat terkini mengenai McDonald's Malaysia, boleh lah layari laman sesawang McDonald’s Malaysia di www.facebook.com/My.McDonalds/.


You Might Also Like

16 komen

  1. Inisiatif yang sangat bagus . Program sebegini patut diteruskan,dari semasa ke semasa

    ReplyDelete
  2. Tahniah McD atas usaha yang sangat murni. Jom support McD. Semoga usaha ni berterusan.

    ReplyDelete
  3. Bagus effort MCD memabntu dan menyumbangkan makanan kepada frontliners kita.akak suka team CSR diorang yang sangat- sanagt bertungkus lumus membantu meringankan beban dalam apa jua keadaan menimpa rakyat malaysia khususnya...inisiatif yang patut dicontohi...

    ReplyDelete
  4. Bagus betul inisiatif yang dibuat olek Mc Donald's ni. Frontliners kita rasa dihargai sangat kalau banyak syarikat yang besar besar buat macam ni.

    ReplyDelete
  5. bagusnya mcdonald, usaha murni dari mcdonald ni harus di contohi . terima kasih mcdonald

    ReplyDelete
  6. sedang molek la mcD buat gini sebab sebagai syarikat makanan besar, kena ambil peduli. frontliners akan rasa dihargai bila tajaan sebegini diterima. kembang hati mereka :)
    mereka pun akan sambung bekerja selepas makan dgn hati yg senang. in shaa Allah...

    ReplyDelete
  7. Mudahan lebih banyak syarikat dan perniagaan besar di Malaysia datang membantu dan memberi semula kepada frontliners kita nie. Diorg penat tu.

    ReplyDelete
  8. Tahniah guru-guru Malaysia anda memang hebat dan seorang yg kuat tuk terus mendidik anak bangsa.

    ReplyDelete
  9. Sangat menjadi inspirasi buat semua yang di luar sana.. sebagai menghargai kepada mereka frontliner.. tahniah buat semua yang terlibat..

    ReplyDelete
  10. Bagus inisiatif dorang ni. McDonalds memang banyak bagi sumbangan. Tapi memang bagus la sebab McDonalds pun rasanya fast food yang tak lekang orang beli. Bila dia sumbangan macam ni orang pun senang hati nak beli McD lagi untuk support.

    ReplyDelete
  11. Tahniah mcdonalds malaysia diatas inisiatif ini.. moga dpt diteruskan usaha murni ini.. kepada frontliners, korang adalah wira kami!

    ReplyDelete
  12. Tahniah buat McDonald's Malaysia atas inisiatif menghargai pengorbanan dan jasa para frontliners perubatan.

    ReplyDelete
  13. Tahniah buat McDonald's Malaysia atas inisiatif menghargai pengorbanan dan jasa para frontliners perubatan.

    ReplyDelete
  14. Tahniah buat McDonald's Malaysia atas inisiatif menghargai pengorbanan dan jasa para frontliners perubatan.

    ReplyDelete
  15. tahniah buat McDonald's Malaysia atas usaha yang sangt murni ni. suka lah kakak dan abang frontliners kita kan dpt makan McD.

    ReplyDelete
  16. tahniah mcdonalds di atas usaha murni untuk menaja makanan buat frontliners

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive