Resipi Mudah Kek Batik Cheese Indulgence Sukatan Cawan
Thursday, December 17, 2020Resipi Mudah Kek Batik Cheese Indulgence Sukatan Cawan | Siapa yang tak pernah makan Kek batik kan. Gabungan Biskut, Coklat dan Milo memang menaikkan rasa keenakan kek batik. Kalau sebelum ni kek batik hanya dibuat menggunakan resipi asas sahaja, tapi sekarang ni resipi sudah di variasikan kepada beberapa jenis. Seperti tambahan topping Chocolate Ganache pada permukaan kek batik yang dipanggil Kek Batik Choc Ganache dan juga campuran Cheese dan Chocolate Ganache pada Kek Batik yang lebih dikenali sebagai Kek Batik Cheese Indulgence.
Bagi peminat Cheese dan Chocolate macam saya ni, kek Batik Cheese Indulgence memang sangat sedap. Tak tahu lah bagi orang lain. Iya lah… Selera masing-masing kan. Masa kek ni famous, sanggup saya order. Nak buat sendiri mood tak datang lagi. Pada hal bukan susah pon nak buat. Base asas nak buat kek batik pon dah ada, cuma penambah nya cheese dan chocolate ganache saja. Tapi itu lah, bila dah teringin ni, cari juga lah resipi. Kebanyakan resipi macam complicated lah. Sampai lah saya jumpa satu resipi ni. Memang ringkas dan saya gantikan sukatan metric kepada sukatan cawan. Nah… Resipi Mudah Kek Batik Cheese Indulgence Sukatan Cawan.
Resipi Kek Batik Cheese Indulgence
- 350g Biskut marie
- 150g butter
- 1 cawan Milo
- 1/2 (setengah) cawan serbuk koko
- 1/2 (setengah) cawan susu pekat manis
- 1 cawan fresh milk
- 1 biji Telur (optional)
5 komen
Teringin nak buat...tp takut lak nak makan manis manis ni ..hehehe... kena kokak ye... sian kek... ternoda.
ReplyDeleteSedap ni. Terasa nak buat la pulak.
ReplyDeleteSenangnya nak buat.
ReplyDeletesedapnya kek batik indulgence.nampak mudah ye membuatnya.biasa beli aje.
ReplyDeletesedap ni. nampak mudah resepi untuk diikuti.
ReplyDelete