Resipi Mudah Kek Pisang Sedap Dan Moist

Monday, November 23, 2020

Resipi Mudah Kek Pisang Sedap Dan Moist | Macam biasa lah kan. Asal nampak resipi senang je, semua nak save atau screenshot masuk Handphone. Sampai penuh memory phone dibuatnya. Antara resepi yang dah lama teperam dan tak terbuat-buat ada lah resipi kek pisang. Pada hal resipi dia punyalah simple. Buka napa, nak mem baking ni pon ikut mood juga. Kalau datang mood rajin, dalam seminggu tu dua ke tiga kali kau baking. Tapi kalau datang mood pemalas nya, berbulan-bulan oven tak berusik walaupon kau teringin nak  makan kek dari hasil air tangan sendiri.


Ok… Berbalik pada kek Pisang ni kan. Dah banyak kali saya beli pisang. Tapi itu lah, asal beli pisang saja, tak sempat nak buat kek sebab pisang dah habis. Asal beli pisang saja, mood tiba-tiba jadi malas sampai pisang yang kau asing kan dah jadi terlampau masak dan htam. Buruk betul perangai. Sorok pisang sebab tak nak bagi anak makan… Hahaha… Anak-anak penggemar pisang ya. Beli sesikat pisang memang sekejapan saja habisnya. Sehinggalah tiba harinya memang rasa tekad juga nak buat kek pisang dan akhir nya menjadi. Ini dia Resipi Mudah Kek Pisang Sedap Dam Moist:

Resipi Kek Pisang Sedap Dan Moist

Bahan-Bahan

  • 5-6 biji pisang emas dan lenyek kan (saya pakai 4 biji pisang berangan)
  • ½ cawan gula kastor
  •  ½ cawan gula perang
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak jagung atau canola
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
* Saya pakai gula perang 1 cawan. Tak pakai gula kastor pon 


Bahan-Bahan Untuk Diayak

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 ½ sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Gris acuan dan lapik dengan baking paper. Panaskan oven pada suhu 170’C
  2. Ayak bahan-bahan ke dalam mangkuk besar
  3. Blender telur dan gula beberapa minit hingga adunan telur jadi kembang
  4. Masukkan minyak, pisang yang sudah dilenyek, garam & esen vanilla dan blend beberapa minit
  5. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk yang berisi tepung ayak tadi dan kacau dengan cara kuap balik dengan perlahan hingga sebati. Jangan terlebih kacau sebab takut kek jadi keras
  6. Tuang adunan dalam loyang. Bakar selama 45-50 minit pada suhu 170’C. Turunkan suhu kepada 160’C selepas 15 minit dan bakar sehingga masak.
* Saya pakai hand mixer saja sebab blender spare tak ada.

Untuk penambah rasa atau hiasan, korang boleh letak choc chip atau hirisan pisang atas kek tu, Saya letak choc coin Beryl’s sebab choc chip dah habis. Jadi lah Kek Pisang Coklat Chip. Senang saja kan sebab kek pisang ni menggunakan sukatan cawan dan tak perlu pakai Butter pon. Bila dah lama tak baking, asyik lah tengok oven. Kejap-kejap tengok oven… haha… Alhamdulillah… Cantik kejadian kek pisang saya ni walaupon pertama kali buat. Sekejapan juga habis nya sebab anak-anak dan husband pon suka. 

Kek Pisang Sedap Dan Moist

Bila dah pandai buat, memang repeat lagi lah buat kek pisang sebab husband nak bawa pergi office. Kali kedua buat kek pisang saya double kan bahan-bahan sebab nak buat banyak. Puas hati bila buat sendiri ni sebab boleh makan ulang-ulang. Oh! Ya. Resipi ni saya ambil dari Che Nom sebab bahan-bahan yang dia gunakan memang simple, mudah dan senang. Cuma gula tu saja saya tukar. Cuba lah resipi ni. Mmang sedap 👍


Note: Seronok betul bila tengok hasil kejadian kek menjadi walaupon baru first time buat 😊



You Might Also Like

3 komen

  1. Anak anak Saya pun Gila makan pisang.
    Kadang2 x sempat nak goreng pisang dah habis dorang kerjakan.
    Pisang melaka , pisang berangan, pisang emas antara yg paling dorang suka makan.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive