Tayangan Perdana Filem Terbesar Cartoon Network Membawakan ‘We bare Bears: The Movie’

Wednesday, September 02, 2020

Tayangan Perdana Filem Terbesar Cartoon Network Membawakan ‘We bare Bears: The Movie’ |  Woot.. Woot.. Siapa peminat cartoon We Bare Bears disini? Ini ada berita baik untuk anda semua. We Bare Bears The Movie bakal menemui anda dimana ianya akan bersiaran secara serentak di saluran Warner Media, HBO Go app dan juga Cartoon Network Watch & Play bermula pada bulan Ogos dan September ini.

Tayangan Perdana Filem Terbesar Cartoon Network Membawakan ‘We bare Bears: The Movie’


Tayangan Perdana Filem Terbesar Cartoon Network ‘We bare Bears: The Movie’ ini dijadualkan bersiaran pada hari Sabtu, 12 September pada pukul 11.00 pagi. Saksikan beruang-beruang kegemaran anda beraksi kembali dalam pengembaraan terhebat menerusi tayangan filem televisyen pertama mereka dalam We Bare Bears: The Movie menerusi debut lintas-platform di Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD / 635) dan saluran WarnerMedia yang lain seperti Boomerang, HBO, Warner TV, dan saluran hiburan Korea Oh!K, yang turut menayangkan MONSTA X tahun lalu, serta perkhidmatan penstriman HBO GO dan Cartoon Network Watch & Play.

Sinopsis Filem Televisyen Pertama ‘We bare Bears: The Movie’

Apabila cinta mereka terhadap trak makanan dan video-video tular tidak terkawal, kehidupan yang menyeronokkan buat trio yang sangat disukai ramai ini mula terancam apabila mereka menarik perhatian dari Kawalan Hidupan Liar Nasional iaitu Ejen Trout yang berjanji untuk mengembalikan “keamanan semula jadi” dengan cara memisahkan mereka untuk selama-lamanya. Grizz memutuskan untuk berpindah ke Kanada apabila mereka dihalau keluar dari rumah. Disinilah kembara jalanan The Bears bermula. Berjumpa dengan kawan-kawan baru, menghadapi rintangan yang berbahaya dan menghadiri pesta besar-besaran. Disebakan rintangan inilah yang mengajar mereka bagaimana menjadi saudara agar ikatan keluarga tidak terpisah.


Para peminat boleh mendapatkan episode We Bare Bears terbaik menjelang pelancaran filem menerusi tayangan tiga minggu istimewa bermula 24 Ogos sehingga September pada pukul 4.00 petang setiap hari hanya di Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD / 635). Sorotan satu Bear setiap minggu akan dipertontonkan dengan episode khusus mengenai kisah unik dan asal usul Bears. 


Grizz bermula dari 24 hingga 28 Ogos, bersama dengan episod-episod yang mengingatkan momen-momen paling muzikal dan ‘sporty’ serta obsesi dan cinta mereka terhadap makanan! 


Seterusnya, dari 31 Ogos sehingga 4 September pula akan mengenang jalinan Panda terhadap manusia yang ia anggap seperti keluarga, pengalaman dirinya menjadi sensasi internet bersama Nom Nom, dan penghormatan khas untuk anime dan K-pop!    


Akhir sekali, Ice Bear menggulung semuanya dari 7 hingga 11 September dengan meninjau kembali detik-detik paling bergaya dan paling teknologikal mereka, dengan mengimbas kembali pelbagai pertemuan antara Bears dengan Pigeon Cartel.    

Info We Bare Bears: The Movie


Membawa pengembaraan dan persaudaraan kawanan beruang ke tahap yang baharu, Eric Edelstein, Demetri Martin dan Bobby Moynihan kembali sebagai beruang Grizz, Ice dan Panda yang disayangi ramai dalam We Bare Bears: The Movie. Filem ini juga akan menampilkan bintang tamu berulang Cameron Esposito (sebagai Ranger Dana Tabes), Ellie Kemper (Lucy), Jason Lee (Charlie), Patton Oswalt (Nom Nom), Mel Rodriguez (Darrell Zaragosa), dan Charlyne Yi (Chloe Park), dan bintang tamu khas seperti Marc Evan Jackson (The Good Place) sebagai Ejen Trout dan Jimmy O. Yang (Silicon Valley) sebagai rakun terkenal internet, Joey Raccoon.

Yeayyyy... Kami dah tak sabar nak ber party dengan We Bare Bears: The Movie

Buat pertama kali di Asia, Cartoon Network akan mengadakan #CNWatchParty secara maya dengan Pesta bertema, Idea dan Aktiviti We Bare Bears yang akan menemuai penonton pada hari Sabtu, 12 September pukul 11.00 pagi dan ulangan nya pada jam 3 petang dan 7 malam. Jangan lupa sertai peminat di seluruh asia dalam pesta menonton We Bare Bears: The Movie yang pertama kali seumpamanya di Cartoon Network. Kongsikan reaksi  semasa menonton tayangan perdana filem dengan hashtag #CNWatchParty dan #WeBareBears pada media social anda.

Buat peminat di Malaysia, anda boleh memuat turun kit pesta We Bare Bears: The Movie untuk menyertai suasana pesta dan nikmati aktiviti yang menghiburkan seperti video, permainan dan kuiz ekslusif menerusai https://cartoonnetworkasia.com/webarebearsthemovie


You Might Also Like

3 komen



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive