Mengimbangi Tumbesaran Dan Perkembangan Generasi Alfa Dengan Anmum ESSENTIAL GOLD

Tuesday, August 25, 2020

Mengimbangi Tumbesaran Dan Perkembangan Generasi Alfa Dengan Anmum ESSENTIAL GOLD | Inginkan yang terbaik untuk anak adalaah motto untuk semua yang bergelar ibu kot. Tahu tak... Kanak-kanak zaman sekarang yang berumur satu hingga enam tahun termasuk dalam kategori ‘Generasi Alfa’. Haaa... Apa ‘Generasi Alfa’ tu? Kalau nak tahu, ‘Generasi Alfa’ adalah generasi yang dilahirkan dalam dunia digital atau dunia teknologi moden yang pantas secara tidak langsung menjadikan perkembagan keseluruhan anak-anak pon menjadi sangat penting. 


Seperti yang kita tahu, nutrien penting  untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan keseluruhan kanak-kanak berusia satu hingga enam tahun. Sebab itulah Anmum ESSENTIAL GOLD baharu dirumus secara saintifik dengan nutrien dimana Anmum ESSENTIAL GOLD dirumus dengan 33% lebih banyak DHA*, MFGM+ GA, prebiotik dan 15 nutrien penting. Untuk menyokong lapan aspek penting dalam perkembangan kanak-kanak, pemakanan dan rangsangan yang baik adalah sangat penting.

Mengimbangi Tumbesaran Dan Perkembangan Generasi Alfa Dengan Anmum ESSENTIAL GOLD



Lapan aspek penting yang dimaksudkan untuk perkembangan kanak-kanak adalah:
  1. Pertumbukan Fizikal 
  2. Persekitaran usus yang baik untuk menyerap nutrien yang diperlukan 
  3. Daya tahan tubuh yang baik untuk membantu anak dilindungi
  4. Perkembangan kognitif termasuk kemampuan belajar
  5. Perkembangan mata, yang menyokong keupayaan untuk memberi tumpuan dan belajar
  6. Pemakanan seimbang bagi menyokong pertumbuhan fizikal
  7. Perkembangan sosial 
  8. Perkembangan Emosi
Dalam kaji selidik talian Anmum Essential baru-baru ini dimana kaji selidik tersebut meninjau 304 orang ibu di Malaysia yang mempunyai anak berusia satu hingga enam tahun menunjukkan sembilan daripada sepuluh ibu bersetuju bahawa anak-anak memerlukan sokongan ibu bapa dalam tumbesaran dan perkembangan mereka. Manakala sebahagian lagi ibu bapa juga mengakui bahawa mereka tidak memberi perhatian sama rata terhadap setiap aspek perkembangan anak mereka. Contohnya, perkembangan mata yang sihat dan perkembangan sosial dan emosi kadang kala diabaikan. Dr. Rajini Sarvananthan, Pakar Perunding Umum dan Pakar Perkembangan Pediatrik mengatakan bahawa perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak mempengaruhi segenap aspek perkembangan yang lain yang ibu bapa perlu fahami.



 “Perkembangan sosial dan emosi membolehkan kanak-kanak memahami siapa diri mereka, apa yang mereka rasakan dan apa yang diharapkan ketika berinteraksi dengan orang lain. Ini akan terus membantu mereka membentuk dan mengekalkan hubungan positif; mengalami, mengurus dan meluahkan emosi; serta meneroka dan melibatkan diri dalam persekitaran mereka. "

Hubungan kanak-kanak mempengaruhi perkembangan mereka. Hal ini disebabkan oleh hubungan mewujudkan pengalaman penting yang mengajar mereka apa yang ada di sekeliling mereka dan membentuk cara mereka melihat dunia. Hubungan yang paling penting adalah antara anak dan ibu bapa mereka. Hubungan dengan ahli keluarga yang lain, penjaga, termasuk pendidik, dan kanak-kanak lain, juga sangat penting. Kanak-kanak membentuk dunianya melalui hubungan penting ini.

Wendy Goh, Pengurus Saintifik dan Pemakanan Fonterra Brands Malaysia Sdn Bhd mengatakan bahawa dalam keadaan ini Anmum Essential Gold dapat membantu.


“Anmum Essential Gold dirumus untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan Generasi Alfa secara keseluruhannya. Kanak-kanak memerlukan tenaga untuk aktiviti dan interaksi harian mereka yang membentuk sebahagian daripada perkembangan sosial. MFGM, atau membran globul lemak susu, merupakan kunci di mana kajian saintifik telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengambil MFGM mempunyai pengawalan emosi dan tingkah laku yang lebih baik1.”

Selain daripada perkembangan sosial dan emosi ini, Anmum Essential Gold juga mengandungi nutrien termasuk Vitamin A untuk menyokong fungsi mata. Dalam tinjauan Anmum Essential, tujuh daripada sepuluh orang ibu mengaku bahawa mereka tidak membawa anak mereka untuk melakukan pemeriksaan mata namun bersetuju bahawa perkembangan mata itu adalah penting.

“Masalah penglihatan, jika tidak diberikan perhatian, boleh menimbulkan masalah dalam koordinasi motor halus, ketangkasan dan manipulasi; persepsi mendalam, yang mempengaruhi keupayaan untuk bergerak di permukaan yang tidak rata, tangga dan mendaki; dan membentuk kemahiran literasi dan numerasi yang boleh mengakibatkan masalah kurang perhatian dan ketidakupayaan belajar,” kata Dr. Rajini. Dr. Rajini juga menyatakan bahawa Generasi Alfa yang dilahirkan dalam dunia digital sering terdedah kepada aktiviti pada skrin peranti pintar, dan peningkatan masa di hadapan skrin ini mendatangkan mudarat kepada penglihatan kanak-kanak.

Selain perkembangan fizikal, sosial dan emosi, seorang kanak-kanak juga memerlukan pemakanan seimbang untuk membina minda dan badan yang kuat agar cemerlang di kemudian hari. Dr. Yong Junina Fadzil, Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Kardiologi Pediatrik di Pakar Kanak-Kanak Junina bersetuju bahawa perkembangan holistik anak tidak dapat diketepikan apabila ibu bapa memberi tumpuan kepada pertumbuhan otak dan perkembangan pembelajaran.


"Dalam aspek ini, kesihatan usus sangat penting kerana usus adalah pintu masuk kepada penyerapan nutrien yang baik serta bakteria atau virus yang menyebabkan penyakit," katanya. Mereka lebih mudah jatuh sakit. Dengan menyokong pertumbuhan bakteria baik pada usus anak anda, anda dapat membantu membina daya pertahanan badan dan membuat mereka merasa bertenaga dan tidak ketinggalan dalam kelas dan dapat bersosial bersama rakan sebaya!" tambah Dr. Yong Junina.

Wendy Goh menjelaskan bahawa persekitaran usus yang baik sangat penting untuk penyerapan nutrien yang berkesan. Prebiotik dalam Anmum ESSENTIAL GOLD baharu boleh memainkan peranan membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan persekitaran usus yang baik.


Perkembangan holistik anak anda bermula dengan pemakanan yang baik! Anmum ESSENTIAL GOLD Langkah 3 baharu sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun.   Anmum ESSENTIAL GOLD kini dijual di pasar raya besar di seluruh negara dan platform e-dagang, dengan harga runcit yang disyorkan ialah RM44.90 untuk 550g dan RM86.90 untuk 1.1kg. "Usus ialah rumah bagi 70% sistem imun badan. Sekiranya usus anak anda tidak menjadi benteng yang kuat, 

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Anmum Essential di: 







You Might Also Like

0 komen



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive