Kurma Ajwa Asli Madinah Original Dari Rihura Herbs Enterprise Dan Kelebihan Kurma Ajwa

Wednesday, June 03, 2020

Kurma Ajwa Asli Madinah Original Dari Rihura Herbs Enterprise Dan Kelebihan Kurma Ajwa | Kurma… Antara makanan yang dikenali sebagai makanan sunnah. Secara sinonimnya, Buah Kurma selalu dikaitkan ketika menjelangnya ketibaan bulan Ramadan. Kalau nak diikutkan, pemakanan buah Kurma tidak tertakluk ketika bulan puasa sahaja kerana buah Kurma boleh di makan pada bila-bila masa kerana banyak khasiat yang terdapat pada sebiji Kurma. Kurma juga terdapat dalam pelbagai jenis, antaranya seperti Mariami, Safawi, Ruthab dan yang paling popular dan sering mendapat perhatian adalah Kurma Ajwa.

Kurma Ajwa Asli Madinah Original Dari Rihura Herbs Enterprise Dan Kelebihan Kurma Ajwa

Memang dalam banyak-banyak kurma ni, Kurma Ajwa Madinah Original Dari Rihura Herbs Enterprise memang pilihan saya sebab rasa nya sangat sedap. Kurma Ajwa yang juga dikenali sebagai kurma Nabi ini kaya dengan pelbagai Nutrien, Mineral dan Vitamin yang sangat bagus untuk tubuh badan. Dalam sabda Rasulullah SAW “Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar Ajwa, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu” (Riwayat Imam Bukhari). Malah… memakan buah Kurma merupakan anjuran nabi Muhammad SAW. Di sini saya kongsikan antara 5 kelebihan lain yang terdapat pada kurma Ajwa ialah

5 Kelebihan Kurma Ajwa

1) Membanyak kan Susu Ibu

Ini adalah berdasarkan pada pengalamam saya sendiri. Berpuasa dalam masa yang sama menyusukan bayi adalah sangat mencabar ya. Untuk terus kekal bertenaga dan kalau boleh tak nak rasa lapar, Kurma memang penyelamatnya. Setiap kali sahur dan berbuka, saya akan pastikan kurma menjadi hidangan bersahur dan berbuka puasa setiap hari. Ia nya tidak tertakluk pada bulan puasa juga. Bila-bila masa boleh makan Kurma ni sebab selain membanyakkan susu, Kurma juga boleh memekatkan susu. Buat ibu-ibu yang ada masalah penghasilan susu, boleh cuba Kurma Ajwa.


2) Membekalkan Tenaga

Sebab Kurma mengandungi kandungan glukosa atau gula ringkas yang sangat tinggi dan baik untuk badan. Kandungan glukosa yang tinggi inilah berfungsi untuk membekalkan tenaga dengan cepat dalam badan. Kalau rasa badan tak bermaya dan lesu, boleh lah makan Kurma Ajwa. Pernah dengar air Nabeez tak? Air Nabeez ni dari Kurma yang direndam semalaman. Khasiat nya untuk memberi tenaga dan mampu mengenyangkan perut. Sangat sesuai untuk orang yang berpuasa. Cubalah 😊

3) Melancarkan Sistem Pencernaan

Kalau anda ada masalah sembelit atau sukar membuang air besar, cuba try makan Kurma Ajwa ni sebab serat yang terdapat pada Kurma Ajwa boleh membantu membersihkan sistem pencernaan supaya usus besar boleh bekerja dengan baik. Kurma juga membantu proses penghadaman untuk makanan yang kita makan seterusnya

4) Membantu Menurunkan Tekanan Darah

Macam mana Kurma Ajwa membantu menurunkan tekanan darah? Sebab kandungan Magnesium yang terdapat dalam kurma Ajwa ini lah yang membantu menurunkan tekanan darah. 

5) Kaya Dengan Vitamin Lain

Dalam Kurma terkandung banyak vitamin lain seperti zat besi, Potasium, Sodium, kalsium, Carotenes (Antioksidan), Vitamin A & B dan fosforus dimana ianya membantu untuk menggalakkan pertumbuhan tulang pada kanak-kanak, meningkatkan stamina, menguatkan daya tahan tubuh dan membantu mengelakkan pengumpulam kolestrol dalam badan.

Ini lah dia antara kelebihan yang terdapat pada Kurma Ajwa. Banyak lagi khasiatnya kalau nak dirungkaikan. Tapi cukup lah saya kongsikan 5 ni saja untuk menyakinkan anda yang Kurma ni memang sangat bagus untuk diamalkan dalam kehidupan harian kita. Galak kan juga anak-anak untuk makan Kurma kerana khasiat yang terkandung dalam kurma membantu mencergaskan otak dan minda serta membatu tumbesaran kanak-kanak tau. 

Jom Beli Kurma Ajwa Asli Madinah Original Dari Rihura Herbs Enterprise

Tak tahu nak beli Kurma Ajwa dekat mana? Atau takut kena tipu dengan peniaga Kurma? Iya lah… Ada juga segelintir peniaga yang menipu pembeli. Dalam gambar kata Kurma Ajwa. Tapi bila dapat, bukan Kurma Ajwa sebenarnya. Kalau nak tahu, harga Kurma Ajwa agak sedikit mahal berbanding dengan harga Kurma-Kurma yang lain. Kalau dekat negara Arab, Kurma Ajwa boleh dikategorikan sebagai Kurma pilihan nombor 1 di sana. Jadi, kalau anda nak beli Kurma Ajwa Asli Madidah yang original, anda boleh beli dengan Rihura Herbs Enterprise (Nombor Pendaftaran: 002942099-U).

100% asli dari Madinah hanya di Rihura Herbs Enterprise

Kenapa Rihura Herbs Enterprise? Sebab Rihura Herbs Enterprise merupakan pembekal Kurma Ajwa Asli Madinah yang original sejak tahun 90an lagi dan ianya 100% asli dari Madinah. Anda boleh dapatkan Kurma Ajwa yang paling berkualiti, terbaik dan sedap dengan harga berpatutan. Dengan erti kata lain, Kurma Ajwa dari Rihura ni berkualiti Premium dan mampu milik untuk dikongsi seisi keluarga. Ini senarai harganya:

Harga Kurma Ajwa Asli Madinah Dari Rihura Herbs Enterprise


RM15.00 (100gram)

RM28.00 (200gram)

RM40.00 (300g)

RM60.00 (500g)

RM110.00 (1kg)

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Kurma Ajwa Dari Rihura Herbs Enterprise dan juga produk-produk lain dari Rihura, anda boleh hubungi mereka di Whatsapp dan layari FB mereka seperti dibawah ni:

Facebook :

https://www.facebook.com/rihuraherbs/

Email :

rihuraherbs@gmail.com

Whatsapp :

wasap.my/60105012717/KurmaAjwa

 

You Might Also Like

2 komen



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive