29 February 2020 | Baby Leap Year Dah 4 Tahun
Saturday, February 29, 2020
29 February 2020 | Baby Leap Year Dah 4 Tahun. Alhamdulillah… Akhirnya jumpa juga Tarikh kelahiran sebenar selepas menunggu selama 4 tahun… hahaha… Itu lah, siapa suruh lahir tahun lompat kan. Kalau ikut due date awak, pertengahan bulan March baru keluar tau. Sama ada awal seminggu atau lewat dari Tarikh jangkaan yang sudah di beri oleh Doctor. Ibu tak rasa ralat pon awak keluar tahun lompat. Sebab itu dah ditetapkan olehNYA. Siapa lah ibu nak menidak kan takdir yang Allah dah tetap kan. Walau pon ibu selalu usap perut dan cakap jangan keluar Tarikh 29 haribulan dua. Tapi kalau dah ‘Kun Fayakun’ - "Dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".
Haa gituhh!! Malah ibu bersyukur sangat sebab kelahiran awak sangat dipermudahkan olehNYA. Mudah sangat sampai ibu bersalin kan awak dalam kereta lah sebab awak tak menyempat nak keluar sangat. Tak pasal-pasal dapat diskaun sebab tak menggunakan labour room masa bersalin. Cuma Labour Room tu terpakai masa nak keluarkan sisa-sisa serta darah-darah yang masih berbaki dalam perut ibu dan proses menjahit luka Episiotomy oleh Doctor. Ngeri hokay kena jahit tu ☺
Ok… Mukadimah saja dah panjang. Kita straight to the point lah. SELAMAT HARI LAHIR ANAK IBU IMAN HARRAZ BIN HUSAINI. Doa ibu tak lain tak bukan, nak awak membesar sebagai anak yang soleh dan bijak pandai. Rajin mendirikan solat 5 waktu. Hormat Ibu, Abah, Adik beradik dan orang sekeliling. Diberikan kesihatan yang baik. Ditetapkan hati dan dikuatkan iman dalam apa jua cabaran yang datang. Dan menjadi penyejuk mata, hati, jantung, limpa ibu dan abah ye nak.
Pesanan ibu untuk awak… Bila nak berhenti menyusu ni ha!!! Iyer… Iman Harraz masih menyusu badan lagi ye. Saya pon dah tak tahu nak buat apa dah. Follow the flow saja kot. Biar dia betul-betul bersedia nak melepaskan sesuatu yang dia suka. Tapi saya rasa saya yang masih tak bersedia nak weaning off Iman Harraz ni… hurmmm… Anak bongsu kan. Lepas ni dah tak dapat moment macam ni lagi. Hanya breastfeed mom yang memahami betapa susah dan sedihnya nak bercerai susu. Hati kena kental beb.
Anak bongsu ni manja sangat tau. Kalau kakak dengan abang-abang dulu 3 tahun dah tak pakai pampers. Tapi si Harraz ni masih lagi ber pampers. Bukan tak ajar. Tapi kejap je dah minta pampers. Lepas tu… Asyik nak ke toilet. Baru keluar nak ke toilet lagi. Saja nak mendera ibu, kakak dengan abang-abang. Keluar masuk toilet dalam jarak waktu yang singkat. Penat hokay. Ada terbaca kisah kawan. Dia letak lipas mainan dekat pampers anak dia. Terus anak dia tak nak pakai pampers. Nak try buat lah nanti.. hehe..
Perkembangan tumbesaran Harraz, sama saja macam budak-budak seusia dengan dia. Mulut pon, masyaallah… macam bertih jangung. Banyak mulut juga. Ada saja benda nak cakap/tanya. Budak rajin ke dapur. Kalau nampak ibu dia ni nak masak, mula lah Tarik kerusi nak tolong. Tolong letak bawang dalam kuali dan tolong kacau lauk. Abang-abang dengan kakak kat hall, tapi dia kat dapur. Semoga rajin ke dapur sampai besar tau.
Kesihatan pon, alhamdulillah sangat. Harraz jarang sangat demam. Last demam masa hantar nursery dulu. Selsema dengan batuk pon bukan tak ada. Ada, tapi tak berlarutan. Saya perasan sejak hantar Harraz dekat rumah pengasuh. Kesihatan dia memang tip top. Tahun ni dah start hantar balik nursery, harapnya baik-baik saja lah sebab nursery ni pon sangat pembersih. Sebab susu ibu pon iya juga kot. Immune sistem dia jadi bertambah baik. Syukur sangat-sangat.
Yang paling saya risau, Iman Harraz ni independence. Dia oleh bawa diri dia kemana saja. Ibarat kata tak ada abang-abang dan kakak pon dia boleh merayap cari kawan. Lone ranger. Bayangkan… Dia pergi taman mainan sorang-sorang. Kami semua boleh tak perasan. Taman permainan tu tak ada lah jauh dari rumah. Lagi pon tempat kami tinggal tu gated and guarded. Yang risaunya takut kereta. Memang pantang pintu pagar terbuka, merayap saja kerjanya. Kawan pulak semua dengan orang besar. Tak padan dengan kecik.
Tambah kegeraman kami dekat Iman Harraz ni kan, masa shopping barang-barang dapur, 2 kali dia hilang. Sekejapan sangat. Pada hal ada je depan mata. Saya dah berderau cari dalam Tesco tu. Sekali jumpa dekat bahagian mainan budak Memang lepas ni kena pasatikan dia duduk dalam trolley je lah. Macam kena beli juga safety harness for kids ni.
Cerita pasal anak tak sah kalau tak panjang kan. Cukup lah ni. Last but not least… Ibu dah tunaikan permintaan awak yang nak kek Ultraman seperti yang di minta. Birthday ibu nanti jangan lupa beli kek ye. Ibu, Abah, Abang Kimi, Abang Harraz dan Kakak Qahirah sayang Iman Harraz walaupon Iman Harraz selalu buli kami. Jadi anak dan adik yang baik dan mendegar kata ye.
Note: Next entry… Pengalaman bersalin dalam kereta pula yer ☺
4 komen
Selamat Hari Lahir Iman...bersabar aja lah layan anak banyak akal ini...semoga segala sel-sel dalam otak berjaya berhubung....mak punya kena aktifkan juga sel-sel otak supaya seiring dengan anak.
ReplyDeletehttps://yamanaimy.blogspot.com/
Happy belated birthday Harraz. Didoakan agar Harraz membesar dgn baik, dilindungi-Nya sentiasa dan jadi anak soleh aamiin.
ReplyDeletebest tak rasa ada baby leap year.. hehe
ReplyDeletehappy birthday baby leap year...ehh dah boleh dapat adik ni..hehee
ReplyDelete