Suka Duka 2019 Dan Hai 2020!!
Friday, January 10, 2020
Assalamualaikum semua. Belum terlewat lagi untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2020 kan. Better late than never. Alhamdulillah… Masih berpeluang dipertemukan dengan tahun 2020. Apa yang saya bayangkan masa zaman sekolah dulu bila tiba tahun 2020 ni tak lain tak bukan adalah ‘kereta terbang’. Nyata sekali ianya hanya ilusi semata-mata. Bukan lah realiti. Macam biasa, sambutan tahun baru saya dan keluarga hanya di rumah sahaja. Tak kuasa lah nak bersesak bagai dengan orang ramai. Baik duduk rumah, tengok tv dan tidur.
.
Azam pula… hurmmmm… Konon nak menabung. Tak sampai sebulan dua dah korek tabung. Acaner tu. Tak apa lah, kita cuba lagi tahun ni. Tak dapat banyak, sikit pon tak apa kan. Memang susah nak istiqomah dan konsisten untuk menabung ni bila ada saja benda yang datang secara tiba-tiba dan benda yang datang tu memerlukan duit. Azam nak membuang lemak-lemak yang makin membiak ni pon hanya tinggal angan-angan je. Berat dah naik. Seluar dan baju pon dah mula mengetat. Nak nangis rasa nya. Kena buat sesuatu juga untuk tahun 2020 ni.
Banyak perkara suka duka pada tahun 2019 sebenarnya. Kita mula kan dengan kisah duka dulu lah yer.
Kisah Duka 2019
Blog
Macam biasa, sebagai seorang blogger separuh masa, rasa sedih juga sebab tak dapat nak bagi komitmen penuh dekat blog tahun 2019. Memang jarang sangat update entry. Sebulan pon tak sampai 10 entry je kot. Paling tinggi pon bulan May. Dapat lah 15 entry. Memang merudum betul. Job blogging pon jarang ambil sebab takut tak boleh nak catch up. Nak pergi event apa tah lagi. Untuk tahun 2019, hanya 2 event saja yang saya join. Seronok tengok kawan-kawan pergi event. Dapat juga luaskan network dan tambah kenalan kan.
Tahun ni pon tak tahu lah boleh commit ke tak dengan blog. Penambahan kerja dan kekangan masa yang sangat membataskan. Rasa macam nak active balik menulis. Just follow the flow saja ni. Sayang rasanya kalau nak stop terus dari duni blogging sebab blog antara sumber pendapatan sampingan saya. Kisah duka juga lah walaupon pasal blog saja pon. Sekarang ni saya banyak active dekat IG sebab IG juga antara penyumbang kewangan… hehehe… Task pon mudah kan. Tak ada nak mengarang ayat panjang-panjang macam blog.
Masalah Kereta Dan Accident
Iye… Selepas 7 tahun peristiwa tu berulang lagi. Muncul balik fobia. Tak tahu macam mana nak describe. Terjadi dengan terlalu pantas. Saya secara tak sengaja terlanggar kereta orang. Syukur sangat orang yang saya terlanggar kereta dia tu tak claim apa-apa sebab kereta dia tak cedera atau calar pon. Kereta 4-wheel drive, mana boleh lawan dengan kereta saga kan. Memang kemek lah depan saga tu. Menangis juga lah sebab dalam pada nak pakai duit untuk benda lain, kau terpaksa keluar duit untuk perkara yang disebabkan kecuaian sendiri.
Selain dari accident, Mr. Black saya tu dah laluai pelbagai masalah. Iyer lah… Kereta dah berusia 10 tahun dah. Antaranya masalah bateri, tayar kereta asyik pancit dan radiator bocor. 1st time kena bila tiba-tiba enjin berasap-asap. Menggelabah jangan cakap lah, cepat-cepat bawa anak keluar. Dah lah kena dekat Nilai. Dengan anak-anak saja tu… huhuhu… Alhamdulillah… Ada hamba allah yang sudi membantu. Pergi Niai naik kereta. Balik Bangi naik Komuter. Kesian kan. Boleh tahan juga duit-duit berterbangan disebabkan masalah Mr. Black ni.
Mutual Separation Scheme
Tak tahu lah puncanya disebabkan masalah ekonomi sebelum kerajaan baru ambil alih atau pon selepas kerajaan baru ambil alih, masalah ekonomi makin teruk. Kesan nya terkena juga kepada Syarikat tempat saya bekerja. Walau pon Syarikat di bawah GLC, tapi tak terlepas juga yer dari tempias MSS/VSS ni. Memang agak terkejut juga bila dapat tahu pasal berita ni. Semua pekerja di beri pilihan sama ada nak VSS atau pon tidak. Kita boleh request HR kira kan berapa duit yang akan kita dapat dengan VSS ni.
Kalau ada yang masih belum jelas apai tu Mutul Separation Scheme (MSS) ni, knsepnya sama macam VSS (Voluntary Separation Scheme). Perbezaannya VSS merupakan pemberhentian kerja secara wajib akibat perubahaan besar yang berlaku kepada Syarikat/majikan dan jawatan itu tidak diperlukan lagi. VSS pula adalah pemberhentian kerja secara sukarela. Memang dilema juga dibuatnya. Nak kerja atau VSS. Banyak faktor yang perlu di ambil kira terutamanya sekali bila kau masih ada hutang yang perlu dilagsaikan setiap bulan.
Duit VSS pon tak lama pon tahan nya. Faktor usia lagi. Bukan senang nak dapat kerja dalam keadaan ekonomi yang sedang gawat ni kan. Kalau nak kekal bekerja, kami semua perlu update, hantar resume dan apply jawatan yang sedia ada ni dalam job street. Mana yang nekad untuk ambil VSS, perlu isi form. Lulus atau tidak, management yang tentukan. Alhamdulillah… Dapat kerja tapi… haaa ada tapi tu. Workload akan bertambah sebab dah kurang staff kan. Sedih lagi… Bila berpisah dengan colleague yang tak dapat kerja/dapat VSS. Ramai orang-orang lama dari zaman UEM Land dulu dah tak ada.
Kisah Suka 2019
Dapat Jemputan Ke Legoland
Siapa yang tak teringin nak ke Legoland kan. Bukan saja wish list anak-anak, malah ibu sendiri beragan dan teringin nak ke Legoland. Kalau keluar saja iklan Legoland, mula lah anak-anak ajak pergi. Diorang ingat tiket murah agaknya. Selalu juga pesan dekat anak-anak, doa lah banyak-banyak kita semua dapat pergi Legoland. Alhamdulillah… Allah makbul kan doa anak-anak. Rasa speechless juga bila dalam email jemputan untuk ke Legoland. Bukan sorang tapi satu keluarga.
Paling best, bukan saja dapat masuk Legoland, tapi dapat menginap dekat Hotel Legoland. Dan semuanya fully sponsored. Allahu… “Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah yang Kamu Dustakan’?. Memang rezeki sangat. Bukan sekali jemputan ke Legoland, tapi dua kali. Yang 2nd time tu terpaksa menolak jemputan sebab date tu clash dengan trial UPSR Iman Hakimi. Rasa ralat juga sebenarnya. Tapi kalau dah bukan rezeki, nak buat macam mana kan. Mungkin akan dapat lagi jemputan lepas ni. Tapi Legoland memang best ☺
From Apartment to Landed
Alhamdulillah… Impian dan angan-angan nak duduk rumah landed jadi kenyataan. Semuanya macam mimpi juga ni. Kami pon tak sangka loan lulus masa apply dulu. Kisahnya… Kami saja pergi launching projek baru untuk Apartment. Lepas tu sales staff tu recommend landed house. Siap bawa pergi tengok rumah contoh. Saja try our luck. Memang kami orang terakhir yang balik dari sale gallery tu.. Hahaha.. Dan tak sangka, submit application dekat 2 bank dan dua-dua bank tu lulus.
Dilema juga pada mulanya. Nak terima atau tak sebab bukan senang loan nak lulus. Ikut kata hati.. Proceed. Alhamdulillah syukur. Dah selamat duduk rumah baru awal bulan December 2019. Memang berat hati nak pindah sebenarnya. Sebab dah seronok duduk Bangi, Kesian juga dekat anak-anak. Tapi tu lah, hijrah itu pengorbanan kan. Terima kasih juga buat suami sebab menyediakan ruang ‘OFIS @ DAPUR’ yang cantik. Merialisasikan impian saya nak Kitchen Cabinet ☺
Proses nak cari penyewa pon sangat mudah. Pada mulanya rasa macam nak jual rumah Apartment dekat Bangi tu. Tapi bila fikir balik, sayang sangat sebab mana nak cari harga sq feet besar dengan harga masa kami beli dulu. RM91k untuk keluasan 1018. Environment pon best sebab banyak kedai, dekat dengan sekolah dan surau. Kemudahan pon banyak. Ada MRT dan dekat dengan Komuter. Dah iklan kan dekat mudah. Tapi tu lah… Mungkin ada hikmah kot DIA tak bagi jual. Nak suruh buat investment. Tu yang kami sewa kan. Alhamdulillah… Dah ada 2 aset.
Sekian kisah suka duka 2019 saya. Ini pon dah panjang berjela. Harapan saya untuk tahun 2020 ni, semoga semuanya baik-baik saja. Baik deri segi ekonomi, kesihatan dan pekerjaan. Nak jadi juga Ibu yang lebih penyabar dengan karenah anak-anak. Ini yang paling mencabar sebenarnya. Selalu sangat jadi ‘mak singa’… hahaha… Bukan elok pon kan selalu marah-marah. Cepat tua dan cepat dapat penyakit. Tapi tu lah, bila dah marah tu… Memang semua lupa. Termasuk cita-cita nak jadi ‘PENYABAR’… hurmmmm… ☺
6 komen
Patutlah akak x aktif sangat kt blog dan fb. Takpe kak semoga tahun 2020 ni beri sinar kebahagiaan pada akak dari segi kerjaya dan kehidupan
ReplyDeletewaalaikumussalam. selamat tahun baru 2020. kisah suka duka tahun 2019 yg menjadi pengajaran dan panduan buat kita kan. fighting untuk 355 hari berbaki ^_^
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan semua urusan pada tahun 2020 ini
ReplyDeleteUjian di sebalik kehidupan...Di sebalik duka, ada terselit kegembiraan ang lain..kan...
ReplyDeleteMoga terus tabah dan baik-baik je..hehe
Alhamdulillah syukur atas nikmat dan ujian yang diberikan oleh-Nya. Moga tahun 2020 membawa lebih banyak rezeki & kegembiraan utk kita semua :)
ReplyDeletebestnya dpt masuk rumah baru...tp akhirnya ambil mss tu ke tak beb? ramai jgk kawan kena mcm tu..sian jugak..pape pun moga yg baik2 aje untuk kita di thn ni
ReplyDelete