Nak Beli Handbag? Berkualiti Tinggi Dengan Harga Berpatutan Hanya Di SHA&NIAL HANDBAGS
Wednesday, November 20, 2019
Nak Beli Handbag? Berkualiti Tinggi Dengan Harga Berpatutan Hanya Di SHA&NIAL HANDBAGS | Perempuan dan Handbag… Ibarat isi dengan kuku. Pergi mana-mana mesti nak kena bawa bag tangan atau handbag. Aksesori wajib seorang perempuan selain dari barang kemas dan mekap mesti lah handbag kan. Pelengkap gaya, peneman setia dan tempat mengisi segala barang gittew. Lagi besar handbag, lagi banyak barang nya. Macam-macam ada kan. Especially handbag #makbanyakanak… hahaha…
Dalam tu lah letaknya pampers, wet tissue, lampin, kunci rumah, kunci kereta, wallet husband.. Eh!! Tumpang handbag isteri sebab handbag isteri besar kan… hahaha… Sebab tu saya suka bawa handbag besar. Macam-macam boleh isi. Handbag pula tak cukup satu. Mesti kena ada lebih, Sebab ada macam-macam jenis handbag... Bulat, petak, empat segi dan macam-macam lagi. Ianya juga pelengkap untuk ke majlis-majlis mengikut kesesuian jenis handbag.
Sebenarnya saya nak share dengan anda semua berkenaan dengan Handbag yang saya beli baru-baru ni. Harga handbag sekarang ni pon boleh tahan juga kan. Makin berjenama sesebuah handbag tu, makin mahal harganya. Tapi tak semesti nya yang tak berjenama dan murah tu tak tahan lama dan tak berkualiti. Sebab saya dah jumpa handbag yang berkualiti dengan harga yang berpatutan tau. Sebelum saya share apa nama kedai tu, saya nak share perkara yang perlu anda tahu mengenai Fungsi Dan Jenis-Jenis Handbag sebelum anda membeli nya.
Fungsi Dan Jenis-Jenis Handbag
1) Tote Bag
Bersaiz lebar dan berbentuk segi empat adalah jenis Tote handbag atau bag tangan tote. Materialnya pula ada pelbagai pilihan seperti kulit, kanvas dan nilon. Saiznya yang besar sangat sesuai di gunakan untuk ke pejabat atau ke kolej. Selain buku, sesuai juga diletak kan Laptop ke dalam Tote handbag ni. Sesuai untuk casual atau formal style.
2) Cross Body / Sling Bag
Atau dalam Bahasa Melayunya Beg Silang. Ianya di panggil Cross Body kerana tali bag lebih panjang dan dipakai secara bersilang. Saiznya pula ada yang kecil dan ada yang besar macam tote bag. Kalau anda nak kelihatan muda remaja, boleh lah pakai handbag jenis cross body ni. Lagi pon senang dibawa sebab tak perlu pegang tali bag. Sangkut je menyilang kat badan. Sesuai untuk majlis kasual dan beriadah bersama keluarga.
3) Hobo Bag
Sejenis bag yang bertali pendek dengan satu zip atau ada juga jenis button ni di panggil Hobo bag. Lebih kurang macam Tote bag juga saiznya. Cuma ianya bertali pendek. Sesuai untuk di gayakan ketika ke pejabat, majlis kasual atau untuk kegunaan harian.
4) Clutch
Menggunakan butang katup berbanding zip. Berbentuk memanjang, bersaiz kecil dan ada juga yang bersaiz sederhana. Ini lah dia Clutch bag. Material Clutch bag ni kebanyak kan nya jenis sulaman atau pon bertakhta kan batu permata. Kalau nak kelihatan sofistikated dan anggun untuk ke majlis, sangat sesuai pakai Clutch ni. Tapi kena ingat, Clutch bag ni tak boleh isi barang banyak-banyak sebab saiznya tak berapa nak besar.
5) Bucket Bag
Bentuk Bucket bag ni macam uncang dengan tali panjang untuk digalas pada bahu. Biasa nya Bucket bag ni tak ada zip. Tapi di ganti dengan tali pengikat yang boleh diselaraskan sama ada nak panjang atau pendek. Bucket bag ni saiznya sedikit panjang. Banyak barang boleh isi. Sesuai digayakan untuk ke pejabat, kolej atau pon ketika bersantai bersama keluarga.
Banyak juga fungsi dan jenis handbag ni kan. Yang saya tahu kalau dah handbag tu, handbag saja lah. Tak tahu pon ada jenis-jenisnya. Senang lah kalau dah tahu kan. Kalau nak shopping handbag pon senang. Ok… Berbalik kepada cerita saya di atas tu, kalau anda dalam perancangan nak beli handbag baru atau nak kumpul koleksi handbag, saya nak share satu kedai ni. Anda boleh beli dekat situ sebab semua handbag dia cantik-cantik, design up to date, material pon berkualiti dan yang paling penting… MURAH. Memang harga mampu milik lah. Anda boleh terjah IG:
@shanial.bags
Saya dah ada satu koleksi Handbag dari @shanial.bags ni dan sangat berpuas hati dengan material nya. Jahitan kemas dan nampak ekslusif. Harga nya pon sangat affordable. Sesuai dengan motto mereka “Minimal handbag designs with prices that won't burn a hole in your pocket”. Memang saya tak cari kedai lain lagi dah kalau nak beli handbag sebab saya dah jumpa @shanial.bags. Yang bestnya… Ada design bag mereka yang jenis 2 in 1. Dalam handbag tu ada bag kecil. Ibarat beli 1 bag tapi dapat 2 bag dalam satu harga. Macam ni:
Menarik kan. Apa yang bestnya, bag yang kecil tu boleh lah dibuat tempat letak barang-barang make-up. Atau boleh juga dijadikan bag tangan kecil sebab walaupon kecil, isi dalam tu luas. Ada yang malas nak bawa wallet especially waktu lunch. Tapi suka bawa bag kecil macam ni sebab selain boleh isi duit, boleh juga letak handphone dan power bank dalam tu. Untuk yang ada anak perempuan tu, boleh lah bagi bag yang kecil ni. Matching kan mak dan anak. Sedondon gittew. Ada macam-macam koleksi lain lagi yang boleh anda tengok dan semua nya cantik-cantik. Antaranya:
Cantik kan
Stylish kan. Sila beli untuk girlfriend. Boleh juga jadikan hadiah untuk mak dan kawan-kawan ☺
Berkenan betul dekat bag kuning tu. Cantik-cantik juga koleksi baru ni
Memang rambang mata dibuat nya kan. Ada banyak lagi. Kalau anda nak tengok koleksi-koleksi handbag yang lain, anda boleh pergi ke laman social mereka di:
Website:
https://www.shanialbags.com/
Instagram:
@shanial.bags
Facebook:
https://www.facebook.com/shanialbags/
2 komen
great tips
ReplyDeleteSemua cantik cantikkk! Beg cekelat yang kak fiza pakai tu pun cantikk ngat! Hehe
ReplyDelete