Tingkatkan Imun Sistem Anak Dengan Susu Kambing Karihome

Friday, September 20, 2019

Seperti yang kita sedia maklum, pengambilan susu sangat bagus untuk perkembangan anak-anak kerana kalsium yang terdapat di dalam susu dapat membantu dalam pembentukan tulang yang kuat dan gigi yang sihat. Memang sudah jadi keutamaan seorang ibu untuk memberi susu yang terbaik untuk anak-anak kan kerana pengambilan susu yang betul dan lengkap dengan nutrisi sangat diperlukan untuk tubuh badan anak supaya anak sentiasa aktif sepanjang masa… Haaa… gittew konsepnya kan.


Selain daripada kalsium yang terdapat pada segelas susu, imun system anak juga perlu dititikberatkan juga tau untuk mengelak kan anak-anak dari diserang penyakit yang disebabkan oleh baktieria dan juga virus. Sebab itu pentingnya memilih susu yang terbaik supaya ianya dapat meningkat kan lagi imun system. Macam susu kambing Karihome ni. Kalau korang nak tahu, kalsium yang terdapat didalam susu kambing adalah lebih tinggi tau berbanding kalsium yang terdapat didalam susu biasa di mana ia juga mengekalkan protein dan asid amino dalam badan.

Yang bestnya kan, rumusan yang terdapat dalam susu kambing Karihome ni merupakan satu-satunya dan yang pertama menjalani dua ujian klinikal iaitu dari New Zealand dan Eropah. Jadinya… Ibu-ibu tak perlu risau dan ragu-ragu lagi lah untuk mencuba susu kambing Karihome untuk anak-anak. Susu kambing Karihome ini menyediakan keperluan kalsium mengikut peringkat umur anak-anak  iaitu:



  1. Karihome 3 Goats Milk Growing-Up Formula bagi kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun 
  2. Karihome 4 Goats Milk Pre-School Formula bagi kanak-kanak berusia lebih 3 tahun
Antara kelebihan lain yang terdapat pada susu Karihome ialah, Karihome diformulasi dengan Double Action untuk membantu meningkatkan serta menyokong perkembangan system imun dan berat badan dengan bahan-bahan bioaktif seperti Nukleotida. Manakala CLA dan Kalsium menambah berat badan tanpa menyebabkan masalah ‘obesity’.

Review Selepas Menggunakan Susu Karihome



Ok… Ini berdasarkan pengalaman saya pula selepas diperkenalkan dengan susu Karihome. Actually Iman Harraz ni ada masalah pembuangan tau. Dalam erti kata lain... Sembelit lah. Saya dah cuba beberapa jenis susu. Tapi masalah nya tetap sama. 2-3 seminggu baru membuang. Itu pon agak payah. Meneran bagai nak rak. Memang kesian lah kalau tengok.

Tapi lepas saya cuba bagi Harraz minum susu Karihome ni, alhamdulillah… Serasi lah. Masalah membuang dah tak ada. Boleh di kata kan hari-hari Harraz membuang. Stool dia pon tak keras macam sebelum ni. Memang system penghadaman dia pon jadi lancar.


Ini disebabkan Protein curd susu kambing yang halus. Jadinya ia senang dihadam dan membantu mengurangkan masalah penghadaman. Berkenaan dengan system imun pula. Walaupon Harraz di serang selsema selama 3-4 hari. Alhamdulillah… Even selsema, dia tak melarat sampai jatuh demam. Selera makan pon makin bertambah. Kejap-kejap… ‘Ibu, kita lapar lah’. Pada hal baru makan tu ☺

So far saya memang berpuas hati dengan susu Karihome ni. Serasi dengan Iman Harraz. Oh! Ya… Selalu orang akan kaitkan susu kambing dengan bau yang hamis kan? Tapi susu Karihome ni tak ada bau hamis langsung. Memang tak macam susu kambing lah. Rasanya pon sedap. Mana tahu? Sebab saya sendiri rasa susu Karihome ni… hehehe… 

Jadi… Kalau ada parents yang masih tercari-cari susu yang sesuai untuk anak-anak dan inginkan anak-anak mendapat nutrisi yang mencukupi dalam segelas susu, korang boleh cuba susu Karihome ni. Kalau parents yang anak nya ada masalah eczema, boleh juga mencuba sebab susu Karihome ni membantu mengurangkan masalah Ekzema. Kalau korang nak tahu lebih lagi mengenai susu Karihome ni, boleh layari:

Website: 

Facebook: 

IG: 

You Might Also Like

2 komen

  1. Susu kambing sesuai utk anak yg alah susu lembu...

    ReplyDelete
  2. Terfikir juga nak cuba jenama ni, mujur ada review post. Terima kasih! :D

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive