7 Amalan Dan Zikir Untuk Ibu Bapa Amalkan Ketika Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan
Tuesday, September 03, 2019
Tu dia. Tajuk bukan main panjang lagi. Maklumlah… Anak nak exam. Terus update tips gitchew kan. Insyaallah… Esok my anak bujang, Iman Hakimi akan menduduki peperiksaan UPSR. Bila bab-bab periksa ni, ibu dia yang terlebih over. Boleh di katakan hari-hari membebel. Bukan apa, kita ni risau tengok dia macam tak ada perasaan. Relax je lagaknya. Itu yang ibu dia ni nampak lah. Tapi isi hati si anak tu… Mungkin dia pon risau. Cuma tak tunjuk je. Ibu… Biasalah kan, baru exam UPSR dan risau semacam.
Good Luck my son
Bila nak exam ni, macam-macam tips lah yang di kongsikan dalam group WhatsApp. Tips sebelum masuk dewan exam, Tips di dalam dewan exam, Tips selepas exam dan macam-macam lagi lah. Tapi ni saya nak share 7 Amalan Dan Zikir Untuk Ibu Bapa Amalkan Ketika Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan.
7 Amalan Untuk Ibu Bapa Amalkan Ketika Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan
1) Ibu dan Bapa hadir di sekolah sepanjang peperiksaan berlangsung. Bersalam dengan anak dan doakan mereka.
2) Saat anak melangkah masuk, Ibu ‘hantar’ dengan doa agar anak ditajamkan akan dan diberi kemudahan untuk menjawab semua soalan.
3) Ibu beredar ke surau, buat solat hajat. Solat Dhuha, solat taubat dan berdoalah.
4) Membaca Al Quran saat anak menjalani peperiksaan. Antara surah-surah yang disarankan seperti surah Al Fatihah, 3 Qul, Surah Insyirah dan Surah Yaasin.
*Tiada masalah nak baca mana-mana surah sebenarnya. Semua kalimah Allah adalah mukjizat.
5) Yang tidak boleh solat, selawat banyak-banyak, zikir dan hantar doa tanpa putus.
6) Bersedekah pada masjid dan fakir miskin dengan niat dipermudahkan urusan anak dan keluarga.
7) Puasa sunat bagi yang mampu dan tidak uzur.
Sumber: [SINI]
Zikir Untuk Ibu Bapa Amalkan Ketika Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan
Ok… Tadi amalan yang kita patut amalkan. Ini pula zikir dari Asmaul Husna yang di kongsikan oleh Ustazah Nurhafizah Musa. Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam. Zikir ini kekuatannya dari asmaul husna. Ini zikirnya:
Allahumma (1x)
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid (40x)
Bicara hati..
Ya Allah... Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku...(sebut nama anak) agar dia dapat menjawab dengan baik (1x)
Allahumma (1x)
Ya zohir (40x)
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha Menampakkan (1x)
Allahumma (1x)
Ya Fatah (40x)
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul (1x)
Allahumma (1x)
Ya Baari' (40x)
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang dia exam ini...
Ya Allah.
Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu ....
Ya Hadi.
Aku yakin hanya kuasaMu shj Ya Allah.. aku tiada daya.. (1x)
Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam .. zikirlah. Bayangkan anak-anak sedang menjawab dengan betul dan senyum. *Pastikan anak2 ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi sekolah*. Kalau batal tak apa. Mak Ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya. Dalam Al-Quran surah Al A' Raf ayat 180. Buka dan carilah apa Allah kata tentang Asmaul Husna...
Yang tidak dapat hadir ke sekolah, tiada masalah. Amalan-amalan ini boleh saja dilakukan di rumah atau di pejabat. Doa, zikir, ibadah dan selawat yang kita niat dengan ikhlas khusus untuk anak-anak sampai pada mereka. Teruslan selawat, zikir, baca Quran dan sebagainya dan niatkan agar anak kita tenang dan senang mejawab peperiksaan. Insyaallah… ‘kiriman’ kita itu sampai pada mereka.
Buat Iman Hakimi dan semua calon SRAI, UPKK, UPSR, PT3 dan SPM 2019... Semoga di terangkan hati dan di cerdaskan minda dalam menjawab peperiksaan. Cikgu dah ajar segala ilmu yang awak perlukan. Ini masanya untuk keluarkan apa yang awak dah belajar. Apa pon keputusan nya nanti, awak dah cuba sehabis baik. Perjalanan masih jauh lagi. Yang penting... Usaha tanap mudah putus asa.
7 komen
All the best buat Iman Hakimi.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan peperiksaan calon2 UPSR
ReplyDeleteWow... Teringat zaman saya UPSR dulu... Goodluck to Iman Hakimi dan semua calon UPSR.... Moga diberi ketajaman fikiran dan idea semasa menjawab... Amin
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian. semoga anak diberi kemudahan dan juga kejayaan selepas peperiksaan
ReplyDeletefollowed here #1584
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSalam ukwah dari saya untuk anda..
Jom follow blog saya iya seo dan
saya sudah follow blog anda #1585
Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
Komen yang baik2 sahaja ye..
Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..ya
Terima kasih ats perkongsian saya syer ye...
ReplyDeleteTerima Kasih atas perkongsian.
ReplyDelete