Tayar Oh! Tayar | Kenapa Tayar Kereta Mudah Pancit? Ini Sebabnya

Friday, August 23, 2019

Woot.. woot.. I'm back.. Hahaha... Nak mengadu pasal tayar. Kalau sebelum ni nak pergi kerja, terus saja menonong masuk kereta. Tapi sekarang ni dah jadi rutin check tayar kereta sebelum masuk kereta, saya akan pastikan tayar kereta dalam keadaan yang baik atau dalam erti kata lain, tayar kereta tak kempis/pancit. Ini semua gara-gara tayar kereta asyik pancit sampai buat kan kau fobia tengok tayar kereta. Mana tak fobia, sejak hujung tahun lepas sampai lah awal tahun ni tayar kereta kau dah 4 kali pancit. 2 tayar kena tampal dan lagi 2 tayar kena tukar sebab dah terkoyak. Memang tak boleh di selamat kan lagi. Sebiji tayar dah berapa harganya. Kau bayang kan 2 tayar nak kena tukar dalam jarak masa yang dekat-dekat. Fobia woihhhh!!! 


Kalau tak silap, dalam bulan December. Tayar belakang pancit. Husband yang perasan. Lepas tu awal tahun pancit lagi. Pon tayar belakang juga dan husband juga yang perasan. Dia lah yang uruskan. Hantar ke bengkel untuk tampal tayar. Weekend kot masa tu. Kali ketiga tayar pancil bulan April haritu. Nak pergi kerja tengok-tengok tayar kereta dah kempis. Allahu!!! Husband dah pergi kerja pula tu. Call-call tak angkat. Macam mana ni. WhatsApp bos bagitau nak Emergency Leave pagi tu. Lepas tu husband pon call. Dia suruh bawa kereta tu pergi bengkel.

Iyer lah… Kesian pula nak patah balik rumah kan. Kalau rumah 10 minit jarak dari office dia tak apa juga. Saya ni tak confident pula nak bawa kereta dalam keadaan tayar yang pancit macam tu. Husband cakap tak apa. Boleh je. Tapi bawa slow-slow. Lagi pon bengkel kereta tak jauh sangat pon dari rumah. Haishhhh… Memang berkira-kira lah… Nak pergi ker tak nak. Kejap-kejap tengok tayar. Kalau tak buat sendiri, siapa lagi nak buat kan. Ok… Saya drive saja lah kereta bawa pergi bengkel. Siap berhenti dekat pak guard. Tanya dia selamat tak kalau nak bawa kereta dengan tayar pancit ni. Sebab tayar memang dah kempis. Pak guard kata boleh. Tapi bawa perlahan-perlahan.

1st time drive dengan tayar yang pancit. Seram juga lah. Lega rasanya bila dah sampai bengkel. Nasib tak ramai orang. Terus orang mekanik tukar tayar. Tapi yang sedih nya, tayar tu tak boleh tampal sebab dah terkoyak sikit. Tak tahu lah tayar tu pancit sebab memang dah terkoyak sikit atau koyak masa saya bawa pergi bengkel. Yang pasti, memang kena tukar tayar. Nasib lah ada tayar spare. Tapi orang bengkel tu cakap, tayar spare tu dah lama. Boleh pakai dalam sebulan je…  huhuhu… Nak tak nak, kena beli tayar baru juga.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Bulan June tayar pancit lagi gaisss!!! Masa ni kena dekat rumah mak. Parking dekat luar rumah. Nak balik sekali tengok tayar dah kempis. Kali ni tayar sebelah kiri pula. Dugaan betul lah. Nak kena mandi bunga ke apa kereta ni asyik pancit je tayar. Dah lah hari ahad. Musim perayaan. Hari Raya kan. Husband kerja. Terus message adik kalau ada kawan-kawan dia yang buka bengkel. Alhamdulillah… Ada kawan lama yang sudi tolong. Tapi masalah pula, dia punya spare part tak boleh nak buka tayar kereta sebab sport ream… huhuhu…

Sumber gambar: Google

Kesudahan nya… Ke bengkel juga. Kali ni saya tak berani drive sebab jarak rumah mak dengan bengkel tak berapa nak dekat. Member saya ni lah yang uruskan semua. Memang berterima kasih sangat dekat dia. Tayar yang pancit kali ni pon koyak juga. Haishhhh… Macam mana lah kau bawa kereta. Asyik pancit jer tayar… ppffttt… Tak boleh nak selamatkan juga sebab kalau tampal pon potonsi koyak balik tu ada sebab koyak tu dekat bahagian tepi tayar belah dalam. Memang makan duit betul lah tayar ni.

Nak kata bawa kereta laju, tak ada lah laju mana pon. Paling laju pon 100 kmj. Nak kata asyik langgar lubang. Tak ada lah selalu sangat pon. Tipu lah kalau tak ada langgar lubang langsung kan. Tapi itu lah, kadang-kadang kita dah baik punya elak, terbabas juga langgar lubang. Nak kata lalu dekat Kawasan construction, memang hari-hari lalu. Tapi jalan nya bukan jenis berbatu-batu. Jalan tar saja. Tapi jalan tak berapa nak cantik lah. Dari pembacaan, ada 7 sebab kenapa Tayar Kereta Pancit.

7 SEBAB TAYAR KERETA PANCIT 


1) Kurang angin
2) Bunga Tayar Dah Botak
3) Langgar Benda Tajam
4) Kerap Lalu Jalan Berlubang
5) Ada kerosakan di sebelah sisi tayar
6) Karat atau ada hakisan pada rim
7) Rim bengkok

Sumber gambar: Google

Sumber gambar: Google

Dalam 7 sebab ni, saya rasa saya dalam kategori 1, 3 dan 4 kot… hahaha… Bukan sengaja. Tapi mungkin tak perasan. Bab nak isi angin tayar ni kan, memang saya tak berani nak isi sendiri. Tak confident. Kalau nak isi angin tayar pon, mesti husband yang buat. Saya jadi pemerhati saja lah. Tapi kena belajar juga isi angin tayar ni. Selain dari Sebab Kenapa Tayar Kereta Pancit, saya juga ada jumpa info Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Tayar Kereta Mudah Pancit.

Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Tayar Kereta Mudah Pancit


1) Batang valve (tempat isi angin) bocor – Ini mungkin kerana terdapat rekahan pada batang getah. “Poor Seal” diantara batang valve dan roda disebabkan hakisan/roda rosak atau Batang valve sendiri ada kebocoran angin sebab longgar/rosak/tersumbat. 

Penyelesaiannya – Pastikan batang valve ditutup supaya boleh menghindarkan kotoran dan mengekalkan angin. Masalah ini juga boleh dibaiki dengan menggantikan batang valve atau ganti spare part di dalam valve

2) Tayar pancit kerana terkena objek tajam – Di sebabkan memandu di atas serpihan yang berada di atas jalan (road debris) seperti paku, skru, batu tajam, kaca dan wayar besi.

Penyelesaiannya – Cuba mengelak dan berhati-hati dari memandu di atas road debris. Tayar boleh di baiki dengan cara tampalan. Tapi kalau kerosakan terlalu teruk sehingga tak boleh ditampal, sila beli tayar baru

3) Kebocoran disebabkan roda/rim – Roda/Rim aluminium mungkin terdapat liang/lubang dan angin boleh keluar secara perlahan-lahan.

Penyelesaiannya – Gunakan “sealer” ke atas tayar. Tayar boleh digunakan dari rim/roda supaya bahagian dalam rim boleh dicat atau disadur dengan ‘sealer’

4) Kebocoran ‘bead’ (bahagian hujung tayar yang disangkut kepada rim) diantara tayar dan rim – Ia nya disebabkan karat atau hakisan padan rim, rim bengkok dan kerosakan pada “bead” mungkin disebabkan semasa roses memasang tayar ke dalam rim

Penyelesaiannya – Perlu keluarkan semula tayar dan bersihkan rim/bead. Jika rim bengkok, perlu ganti rim. Jika ‘bead’ rosak, perlu ganti tayar.

Sumber: [SINI]

Kalau korang rasa tayar kereta selalu pancit, ini lah dia masalah nya. Masalah aku memang tak lain tak bukan. Yang nombor 2 tu. Kadang-kadang kita tak sedar ada terlanggar benda-benda tajam kan. Paku ada dimana-mana… ehhh!!.. Hehehe… Tapi kan. Sedih sangat sebab usia tayar pon baru masuk setahun. Tukar tayar last year bulan April 2018. Bunga pon masih tebal lagi. Hurmmm… 

Begitu lah kisah nya. Sekarang memang memandu kereta dengan lebih berhati-hati. Sebelum ni pon dah berhati-hati. Tapi kali ni extra berhati-hati gitthcewww. Memang setiap hari check tayar kereta dulu sebelum pergi kerja… Hahaha… Fobia dibuatnya. Harap lepas ni tak ada lagi lah kes tayar pancit sampai terkoyak. Seriau lah sebab nak kena keluar duit ☺

Note: Panjang betul. Luahan pasal tayar je pon ☺

You Might Also Like

2 komen

  1. uishh kalau dah kerap sangat pancit mmg something wrong.. Nasib baik ada yg sudi menolong. Zaman ambik lesen dulu tak ada kelas tukar2 tayar.. Kita ni orang pompuan dah kena belajar pasal tayar babe.. cehh cakap orang je aku ni. aku pn sama jugak buta tuli hahahaha

    ReplyDelete
  2. Macam mana aku xpancit, paku cucuk aku

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive