Status OKU Bukan Penghalang | Kisah Kejayaan Pengasas Jamumall
Thursday, May 02, 2019
Nak jadi orang yang berjaya dalam hidup ni kan, Bukan suatu yang mudah. Perlu kan keazaman yang tinggi, rajin berusaha, tak mudah putus asa dan yang paling penting DOA yang tak putus untuk berjaya. Kejayaan seseorang itu juga bukan di nilai pada tubuh badan yang sempurna, kerana ketidaksempurnaan seseorang itu juga boleh menjadikan beliau berjaya. Buktinya?? Pengasas Syarikat Jamumall Sdn Bhd dan juga platform jualan atas talian jamumall.com ini di miliki oleh seorang OKU (Orang Kelainan Upaya), Encik Nizam.
Rasa tergugat tak bila kita yang sempurna ni tak mampu nak capai kejayaan setanding macam pengasas Jamumall.com Encik Nizam ni. Kekurangan yang beliau miliki sedikit pon tidak mematahkan semangat untuk memburu kejayaan. Malah beliau bangkit untuk mengubah nasib diri dan keluarga. Bangkit untuk membuktikan pada masyarakat yang tak sempurna tak semestinya tak boleh berjaya. Korang boleh salami luahan hati beliau yang sangat terkesan ni:
Diusia 30 .. dengan keadaan cacat .. aku bersyukur dengan kehidupan... Aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd, dan membina platform jualan jamumall.com... Aku happy mampu beli ape aku nak, mampu makan yang mewah, mampu travel ke Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyak negara aku dan sampai.. yang paling best aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga, tanggung family dan bersedekah setiap hari.
Diusia 30 .. dengan keadaan cacat .. aku bersyukur dengan kehidupan... Aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd, dan membina platform jualan jamumall.com... Aku happy mampu beli ape aku nak, mampu makan yang mewah, mampu travel ke Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyak negara aku dan sampai.. yang paling best aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga, tanggung family dan bersedekah setiap hari.
Bukan nak riak... tapi aku tau ramai sebenarnye orang diluar sane nak jadi macam aku , nak banyak duit mcm aku , nak bahagiakan family mereka macam aku .. tapi adakah mereka sekuat aku?? Lihatlah aku... Kehidupan aku dulu tak macam ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap, mandi perlu diuruskan, duduk perlu diangkat dan tidur perlu dijaga. Bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian.
Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika aku rasa sangat terkesan bile ade ketika bila aku haus, lapar, penat, takde orang disisi.. Tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yang nak aku buat.
Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna, boleh berjalan, berlari, melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada orang lain... Aku melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri, ramai yang suka bagi bermacam alasan bile bekerja, ramai yang cepat give up bile ade cabaran !!
Ramai cube memilih untuk kerja senang, taknak susah, lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat, sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun-tahun atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah, Paling terkesan nak bagi duit mak dan ayah, family pun tak mampu... Aku sedih!!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka.
Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur.. bersyukur dengan nikmat yang allah beri dan jangan sia-sia kan, aku bangkit untuk beri manfaat pada orang lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dapat melihat kegembiraan, senyuman ramai orang-orang disekeliling aku.
Kini aku sedar.. untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan, mahu pun bisnes bukan mudah. Tetapi atas keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, suka berlajar dan improve diri, dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ke tahap sekarang. Dan semua value yang ade dalam diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit, bersemangat dan berjaya !!!
Akhir kata... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!
3 komen
Being physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.
ReplyDeleteBeliau boleh berjaya jadi apa alasan kita untuk tidak mahu berusaha
ReplyDeleteKagum dengan semangat beliau yang sangat tinggi
ReplyDelete