Segi Fresh | Menawarkan Barangan Segar Dengan Harga Yang Kompetitif
Monday, May 27, 2019
Shopping itu terapi walaupon shopping barang dapur basah. Haaaa… Gittew konsep orang perempuan. Shopping lah barang apa sekali pon. Memang terapi dibuatnya hatta tak beli satu apa pon.. Hahaha… Baru-baru ni saya pergi shopping barang dapur basah dekat Segi Fresh yang terletak dekat Balakong. Sebelum ni hanya sekadar mendengar. Tapi kali ni berjaya menjejak kan kaki buat pertama kali di Segi Fresh Balakong.
Kalau korang nak tahu, SEGI Group ada lah sebuah Syarikat berpangkalan di Malaysia yang telah beroperasi selama lebih 18 tahun. SEGI adalah kumpulan Syarikat dengan konsep inovatif baru yang merangkumi perdagangan , logistic, borong dan pelaburan hartanah. Dalam erti kata lain, Kumpulan Syarikat Segi ni merangkumi pelbagai aktiviti perniagaan lah. Untuk konsep “PASAR SEGAR” pula, SEGI FRESH adalah pusat pengedaran yang menjanjikan barangan SEGAR dengan harga yang Kompetitif Dengan kemudahan membeli belah untuk memenuhi keperluan pelanggan.
5 Sebab Kenapa Perlu Shopping di Segar Fresh
Pilih... Jangan tak pilih
Berdasarkan pengalaman saya shopping dekat Segi Fresh baru-baru ni kan. Apa yang saya boleh rumuskan adalah, memang berbaloi sangat sebab:
1. Segar
Ayam, ikan, Daging... Banyak pilihan
Memang barang-barang basah dekat Segi Fresh ni Segar-segar. Rasa macam nak beli semua barang basah yang ada dekat situ.. haha..
2. Banyak Pilihan
Aneka sayur-sayuran, bawang dan macam-macam lagi
Pelbagai pilihan buah-buahan
Iye… Banyak pilihan. Dari barang basah… Ikan, ayam, sotong, udang dan banyak lagi. Memang banyak pilihan. Makanan segar, makanan beku, buah-buahan dan sayur-sayuran. Sampai kau blur tak tahu nak beli apa sebab dah rambang mata
Kambing pilihan hatiku ☺
3. Harga
Sayur se ikat banyak macam ni hanya seringgit lebih saja.
Harga jangan cakap lah. Honestly… Memang murah. Husband yang selalu beli barang-barang basah pon mengaku yang dekat Segi Fresh lagi murah berbanding dekat kedai yang beliau selalu beli barang basah ni.
4. Kemudahan
Memang selesa juga shopping dekat Segi Fresh ni sebab ruang dia pon luas dan tak sesak lah. Parking pon banyak. Kalau nak redup, ada parking berbumbung. Terdapat juga kedai makan dekat situ. Selain dari barang-barang basah, terdapat banyak juga pilihan untuk barang-barang kering yang lain yang boleh di beli secara borong.
5. Perkhidmatan
Ikan keli dah siap siang
Macam biasa lah, ada juga perkhidmatan untuk pemotongan ayam dan juga ikan. Alaaaa… tahu yang korang memang tak rajin nak siang ikan kan. Saya pon sama. Saya beli ikan hari tu pon minta tolong staff Segi Fresh sinagkan walau pon ikan tak berapa nak besar... hehe… Tapi korang jangan lah beli ikan yang kecik halus tu pon nak suruh diorang siang kan. Agak-agak lah ☺
Hasil borong haiwan laut dan darat. Semua dah siap mandi ☺☺
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Overall… Memang saya puas hati sangat dapat shopping barang basah dekat Segi Fresh sebab Segi Fresh mementingkan kualiti dan perkhidmatan pelanggan dalam membekalkan barang-barang yang segar dan pelbagai pilihan untuk pembeli. Kalau korang ada buat perniagaan makanan atau catering, boleh beli barang-barang dekat Segi Fresh ni. Nak raya ni kan. Boleh lah terjah Segi Fresh. Memang saya akan datang ke sini lagi untuk shopping sebab barang-barang dekat Segi Fresh murah, segar dan berbaloi.
Thank you so much to my partner in crime iaitu my husband sebab sudi meluangkan masa menemani isteri dia ni shopping barang dapur dan tolong ambilkan gambar. My personal photographer ni. Kalau sorang memang gambar entah ke mana sebab sibuk belek ikan, ayam sotong semua.. haha..
Thank you so much to my partner in crime iaitu my husband sebab sudi meluangkan masa menemani isteri dia ni shopping barang dapur dan tolong ambilkan gambar. My personal photographer ni. Kalau sorang memang gambar entah ke mana sebab sibuk belek ikan, ayam sotong semua.. haha..
Balik dari shopping petang tu terus masak untuk berbuka. Sup ikan merah hasil dari barangan shopping dari Segi Fresh.
Kalau korang nak tahu, terdapat banyak store location Segi Fresh. Korang boleh semak Segi Fresh berdekatan dekat sini http://segifresh.com/our-store-location/ . Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Segi Fresh, boleh layari:
Website: https://www.segifresh2u.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Segifresh
Instagram: https://www.instagram.com/segifreshmarket/
3 komen
sedapnyaaaaaaaaaaa
ReplyDeletegeramnya tengok sayur sayur dia..hijau dan segar
ReplyDeleteIni kalau Nurul masuk ke sini pun memang rambang mata ^^
ReplyDeletehttps://www.nurulsyahirah.com/