SEA LIFE | Jenama Aquarium Terbesar di Dunia Kini di Malaysia

Wednesday, May 29, 2019

LEGOLAND® Malaysia Resort hari ini meraikan operasi minggu kedua SEA LIFE Malaysia, akuarium bertema LEGO® interaktif pertama di negara ini yang terdiri daripada 13,000 hidupan laut daripada 120 spesies dari 11 zon habitat yang berlainan. Akuarium dua tingkat yang sangat ditunggu-tunggu ini adalah tarikan terbaru di resort ini.

SEA LIFE Malaysia memanfaatkan edutainment untuk memelihara lautan dan melindungi hidupan laut

"Kami sangat gembira dengan sambutan yang luar biasa yang kami terima selepas melancarkan tarikan baharu ini. Akuarium interaktif di SEA LIFE Malaysia menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik yang menggabungkan pendidikan dan pemuliharaan. Dengan gabungan pendekatan imaginasi melalui LEGO®, SEA LIFE Malaysia menjanjikan hari yang hebat untuk seluruh keluarga," kata Kurt Stocks, Pengurus Besar di LEGOLAND® Malaysia Resort.

Kurt Stocks, General Manager at LEGOLAND® Malaysia Resort sharing on how the opening of SEA LIFE Malaysia makes LEGOLAND® Malaysia Resort a one-stop destination for families.

LEGOLAND® Malaysia Resort telah menarik penduduk tempatan dan pelancong luar dari Singapura, Indonesia, Thailand, Australia dan China. Selaras dengan ini, pembukaan SEA LIFE Malaysia dijangka memberi peningkatan tambahan dalam memacu pelancongan di Johor, seterusnya menyokong cita-cita negeri menjadi destinasi pelancongan serantau bernilai tinggi menjelang 2023.

Junior Rangers exploring SEA LIFE Malaysia during their Behind the Scenes Tour of Malaysia’s first interactive LEGO® themed aquarium

"SEA LIFE Malaysia telah mendapat sambutan hangat dan kami ingin memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk belajar, mencintai dan merawat lautan melalui edutainment," tambah Kurt.

Di antara kehidupan marin yang kini ditempatkan di 25 tangki ialah Stingray, Jerung Zebra, Black Tip Reef Shark, Seahorse, dan banyak lagi. Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti sesi bercerita, paparan interaktif dan touch pool di zon Rok Pool, zon habitat khas yang menempatkan hutan hujan Malaysia dan Stingray Bay dan Ocean Tank, tangki terbesar yang diisi dengan 400,000 liter air.

Kristian Griffin, General Manager of SEA LIFE Malaysia sharing how the SEA LIFE Malaysia team have been working tirelessly to ensure that all their marine friends are settled into their new homes

Merangkumi 6 meter panjang dan lebih dari 2 meter lebar, Ocean Tank menampilkan pengalaman yang menyeronokkan dan interaktif yang memperkenalkan kehidupan dan pemuliharaan laut. Di samping itu, para tetamu boleh melihat LEGO® Mini-Figures dan makhluk-makhluk laut LEGO® yang lain.

SEA LIFE Malaysia Junior Rangers with Kurt Stocks, General Manager, LEGOLAND® Malaysia Resort, Kristian Griffin, General Manager,SEA LIFE Malaysia and Thila Munusamy, Sales and Marketing Director, LEGOLAND® Malaysia Resort and SEA LIFE Malaysia mascot, Sharkie after receiving their token of appreciation for completing the year as the first batch of ambassadors for the marine sanctuary.

Untuk maklumat terkini mengenai promosi dan aktiviti LEGOLAND® Malaysia Resort, layari Facebook dan Instagram.   

You Might Also Like

1 komen



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive