Nikmati Kemeriahan Berbuka Puasa Bersama Artis Sambil Membeli Belah Di Klang Parade

Monday, May 13, 2019

Salam 8 Ramadan semua. Pejam celik pejam celik, sekejap je dah masuk 8 Ramadan kan. Dah start buat persiapan raya ke tu? Atau masih terari-cari idea dekat mana nak shopping? Sebab ramai yang dah mula buat persiapan Raya. Kalau korang nak shopping dekat tempat lain selain dari tempat biasa yang korang pergi, saya cadang kan pergi ke Klang Parade. Pusat beli-belah pinggir bandar dan pusat hiburan sehenti untuk komuniti Klang dan Shah Alam. Macam-macam ada dekat situ. Korang boleh Nikmati Kemeriahan Berbuka Puasa Bersama Artis Sambil Membeli Belah Di Klang Parade.


Kalau boleh tak nak lah buat persiapan last minute. Kelam kabut nanti. Lagi pon kalau shopping last minute lagi sesak dengan orang ramai dibuatnya. Sebab shopping last minute nanti dapat diskaun lebih katanya. Macam saya, setakat baju raya dah selesai. Cuma persiapan dari segi dekorasi rumah macam langsir jer tak buat lagi. Bercakap pasal dekorasi ni kan, dekat Klang parade pon ada SSF tau. SSF merupakan pusat hiasan rumah yang sentiasa menggariskan gaya reka bentuk dalaman yang kreatif. Memang sumber inspirasi lah untuk mereka yang nak deko rumah sebab barangan yang terdapat dalam SSF ni unik dan kreatif. 


Memang rambang mata lah kalau masuk SSF ni sebab macam- macam ada. Bunga buatan dan tumbuhan, Lukisan seni, Perabot, Permaidani, Langsir, Hiasan rumah, Keperluan isi rumah, Lampu dan banyak lagi lah. Memang sesuai sangat kalau nak beli untuk perhiasan rumah sempena nak raya ni kan. Raya pon setahun sekali. Alah membeli menang memakai.. hehe…

Sofa dan meja. Cantik kan ☺

Ada plan nak tukar meja makan ke? Boleh ke SSF ☺

Cantik kan. Siapa suka bunga? Boleh datang SSF 

Pelbagai Pilihan Sandwich Di Subway


Dah penat shopping dekat SSF, tak ada masalah untuk cari kedai makan untuk berbuka puasa, sebab ada banyak kedai makan dalam tu. Antaranya Subway. Perghhhh… Rasa macam dah lama tak pekena subway. Kalau buka puasa makan subway pon best juga. Menu sihat ni. Sangat sesuai untuk mereka yang menjaga pemakanan atau jenis mereka yang berbuka tak makan nasi. Boleh alas perut dengan sandwich Subway ni kan sebab pilihan sandwich yang ada dekat Subway pon banyak.

Ruang yang luas dan selesa untuk menjamu selera

Tu dia. Sedap ni

Nikmati Keenakan Ice Cream Di Baskin Robin


Bagi yang datang dengan family yang ada anak kecil tu, kalau anak tak suka sandwich, boleh umpan dengan ice cream sebab Baskin Robin pon ada dekat Klang Parade ni. Siapa yang tak suka dengan ice cream kan. Lebih-lebih lagi dengan ice cream Baskin Robin yang sedap ni. Nak bagi anak diam dan kalau nak makan dengan aman, umpan lah anak dengan ice cream ye.



Banyak pilihan ice cream

Syawal Dirai Kemeriahan Dikongsi di Klang Parade


Dengan motto Syawal Dirai, Kemeriahan dikongsi, Klang Parade membawa artis kegemaran ramai pada 19 May 2019 bermula jam 3.00 petang. Kalau korang nak Nikmati Kemeriahan Berbuka Puasa Bersama Artis Sambil Membeli Belah Di Klang Parade, boleh lah datang ke Klang Parade untuk memeriahkan lagi majlis bersama artis terlibat seperti Ayda Jebat, Alyssa Dezek, Bea, Nana Sheme, Wafiy dan Nabila Razali. Save the date tau.


Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari:

Website

Facebook

Instagram




You Might Also Like

3 komen

  1. saya dduk klang . sejak menetap kat sg besar jarang dh balik klang , kalau x boleh join tengok karnival ni

    ReplyDelete
  2. Huish...bestnya subway...belum habis waktu sahur lagi dah teringin

    ReplyDelete
  3. wahhh ada nana sheme lah lepas lama dia menghilang

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive