Nak Kekal Bertenaga Sepanjang Berpuasa? Amalkan Air Nabeez!!
Friday, May 10, 2019
Iyer… Boleh amalkan Air Nabeez untuk kekal bertenaga sepanjang hari berpuasa. Tak percaya? Sila lah cuba sebab saya sudah cuba dan ianya sangat berkesan. Memang tak rasa lapar dan perut pon tak ada lah berdondang sayang. Dan ianya di akui oleh anak saya, Iman Hakimi. Dia siap cakap “Ibu… Best lah minum air Nabeez ni. Kita tak rasa lapar pon. Perut pon tak berbunya”. Badan pon rasa bertenaga. Tak ada lah nak melepek sangat.
Google pic
Pernah dengan Air Nabeez tak? Actually, saya pernah dengar pasal Air Nabeez ni dah lama. Tapi tak pernah nya nak try. Entah kenapa tak try pon tak tahu lah. Asyik lupa + malas kot… hahaha… Tapi puasa kali ni memang nak try sangat sebab nak tahu keberkesanan nya. Siapa yang belum tahu pasal Air Nabeez ni. Meh nak bagitahu. Air Nabeez ni merupakan air rendaman dari buah kurma yang di rendam semalaman (Infused water). Rendam kurma dalam air masak (Dalam Bekas yang bertutup) pada waktu malam. Sahur ke esokkannya baru minum
Air Nabeez merupakan minumam yang mengandungi alkali yang dapat membantu dalam proses pembuangan dan memulihkan sistem pencernaan. Ia juga membantu menyingkirkan toksin berbahaya dalam tubuh. Macam Detox lah. Selain daripada itu, ia juga pemberi dan pemulih tenaga. Sebab tu kita disunahkan untuk makan kurma dulu masa berbuka sebab buat Kurma banyak khasiatnya. Di katakan juga Air Nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad S.A.W. Betul ke? Meh baca soal jawab ini:
Soalan❓
Assalamualaikum ustaz. Betul ke itu Air Nabeez tu sunnah nabi/ amalan nabi?
Dr Rozaimi menjawab :
Waalaikumussalam
Ya nabi sallallahalaihwasallam minum air rendaman sebegini.
عن ابن عباس قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم ينتبذ له أول الليل فيشربه إذا أصبح يومه ذلك والليلة التي تجيء والغد والليلة الأخرى والغد إلى العصر، فإن بقي شيء سقاه الخادم أو أمر به فصب.
[Sahih muslim]
Daripada Ibn 'Abbas, katanya: Rasulullah shallallahu'alaihiwasallam selalu dibuat nabiz untuk Baginda pada awal malam. Lalu Baginda meminumnya apabila masuk waktu pagi hari tersebut, juga pada malam yang akan tiba, pada keesokan pagi, pada malam lain, pada keesokan pagi (hari ketiga) hingga Asar. Sekiranya masih berbaki sedikit, Baginda akan memberinya minum kepada khadam atau Baginda memerintahkan supaya membuangnya.
Maksudnya rendaman malam dan diminum keesokkan paginya. Itu yang diamalkan oleh Rasulullah. Bukan rendam lama 2,3 hari baru minum. Jika rendaman itu lama, maka ia akan jadi memabukkan. Itu yg tak boleh. Wallahua'lam...
Jadinya... Betul lah Air Nabeez ni sudah menjadi amalan Nabi Muhammad S.A.W dan tak perlu di ragukan lagi. Mana lah tahu kot ada yang ragu-ragu sebelum ni kan. Macam mana cara penyediaan Air Nabeez? Alaaa... Senang sangat nak buat.
Cara Penyediaan Air Nabees
- Ambil kurma dalam bilangan ganjil
- Anggaran air dalam 500ml ke 1 liter
- Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma
- Sebelum anda tidur, rendam isi kurma dalam air masak dan letak di luar sahaja
- Tidak perlu simpan dalam peti sejuk
- Tutup bekas air dan jangan biarkan ia terbuka
Kalau nak tahu, Air Nabeez ni tak semestinya di amalkan ketika bulan puasa saja tau. Air nabeez ini boleh juga diamalkan pada bila-bila masa sebelum sarapan pagi. Amalkan ketika perut kosong. Katanya,,, Kurma yang bagus untuk membuat Air Nabeez ni adalah kurma Ajwa. Tapi kurma lain pon boleh juga. Mahal kot kurma Ajwa tu. Asalkan Kurma kan. Siapa yang belum try Air Nabeez ni, sila lah buat. Memang akan terasa perbezaannya.
Note: Sedang mencabar diri sendiri untuk tidak minum air manis masa berbuka puasa. Masuk hari kedua dah. Harap istiqomah lah hendaknya.. hehe..
4 komen
good sharing. terima kasih.
ReplyDeletebaru tahu pasal air nabez ni.. sy dah amalkan minum air rendaman kurma ni sejak 2,3 thn lepas.. tp x tau la pulak air ni desebuat air nabeez dan merupakan sunah rasulullah.. thanks fiza sharing this info..
ReplyDeleteSedap ke? Tak pernah rasa lagi.. nak buatlah nanti
ReplyDeletebuat jus kurmaa
ReplyDelete