Menu Sahur Simple Tapi Berkhasiat Untuk Ibu Yang Menyusu

Monday, May 06, 2019

Berpuasa dan dalam masa yang sama menyusukan anak antara cabaran paling besar bagi seorang ibu. Tambah mencabar bila anak kuat sangat menyusu. Macam Iman Harraz, walaupon dah masuk 3 tahun 2 bulan, masih lagi menyusu. Tanda-tanda nak berhenti menyusu memang tak ada. Bagi ibu menyusu yang berhasrat untuk kekal bertenaga sepanjang hari berpuasa, pengambilan Menu Sahur Simple Tapi Berkhasiat Untuk Ibu Yang Menyusu adalah sangat penting sebab penghasilan susu bergantung kepada pemakanan si ibu. Especially dibulan bulan puasa nih. 


Memang tersangat mencabar bila menyusukan anak di bulan puasa. Kalau weekend lagi lah mencabar. Sebab apa? Sebab anak akan melebihkan menyusu apabila ibunya bercuti. Mohon bertabah lah ibu-ibu menyusu yang berpuasa yerp, Sebab itu lah sahur sangat penting bagi ibu menyusu. Pastikan menu-menu bersahur tu dari sumber yang berkhasiat dan boleh maintain kan pengeluaran susu. Jom semak Menu Sahur Simple Tapi Berkhasiat Untuk Ibu Yang Menyusu!!

KURMA



Siapa yang tak tahu khasiat Kurma kan. Kurma banyak khasiatnya sebab kurma mengandungi kandungan glukosa atau gula ringkas yang sangat tinggi dan baik untuk badan. Kandungan glukosa yang tinggi berfungsi untuk membekalkan kembali tenaga dengan cepat dalam badan ibu yang menyusukan anak setelah seharian berpuasa. Seperti dalam Hadith 'Sebaik² makanan untuk sahur adalah tamar/kurma'. Jadinya... Sila beli kurma banyak-banyak. 


BUAH-BUAHAN



Buah-buahan memang terkenal dengan khasiatnya kan. Ibu menyusu digalakkan makan buah-buahan segar setiap hari. Macam buah Oren. Sebab buah Oren mengandungi vitamin C dan mineral yang secukupnya. Manakala Anggur, betik dan blueberries mengandungi antioksidan yang paling tinggi. Tak kisah lah buah apa, Janji buah. Sediakan pada sebelah malam untuk menjimatkan masa.

SAYUR-SAYURAN



Ada ibu menyusu yang tak makan sayur ker? Tak boleh lah macam tu sebab sayur segar kena ada dalam menu makanan setiap hari untuk suplemen vitamin A, C, B1, B2, B12 dan asid folik yang sangat diperlukan pada masa menyusukan. Macam sayur Bayam dan juga Brocoli, Mengandungi Kalsium, tinggi kandungan antioksida dan serat makanan serta tiinggi dengan Vitamin A (Penting untuk fungsi mata dan kesihatan kulit. Rugi tau tak makan sayur.

GREEN SMOOTHIE/JUS



Makanan yang berwarna hijau akan menambah kandungan lemak di dalam susu badan dan akan memberi kita lebih TENAGA. Blend bayam, strawberry, flax seed, vanila yogurt, fresh milk pada sebelah malam dan hidangkan di waktu sahur.


FRESH MILK/SUSU KURMA



Fresh milk sangat bagus untuk ibu yang menyusukan sebab ia mengandungi sumber kalsium, protein, vitamin B dan D. Sekurang-kurangnya amalkan 3 cawan fresh milk setiap hari untuk bekalan kalsium yang secukupnya untuk tubuh badan sendiri dan untuk si kecil. Kalau tak lalu minum fresh milk, boleh try susu kurma. Buat sendiri pon boleh. Kalau malas nak buat, boleh beli susu kurma yang ready made jenama Farm Fresh. Memang terbaik sebab tersangat sedap rasanya. Memang tak cukup sebotol lah.

OAT



Oat memang terkenal kerana khasiatnya kepada kesihatan terutama sekali kepada kesihatan jantung. Selain daripada itu, oat juga membantu ibu menyusu kerana ianya mengenyangkan, dapat memberi lebih tenaga dan melawaskan sistem pembuangan. Bagi yang biasa amalkan oats untuk sarapan, amalkan organic rolled oats dengan susu, susu kambing atau dengan air milo. Ikut kesedapan tekak. Boleh juga buat overnight oat. 

TELUR REBUS/TELUR SEPARUH MASAK



Kaya dengan protein dan Omega 3. Telur jenis Omega atau yang diperkaya dengan DHA amat bagus bagi penambahan asid lemak yang baik untuk susu anda. Kuning telur mengandungi sumber vitamin D, antara nutrien terpenting untuk mengekalkan tulang yang sihat untuk ibu dan juga penumbuhan tulang yang kuat untuk anak. Boleh ambil telur rebus atau separuh masak semasa sahur, jangan digoreng sebab goreng akan rosakkan telur kuning dan menyebabkan telur kuning jadi transfat yang bahaya. Ok... Aku dah terliur nengok telur separuh masah ni woih!!!

ROTI WHOLEMEAL



Roti gandum yang dihasilkan daripada bijian penuh (whole grain) yang belum diproses juga kaya dengan serat, vitamin E, zat besi, zink, asid folat dan anti oksidan. Kandungan karbohidrat kompleks di dalam roti mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Manakala Asid Folik adalah sumber nutrien penting untuk susu ibu selain memberi lebih tenaga untuk ibu, dan sumber ini boleh didapati dari roti bijirin, beras, biji-bijian seperti gandum, jagung dan lain-lain. 

Jangan lupa amalkan menu berkhasiat ni tau. Kita ibu menyusu yang berpuasa ni perlu lebih banyak tenaga. Anak nak menysu lagi. Nak buat kerja rumah. Nak masak menu untuk berbuka puasa lagi. Pastikan korang bersahur. 

Note: Ibu menyusu tu kalau tak larat puasa, tak payah lah teruskan. 


You Might Also Like

1 komen



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive