Harum Mewangi dengan Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist
Thursday, January 31, 2019
Selain kecantikan yang berpisah tiada dengan wanita. Wangi-wangian juga tak terkecuali. Tahap wangi dia tu sampai meninggalkan kesan lah. Orang dah tak ada tapi baunya masih ada lagi. Berapa banyak semburah lah yang di sembur tu kan. Tapi kalau nak bau minyak wangi tahan lama, ada tempat-tempat tertentu yang perlu kita sembur Bercakap pasal wangi-wangi ni kan. Althea Korea ada keluarkan produk terbaru tau.
Harum Mewangi dengan Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist
Ini dia… Stay Fresh Body Sparkling Mist, yang juga merupakan produk Body Mist pertama Althea. Yang menariknya, produk Stay Fresh Body Sparkling Mist ni ada lah kolaborasi bersama dengan selebriti terkenal iaitu Titi Kamal. Orangnya bukan sahaja cantik, tetapi juga merupakan bintang filem dan penyanyi yang berbakat dari Jakarta, Indonesia. Selain daripada itu, beliau juga adalah ikon kecantikan yang menawan hati peminat di seluruh Asia Tenggara.
Stay Fresh Body Sparkling Mist ni merupakan campuran dari buah oren, peach dan juga bunga rose. Baunya memang sangat wangi dan lembut. Yang pasti, wangiannya tidak terlalu kuat atau tengit. Just nice lah. Untuk orang yang tak suka bau wangi yang terlalu kuat, Stay Fresh Body Sparkling Mist ini lah jawapannya dan ia sesuai untuk semua jenis kulit.
Bahan Utama Dalam Stay Fresh Body Sparkling Mist
Antara bahan-bahan utama yang terdapat pada Stay Fresh Body Sparkling Mist ialah:
- Damask rose water - Memelihara kulit dari terhidrat dan memberikan wangian yang lembut lembut
- Ekstrak Bunga Jingga - Menyegarkan semula deria
- Ekstrak Bunga Tua - Menyejukan dan melegakan kulit sambil memberikan bau yang feminine
Nak pakai pon mudah saja. Lepas mandi tu sembur body mist ni pada badan sebab body mist ni sejenis tak melekit dan meninggalkan wangian yang segar pada badan secara tak langsung menjadikan bau tahan lama. Best sangat kan.
Packaging pula memang menarik sebab botol Stay Fresh Body Sparkling Mist ni ringan kerana material nya dari plastik. Saiz pon comel dan tak terlalu besar. Memang mudah lah untuk dibawa ke mana-mana. Harganya pula RM35.00 untuk 100ml. Kalau nak tahu lebih lanjut atau nak buat pembelian, boleh layari:
Website: https://my.althea.kr
Instagram: www.instagram.com/altheakorea
Facebook: www.facebook.com/altheamalaysia
3 komen
mewangi la dia..:)
ReplyDeleteohh rupanya body mist ni mmg sembur dekat badan. ingatkan sembur dekat baju je xD
ReplyDeleteWangi kann bosy mist Althea ni, Nani pun suka sangat guna :)
ReplyDelete