Corat Coret Hari Pertama Persekolahan Tahun 2019

Tuesday, January 08, 2019

Corat Coret Hari Pertama Persekolahan Tahun 2019 | Entry pertama untuk tahun 2019. Mana boleh tak tulis pasal anak masuk sekolah kan. Biar lambat asalkan ada… hehehe… Lebih-lebih lagi bila ada anak yang masuk Darjah 1 untuk tahun 2019 ni. Kenangan tu. Ok… Back to the title, Alhamdulillah… Masuk minggu kedua bersamaan dengan hari ke 5 anak-anak bersekolah. Excited jangan cakap lah, 1st day kan. Serba serbi semuanya baru. Qahirah siap cakap…’Ibu, kita tak sabar lah nak pergi sekolah’. Mau tak sabar, sebab nak merasmikan bag sekolah SMIGGLE hadiah pemberian Wan dengan Cik Ayu dia tu lah. Tahu sangat… hehehe…

Selamat kembali ke Sekolah anak-anak ☺

Corat Coret Hari Pertama Persekolahan Tahun 2019


Alaaa… Ke excited-an diorang ni sama lah masa zaman kita sekolah dulu. Dari atas sampai bawah semuanya baru. Bangun pagi pon senang dan masing-masing tak buat perangai. Memang lancar lah pagi untuk hari pertama persekolahan hari tu. Dengan harapan semoga berkekalan lah untuk hari-hari yang seterusnya yer anak-anak. Semoga hari-hari excited nak pergi sekolah gittew.

Si anak sulung yang makin meninggi 

Rutin pagi pon macam biasa. Abah yang akan hantar anak-anak pergi sekolah. Untuk tahun ni, Iman Hakimi dah Darjah 6, Qahirah Darjah 3 dan Iman Qhalif Darjah 1. Pagi tu saya tak dapat hantar Iman Qhalif pergi sekolah agama. Tak ada gambar Qhalif pon dekat sekolah agama. Ibu pon tak sempat nak sekodeng dia sebab nak uruskan Iman Harraz. Satu perubahan besar juga untuk Iman Harraz sebab tahun ni dah tak hantar nursery. Saya hantar ke rumah pengasuh. Next entry saya cerita kenapa.

Ragam anak kedua dan ketiga ☺

Sedih juga sebenarnya sebab tak ada gambar kenangan dihari pertama persekolahan untuk Sekolah Agama. Over kan. Itu pon nak sedih. Mak-mak… biasa lah. Tak over tak sah… hehe.. Abah tak bawa handphone dan tak dapat nak tunggu sebab tiba-tiba diserang migrain. Alhamdulillah… Qhalif tak menangis pon. Good boy. Time rehat pon saya tak pergi jenguk. Lagi pon kakak dia ada boleh pantau sebab rehat sekali kan. Tak ada lah risau sangat.


Tamat sesi pagi untuk Sekolah Agama. Bermula pulak sesi petang untuk Sekolah Kebangsaan. Sampai-sampai saja sekolah, semua murid-murid dah masuk barisan. Ehhh!!! Belum pukul 1 lagi kot masa tu. Maka tercari-cari lah barisan kelas untuk Iman Qhalif. Untuk Tahun 1 2019, ada 12 kelas semuanya. Lama juga lah menunggu masa perhimpunan tu. Iyerlah… Nak urus murid baru masuk dengan murid sedia ada kan. 

 Get ready nak ke sekolah kebangsaan pulak

Kesian juga dekat budak-budak sebab cuaca panas even tempat tertutup. Memang bahang juga lah. Ada juga budak yang  mengantuk sampai tertidur. Termasuk lah si Qhalif.  Selesai semua, acara masuk kelas pula. Bukan anak saja masuk kelas, dengan MakPak sekali mengikut. Tapi tu lah, kelas Qhalif dekat tingkat 3. Kesian sangat. Dah lah badan kecik, naik tangga pula sampai tingkat 3. Kan bagus kalau semua kelas Tahun 1 letak dekat tingkat bawah je. Alaaaa… Anak relax jer mendaki. Mak je yang selalu over.

Sabar menanti nak masuk kelas. Masuk kelas muka serious je. Ngantuk agaknya ☺

Kakak yang excited dengan bag dia tu ☺

Lepas naik kelas Qhalif, bila tengok semua ok dan dia pon tak nangis.. Alhamdulillah sangat… kami pon balik. Nak uruskan van anak-anak pulak. Lepas tu pergi sekolah balik lah time dia lunch nanti. Untuk tahun ni. Kami tak ambil transit pon. Hanya van sahaja. Dan van akan terus hantar dekat rumah. Syukur sangat sebab Qahirah ada dan boleh tolong jaga adik. Siap-siap dan makan dekat rumah. Cukup time turun bawah dan van akan datang ambil. Alhamdulillah sekali lagi sebab anak-anak dah boleh berdikari dan boleh urus diri sendiri.

Tugas ibu, sediakan makanan pagi dan tengah hari untuk anak-anak makan sebelum pergi sekolah. Total untuk van sekolah anak-anak bersamaan dengan RM330 untuk 3 orang anak. Ok.. Berbalik kepada kisah Qhalif tadi. Masa lunch sekolah, kami singgah nak tengok dia. Ajar macam mana nak beli air dan makanan. Berapa duit nak kena bagi. Macam biasa, kantin penuh dengan murid dan parents. Hari pertama, biasa lah kan. So far Qhalif dah pandai beli sendiri. Ada saja baki duit dia.

Jom makan. Marah dia bila ibu asyik ambil gambar je ☺

Parents hanya boleh datang tengok anak selama 3 hari sahaja. Saya first day tu saja lah datang tengok. Masuk second day, abah dia just pantau anak-anak sebab dah start naik van sekolah. So far semua ok. Memang Qahirah anak yang boleh diharap dan kakak yang bertanggungjawab untuk jaga adik. Dia lah yang betulkan seluar baju Qhalif dan ingatkan itu ini. Sweet je tengok. Macam tak percaya je sebab diorang memang selalu bergaduh. Tak sangka pulak dalam gaduh-gaduh sebenarnya kakak ambil berat pasal adik.. hehehe…

Note: Begitulah kisahnya. Kalau cerita pasal anak memang tak sah kalau tak panjang berjela kan ☺


You Might Also Like

10 komen

  1. seronok tgk anak2 msk sekolah..:)

    ReplyDelete
  2. memang wajib tulis nih kalau bab sekolah anak2 nak pulak kalau ada yang baru masuk sekolah kan. sweet je tengok 2 beradik tu, wah pandailah qahirah jaga adik dia.

    sekolah anak akak yang darjah 1 kelas semua dekat tingkat bawah je, jadi mudahlah untuk anak2, bukan apa mak2 ni(termasuk akaklah) jenis tak boleh tengok kalau anak dia susah sikit padahal aak2 tu ok je kan heheh

    ReplyDelete
  3. uiii...dah bujangnya si sulung tu yer fiza...kita pun ada sorang anak dara darjah 1 thn ni..mentang la bapak dia satu sekolah, sikit2 ke babah dia ler..huhu

    ReplyDelete
  4. hihi macam2 tengok orang share gelagat anak masing2.. ckgu2 pun ada yang share.. comel2 je.. belajar rajin2 yeee semua =D

    ReplyDelete
  5. comel je gelagat anak2 masa kecik ni.

    ReplyDelete
  6. anak yg sekolah ibu2 yg happy kan.. inilah best moment mommy

    ReplyDelete
  7. Biasanya anak2 ni kalau depan kita selalu bergaduh huhu... Kat belakang (sekolah etc) saling menjaga je sebenarnya. Macam anak2 saya juga.

    Moga semuanya dipermudahkan buat puan sekeluarga.

    ReplyDelete
  8. Hari pertama, minggu pertama memang seronok tengok budak2 masuk alam persekolahan. *alahai lawanya beg yang anak perempuan tu :D

    ReplyDelete
  9. Mmg seronok bila awal persekolahan ni..semua benda nk baru dan kita mak bapa pun teruja menghantar ke sekolah

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive