Kasut Sekolah Putih VS Kasut Sekolah Hitam | Yang Mana Jadi Pilihan?

Saturday, December 08, 2018

Sedang buat persiapan untuk kelengkapan persekolahan anak-anak ke tu? Pejam celik pejam celik, tak lama lagi dah nak buka sekolah. Sebab itu lah pentingnya persediaan awal untuk kelengkapan persekolahan anak-anak seperti baju sekolah, bag, alat tulis, buku dan juga kasut. Bukan apa, kalau beli lambat-lambat nanti takut kehabisan saiz. Terutama untuk baju sekolah dan juga kasut sekolah. Sebab pernah merasa beli last minute. Banyak saiz yang dah habis.


Bercakap mengenai kasut sekolah kan, baru-baru ni kecoh mengenai kasut sekolah warna putih dan juga kasut sekolah warna hitam. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Pada saya, isu ini mungkin sudah mengambil kira pandangan dari pihak yang berkepentingan seperti ibu bapa, guru-guru dan murid murid sebelum ianya dilaksanakan. Alaaaa… lagi pon perlaksaannya masih lambat lagi. Ianya akan mula dikuatkuasakan sepenuhnya bermula pada tahun 2021. Boleh saja nak pakai kasut sekolah warna putih atau pon hitam.

Bagi saya kan, yang penting bukan warna kasut sekolah. Tapi kualiti sebuah kasut sekolah itu sendiri. Kalau beli kasut murah, berapa lama saja tahan. Masuk pertengahan tahun persekolahan, kasut dah nampak buruk dan koyak sana sini. Paling sedih, belum masuk tengah tahun kasut dah jahanam. Dalam setahun berapa kali nak tukar kasut. Ini dari pengalaman saya sendiri tau. Kasut biasa tu memang jenis cepat rosak dan mudah terkoyak.

Kenapa PALLAS jadi pilihan?


Baik beli kasut mahal tapi tahan lama dan berkualiti dari beli kasut murah tapi nak kena beli banyak kali. Kos nya sama sahaja kalau beli kasut mahal kan. Dan dalam banyak-banyak jenama kan, PALLAS antara yang menjadi pilihan. Memang dari zaman saya sekolah lagi kasut PALLAS ni dah ada. Nampak tak betapa lama jenama PALLAS ini bertahan sebab kualiti nya. 

Dan untuk persekolahan tahun 2019 ni, saya sudah pon mendapatkan kasut PALLAS untuk anak-anak saya iaitu:

PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP 205-0164


Brand: Jazz 
Style
- Velcro strap design
- Durable canvas upper combined with PVC for long lasting wear
- Proven extra superlight weight "X-Light"
- Foam lining for extra comfort and protection

PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP 205-0165


Brand: Jazz 
Style
- Velcro strap design
- Durable canvas upper for long lasting wear
- Proven extra superlight weight "X-Light"
- Foam lining for extra comfort and protection 

PALLAS JAZZ LO CUT SHOE LACE 7328


Brand: Jazz 
Style
- Signature and unique Jazz lace up design
- Padded collar and footbed for supreme fit and shock absorption
- Durable canvas upper for long lasting wear
- Canvas lining for excellent breathability and extra comfort
- Rubber insole with arch support for superb comfort fitting
- Rubber outsole for excellent grip

Kualiti Kasut Pallas


Dalam pemilihan kasut, keselesaan adalah keutamaan. Memilih kasut yang selesa untuk anak-anak adalah sangat penting. Daripada jenama kasut, saiz kasut dan juga material kasut perlu di ambil kira. Budak-budak kan, pergerakan mereka sangat active dan tahap pengudaraan pada kasut juga amat penting untuk mengelakkan kasut berbau. Ciri-ciri yang saya cari ini ada pada kasut PALLAS dimana rangkaian kasut mereka mementingkan keselesaan untuk semua peringkat dengan memfokuskan pada gaya, kualiti dan nilai. 


Yang best, kasut PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP (205-0164) dan PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP (205-0165) ni ringan dan sangat sesuai untuk anak-anak yang active kerana Extra Light yang terdapat padanya membantu mengurangkan beban berat ke sekolah. Secara tidak langsung dapat membantu kanak-kanak berkembang dengan kaki yang sihat. Manakala PALLAS JAZZ LO CUT SHOE LACE (7328) pula mempunyai sokongan lengkungan yang terdapat pada kasut dimana ia dapat melegakan ketegangan pada otot. Best kan.


Jom beli kasut PALLAS untuk keselesaan anak-anak. Korang boleh dapatkan di Aeon, Tesco, Mydin and lain-lain tempat untuk promosi Back To School. Boleh juga beli secara online tau. Ada disediakan cara untuk  measurement kasut. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh layari:

You Might Also Like

27 komen

  1. memang kasut Pallas antara jenama yg sy beli utk kasut anak2.

    ReplyDelete
  2. for me
    hitam
    dua2 anak sekolah agama
    sorang Srai
    Sorang Seri Al Huda
    baju anak kat srai la lennguh sikit
    sbb putih
    si adik kat seri Al Huda ungu
    so case selesai

    ReplyDelete
  3. teringat pula zaman kc sekolah dulu. walaupun kasut hitam, kena sental juga hahaha. hitam atau putih ok je kan dua dua.

    ReplyDelete
  4. kita pilih hitam heheheh.. tak payah basuh wakakakka

    ReplyDelete
  5. hi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan..done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks

    ReplyDelete
  6. Very good. Nowadays got so many designs to choose. Pallas is very good brand. Very comfortable on feet.

    ReplyDelete
  7. Wah. Pallas nie legend nie. Design dah makin advanced dan moden, sesuai dengan zaman kan. Anak-anak saudara Rawlins semua pakai Pallas gak.

    ReplyDelete
  8. Menarik juga ni. Zaman sekolah dulu selalu pakai jenama satu lagi sebab memang tengah popular tapi bolehlah suggest nanti untuk adik-adik pakai kasut ni pulak. Nampak kualitinya pun bagus setanding harga. Dan yang penting selesa untuk memulakan hari di sekolah. :D

    ReplyDelete
  9. kasut sekolah mmg kene ade yang tahan lasak... and by reading your review, mcm best je... i personally prefer hitam at least kasut x dela nmpk kotor sgt compare dgn yang putih..

    ReplyDelete
  10. Akak belikan untuk Dania dua2 warna hitam satu jenis lekat tu dan satu lagi jenis tali...pas tu RM79 je beli combo kat Bata..murah kan

    ReplyDelete
  11. airah pun sama masa sekolah guna pallas je sebab rekaan dia selesa. nak bergerak pun selesa tak ada sakit2 kaki dah. best la budak sekarang pakai kasut hitam tak nampak kotor

    ReplyDelete
  12. It's time for me to buy school shoes for my girls too. I like light weight shoes as it's more comfortable. I have chosen the Sunfeet school shoes because they are good for my girls. check it out too it's diff from the other brands :)

    ReplyDelete
  13. Cnatiknya kasut hitam zaman kita tak ada pulak pakai kasut hitam hehehe kalau tak tak payah basuh hari-hari hehehehe tapi ramai orang kata harga kasut naik macam mana ni sian kat ibu bapa yang tidak mampu... Mungkin jenama lain lah kan..

    ReplyDelete
  14. Pernah beli kasut Pallas Jazz untuk anak. Beli yang takde tali. Masuk je kaki dah siap nak ke sekolah. Masa zaman sekolah dulu pun suka pakai kasut Pallas ni. Maknanya Pallas ni dah lama di pasaran.

    ReplyDelete
  15. Kasut paling fav since sekolah dulu. Pallas mmg tahan sikit dan tak mudah rosak. Dulu mmg pakai brand ni je. Skang design pun dah cantik.hehehe

    ReplyDelete
  16. Pada ena pon senang pakai kasut hitam. Tapi tak bermakna tak perlu selalu basuh kan even tak nampak kotor. Yang sedihnya ada peniaga amek kesempatan naikkan harga kasut hitam bila tahu keperuan untuk sekolah diutamakn. Even anak belum sekolah tapi ena still amek tahu jenama apa suai pakai kena research awal senang nanti nak buat pilihan.hehe..

    ReplyDelete
  17. dulu pakai kasut hitam sebab ada jadi pengawas pusat sumber..hehee..kasut ni kena pilih betul-betul kan, kalau boleh yang tahan lasak..selesa di apkai anak-anak

    ReplyDelete
  18. Saya pun peminat pallas, dulu masa kat U memang cari pallas sebab murah, lasak dan selesa. Cuma dah besar ni cari yang lebih ringan sikit sebab pallas agak berat. Tapi untuk kasut sekolah anak nanti memang consider brand pallas dalam list.

    ReplyDelete
  19. Pallas ni jenama lejen. Lama dah ada dlm market kasut skolah. Kaler hitam la smart

    ReplyDelete
  20. Tahun nie utk anak2 AM pun belikan kasut Pallas sebab tapaknya cam mencengkam n kualiti.. Sesuai utk anak2 AM yg aktif bersukan.. Kalu bab barang anak2 confirm kena pilih yg kualiti sbb nak memudahkan pergerakan diaorg..

    ReplyDelete
  21. Samalah macam sis..belikan untuk anak kasut pallas tapi sis beli kat Mydin. Walaupun harga taklah mahal tapi kualiti dia bagus, boleh tahan lama..itu yg penting

    ReplyDelete
  22. isu panas ni! tapi pada kita kasut sekolah lagi lawa putih lah. sebab nampak suci dan bersih je budak-budak sekolah. lagipun boleh ajar mereka displin sebab kena jaga kebersikan kasut basuh kasut setiap minggu. dulu kita time form 6 je pakai kasut hitam

    ReplyDelete
  23. Aduiii dah p cari cuti xmas baru ni. Abis pulak size hero tu

    ReplyDelete
  24. akak pilih kasut hitam supaya tak teruk menyental hehehe..tapi untuk tahun depan akak tukar2 putih dan hitam

    ReplyDelete
  25. Kasut Pallas memang jadi pilihan saya dari dulu. Masa nak shopping kasut sekolah anak memang ada jenama Pallas tapi amik jenama Asadi sebab kasut Pallas yang nak tu tak ada saiz untuk anak pulak .

    ReplyDelete
  26. Kasut sekolah hitam senang la sikit nak jaga kebersihannya kan kak. Budak-budak ni kadang main lasak tak kisah pun kasut kotor ke apa. Para ibu-ibu yang risau bila tengok anak balik sekolah kasut kotor. Kalau pakai kasut hitam senang sikit nak jaga.

    ReplyDelete
  27. Pallas best.. dulu pun pakai yang ni. 2tahun baru tukar. tak dapat kasut baru tiap tahun hehe.. tapi kalo kena plih itam o putih.. CT plih itam. cuci je sket2 da ok da.. kalo putih kena kapur pulak hehe..

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive