Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 | Permohonan Dan Kemaskini BSH Akan Dibuka Mulai January 2019

Friday, December 28, 2018

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 | Permohonan Dan Kemaskini BSH Akan Dibuka Mulai January 2019. Memang terasa betul kos perbelanjaan harian sekarang ni. Makin lama makin meningkat. Macam tak apa penurunan walaupon GST sudah dihapuskan. Dari barangan keperluan harian, keperluan anak-anak dan juga keperluan dapur, semua makin meningkat perbelanjaan nya. Memang zaman sekarang ni kita kena pandai mengatur perbelanjaan harian. Tak boleh berbelanja secara berlebihan dan kene berbelanja pada perkara/benda yang perlu sahaja.


Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 | Permohonan Dan Kemaskini BSH Akan Dibuka Mulai January 2019


Saya yang bekerja ni pon amat terasa dengan kenaikan kos perbelanjaan apatah lagi golongan yang kurang berkemampuan seperti ibu tunggal, orang kurang upaya dan juga pada surirumah yang mengharapkan sumber pendapatan dari suami sahaja. Mujur ada Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dahulunya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat mereka yang kurang berkemampuan dan juga buat golongan isi rumah yang berpendapatan terendah (B40).

Dalam pembentangan Bajet 2018 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada November lepas, Kerajaan akan memberikan Bantuan Sara Hidup 2019 yang dianggarkan seramai 4.1 juta isi rumah dengan jumlah bantuan kewangan yang diperuntukkan sebanyak RM5 bilion kepada golongan B40. Terdapat 3 kategori bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk tahun 2019 mengikut jumlah pendapatan isi rumah. Iaitu:


  1. Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah: RM1,000 + RM120/anak
  2. Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000: RM750 + RM120/anak
  3. Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,001 dan hingga RM4,000: RM500 + RM120/anak
* Bantuan Sara Hidup (BSH) tambahan sebanyak RM120 untuk setiap anak yang berumur 18 tahun ke bawah dan terhad kepada empat orang sahaja kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka. Sebagai contoh, golongan isi rumah yang berpendapatan sebanyak RM2,000 ke bawah jika mempunyai 4 orang anak, bantuan yang akan mereka terima adalah sebanyak RM1,480.

Bagus sebenarnya usaha kerajaan dalam meneruskan bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan dan juga buat mereka yang berpendapatan rendah untuk kelangsungan hidup. Dengan adanya Bantuan Sara Hidup (BSH) ni, ianya dapat meringankan beban mereka dalam berbelanja untuk membeli keperluan harian keluarga.

Semoga bantuan ini juga dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan wang yang diperolehi dapat dibelanjakan secara berhemah. Seperti keperluan untuk anak-anak yang akan bersekolah dengan membeli baju dan juga kasut sekolah. Membeli keperluan dapur. Menyelesaikan hutang kalau ada berhutang untuk membeli barang. Dan jangan lupa untuk menyimpan sedikit wang bantuan untuk kegunaan bila betul-betul memerlukan. Orang kata ‘emergency cash’ kalau ada apa-apa perkara berlaku secara tak terduga kan.

Ok… Ni nak bagi tahu yang permohonan untuk Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dibuka pada bulan January 2019. Pada mereka yang layak memohon bantuan ni, boleh lah membuat permohonan. Dan untuk mereka yang sudah berdaftar, boleh kemaskini maklumat anda untuk mendapatkan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019. Pendaftaran boleh dibuat secara manual atau pon online.


Untuk permohonan yang dibuat secara manual, boleh dapatkan borang secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berhampiran kawasan anda. Manakala untuk permohonan secara online dan kemaskini maklumat, anda boleh layari laman web BSH 2019. Tarikh pembayaran pula bermula selepas perayaan Tahun Baru Cina. Jangan lupa mendaftar dan jangan lupa kemaskini maklumat tau.

Cuma harapan saya untuk Bantuan Sara Hidup (BSH) ni, biarlah yang memohon itu ada lah dari kalangan yang betul-betul susah dan memang perlu kan bantuan. Di harap juga kerajaan dapat memantau dengan lebih teliti untuk setiap permohonan supaya orang-orang yang memerlukan mendapat bantuan dengan sewajarnya. Tapi itu lah, bukan mudah nak memantau semua permohonan kan. Mohon lah berlaku jujur dalam setiap perbuatan. Takut kita mengambil hak orang yang tak sepatutnya kita ambil.  



You Might Also Like

6 komen

  1. Alhamdulillah. Semoga usaha kerajaan ni dapat diteruskan bagi membantu rakyat yang memerlukan.

    ReplyDelete
  2. good sharing fiza..duk tunggu2 jugak bila boleh mohon ni sbb nak update untuk abah punya...

    ReplyDelete
  3. Baguslah ada BSH ni, boleh juga bantu meringankan keluarga yang memerlukan.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive