SMIGGLE | Where A Smile Meets A Giggle
Wednesday, November 21, 2018
SMIGGLE | Where A Smile Meets A Giggle | Allahu... Bulan ni sangat lah tak effective. Baru up satu entry saja. Entah ke mana mood melayang pergi. Taip padam... Taip padam... Kesudahannya. Malas lah nak fikir. Macam tak ada idea pulak nak mengarang ayat. Stress kerja gamaknya. Lately ni memang anak sibuk sikit. Lebih-lebih lagi bila kau dapat arahan untuk transfer ke new project. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba dapat email suruh attend briefing... ppffttt.. Tak nak fikir lah. Nanti kita story lain. Ni nak cerita pasal SMIGGLE ni ha.
SMIGGLE | Where A Smile Meets A Giggle
Jenama kegilaan budak-budak sekolah zaman moden sekarang ni. Saya pon actually tak familiar sangat dengan jenama SMIGGLE ni. Tapi bila asyik terbaca pasal SMIGGLE, saya pon survey lah apa kebendanya itu. Owh... Rupanya jenama yang keluarkan bag sekolah, peralatan sekolah dan juga accessory. Memang cute lah design-design nya. Mak-mak yang tengok pon boleh jatuh hati apa tah lagi anak-anak kan. Tapi harga dia... Perghhh... Tak mampu mak nak beli hokay!!
Saya pon tak pernah bercerita pasal jenama SMIGGLE ni. Entah ada satu hari tu lepas amik qahirah, dia dok bercerita pasal SMIGGLE. Katanya kawan dia pakai SMIGGLE. Cantik lah Ibu barang-barang SMIGGLE ni. Ah! sudah... Bila masa pulak dia tengok barang-barang SMIGGLE? Kedai SMIGGLE pon tak pernah masuk. Ni mesti kawan-kawan dok bercerita kan. Budak-budak sekarang cepat terpengaruh dengan cerita kawan-kawan kan.
Dah di minta nya bag SMIGGLE sempena harijadi dia nanti.. ppffttt.. Saya pon cakap lah... 'Mahal kakak bag tu. Kalau kakak nak, kakak simpan lah duit'. 'Owhhh.. Mahal yer ibu? kalau macam tu, ibu beli kan pencil box SMIGGLE lah'. Haishhh... Budak ni. Nak jugak tu. Hurmm... Tak apa lah. Beli kan juga pencil box. Tapi inspired SMIGGLE saja lah. Nak beli yang betul-betul SMIGGLE mahal. Dapat ala-ala SMIGGLE pon boleh lah. Qahirah pon tak kisah. Order online jer. Design Qahirah yang pilih.
Ini saja yang mampu
Dia siap suruh WA pak ngah dia. Suruh bagitahu birthday dia nak dekat. Nak pak ngah hadiahkan bag Smiggle. Sabar je lah. Nak jugak tu. Siap cakap 'Tak apa lah ibu. Kita cuba je lah. Mana tahu pak ngah bagi. Pak ngah kan banyak duit'. Ada jer jawapan anak dara ni tau. Last-last pak ngah bagi duit belanja suruh beli favorite food dia. Daripada beli bag, baik beli makanan kan. Kenyang perut.
Sebenarnya Qahirah pon tak ada lah minta beriya sangat pon bag tu. Sebab dah bagi tahu bag tu mahal. Dan dia pon tahu memang IbuAbah tak akan beli pon. Saja nak test market kan. Nasib lah bebudak ni jenis tak berguling-guling kalau tak dapat sesuatu. Jadinya... Kisah nak bag SMIGGLE habis macam tu saja sebab dah dapat pencil box kan. Dah tak ada sebut nak bag SMIGGLE lagi.
Tiba-tiba... Wan Rawang dia call. Kata ada dekat kedai SMIGGLE. Nak beli bag Qahirah. Saya pon speechless sekejap. Cakap dekat mak tak payah lah susah-susah beli. Tapi mak cakap dah ada kat kedai ni. Nak warna apa. Saya cakap lagi tak payah. Tapi mak nak beli juga. Cakap je nak warna apa. Saya cakap tak kisah lah warna apa pon. Mak cakap nanti nak datang rumah hantar. Allahu... Mak ni kan.
Pandai Wan dengan Cik Ayu pilih ☺
Tak lama lepas tu mak sampai dengan my SIL, Ayu dengan paper bag SMIGGLE. Anak dara tu apa lagi, bulat mata tengok wan bawa bag idaman dia tu. Senyum lebar lah dibuatnya. Impian jadi kenyataan. Tak sangka Wan dengan Cik Ayu hadiahkan bag idaman dia tu. Abang Kimi dapat pencil box. Happy lah masing-masing. Terima kasih banyak-banyak Wan dengan Cik Ayu sebab sponsor bag sekolah untuk tahun depan.
Note: Pesanan buat kakak... Jaga bag tu elok-elok ye kakak. Hargai setiap pemberian. Ingat pesan Wan dan Cik Ayu. Rajin solat dan Belajar rajin-rajin.
11 komen
wah..cantiks.. suka la yer, dapat apa yg diidamkan..
ReplyDeleteamboi bestnya dia dpt bag sminggle ori..:)
ReplyDeletecantiknya beg sekolah baru kakak. Belajar rajin-rajin kakak semoga dengan beg baru ne lagi semamngat belajar
ReplyDeleteSama la dengan anak Dilah, dia tengok dan dengar kawan2 pakai barang smiggle. dia mintak kat ibu nak beli beg smiggle tp cakap la mahal semua.. dahsyat budak2 skrg ni kan..
ReplyDeleteuishhh kemain kakak hihi kena belajar rajin rajin lah!
ReplyDeleteCantiknyaa....
ReplyDeleteala..nieyl pun sama kak..kdg² bila sampai mood malas dia...
x update langsung...
alhamdulllah rezeki. Happy birthday kakak
ReplyDeleteAllahu cantiknya beg kakak. Masuk sekolah tahun depan dah ready dah beg :)
ReplyDeletesukanyer dia... anak akak dah besar kot memang tak nak dia, dah besar tak suka kalerpul... last year mak sedara bagi hadiah besday pencil case .... pun dia pakai tak lama.. tak best katanya.
ReplyDeletebukan anak je suka tengok smiggle ni..mak² pun minat sebab pattern and color dia tu kan..Teringin nak membelikan..tapi tengok harga,terus batalkan niat tu..
ReplyDeletewahh colourful nya beg! lawaa hehehe
ReplyDelete