Lengkapkan Sarapan Pagi Dengan Segelas Susu Dutch Lady PureFarm Setiap Hari
Friday, November 09, 2018
Lengkapkan Sarapan Pagi Dengan Segelas Susu Dutch Lady PureFarm Setiap Hari | Bagaimana saya mengharungi cabaran setiap hari sebagai seorang ibu yang bekerjaya dalam masa yang sama menguruskan keperluan anak-anak? Sudah tentu lah dengan bersarapan pagi setiap hari. Sebab dengan bersarapan, pagi kita akan menjadi lebih cergas dan bertenaga. Sarapan pagi ni tak semestinya kita kena ambil secara berlebihan. Macam saya sendiri, ada masanya memang terkejar-kejar setiap pagi dan tak sempat nak makan walaupon saya yang sediakan sarapan untuk keluarga. Cukuplah alas perut dulu dengan secawan susu.
Lengkapkan Sarapan Pagi Dengan Segelas Susu Dutch Lady PureFarm Setiap Hari
Kalau anda nak tahu, sarapan pagi dengan segelas susu pon sudah boleh memberikan kita nutrisi yang diperlukan dengan mudah dan cepat. Kalau saya tak sempat buat sarapan berat, memang susu yang jadi penyelamat sebab tersangat lah mudah untuk disediakan. Boleh di makan dengan roti, bijirin atau biscuit. Baru-baru ni saya sahut cabaran sarapan pagi bersama Dutch Lady pureFarm selama 5 hari.
Dalam cabaran #dutchladybreakfastchallenge ni, saya perlu memadankan sarapan pagi saya dengan segelas susu Dutch Lady PureFarm setiap pagi supaya permulaan hari saya menjadi lebih bertenaga. Cabaran #dutchladybreakfastchallenge ini bermula selama 5 hari. Nak tahu apa sarapan atau menu yang saya padankan bersama segelas susu Dutch Lady PureFarm bermula dari hari pertama sehingga hari yang ke 5? Mari kita tengok ☺
Day 1 | Bihun Goreng + Susu Dutch Lady PureFarm
Day 2 | Pau Kacang Merah + Susu Dutch Lady PureFarm
Day 3 | Nasi Goreng & Roti coklat + Susu Dutch Lady PureFarm
Day 4 | Pulut Kuning & Sambal Tumis Ikan Bilis + Susu Dutch Lady PureFarm
Day 5 | Chocolate Banana Wrap + Susu Dutch Lady PureFarm
Penting sebenarnya untuk kita bersarapan pagi sebab kajian ada mengatakan yang kebanyakan penduduk Malaysia tidak memenuhi keperluan kalsium mereka dimana purata pengambilan kalsium di kalangan orang dewasa adalah di bawah 50% pengambilan nutrien yang disyorkan manakala 49% daripada kanak-kanak Malaysia pula tidak mendapat kalsium yang cukup dalam diet harian mereka. Haaaa... Adakan anda dan saya tergolong dalam golongan orang yang kurang kalsium. Kalau rasa macam tu, jom amalkan segelas susu kerana susu adalah sumber yang mudah untuk memperolehi protein yang berkualiti tinggi.
Kebaikan Bagi Segelas Susu
Bagus sebenarnya minum susu ni sebab Banyak khasiat dan kebaikan bila kita amalkan minum susu setiap pagi ni tau. Antaranya:
- Dalam susu terdapat kandungan vitamin, mineral, lemak dan juga protein yang sangat bagus untuk tubuh badan sebelum memulakan tugasan harian
- Vitamin B2 yang terdapat dalam susu mampu menyokong fungsi-fungsi yang mengubah makanan kepada tenaga. Nak tenaga, minumlah susu setiap pagi yer.
- Nak mata yang sihat? Dengan susu ianya dapat meningkatkan ketajaman penglihatan kerana kandungan Vitami A yang terdapat dalam susu.
- Susu dapat menambah kekuatan tulang dan mencegah tulang dari cepat reput kerana susu kan banyak kalsium.
- Bagi yang mengalami masalah pencernaan, cuba minum segelas susu setiap pagi kerana susu dapat melancarkan system pencernaan tau.
Kalau inginkan pagi yang lebih cegas dan bertenaga, sarapan pagi lah bersama segelas susu kerana bersarapan pagi dengan segelas susu dapat memberikan sekurang-kurangnya 275 mg kalsium harian. Dan anda patut cuba susu Dutch Lady PureFarm ni sebab rasanya tersangat sedap. Mana tak sedap sebab ianya susu yang berkualiti hasil kepakaran perladangan tenusu turun-temurun dari keluarga peladang Belanda yang menguasai penghasilan susu selama lebih 140 tahun.
Sertai Peraduan Sarapan Dan Menang Hadiah Menarik
Nak menang hadiah lumayan tak? Jom sertai peraduan #strongstart #dutchladybreakfastchallenge dimana anda berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai lebih RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi bersama susu Dutch Lady PureFarm. Peraduan bermula dari 8 October hingga 11 November 2018. Boleh layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my untuk maklumat lanjut.
5 komen
banyaknya idea untuk breakfast dengan susu dutch lady ni. terbaik lah :)
ReplyDeleteKat rumah memang selalu beli susu Dutch Lady ni. Jaranglah pilih brand lain. Sekarang ni hakak tengah kemaruk makan dengan oat hihi...
ReplyDeletesarapan yg sihat memelakan cara hidup yg sihat kan
ReplyDeletecomplete dah breakfast challenge..
ReplyDeleteSusu Dutch lady memang jadi peneman setia di meja ketika sarapan..paling takde ape, makan dengan coco crunch pon jadi lerrr
ReplyDelete