Tips Cara Keluarkan Darah Beku Pada Kuku Atau Dikenali Sebagai Subungual Hematoma

Thursday, September 27, 2018

Tips Cara Keluarkan Darah Beku Pada Kuku Atau Dikenali Subungual Hematoma | Biasa terjadi pada kuku tangan dan kuku kaki bila jari terkepit pintu/pintu kereta, kuku kaki tersadung dekat katil atau kena hempap dengan benda-benda berat macam tin susu. Maka terhasil lah Darah Beku Pada Kuku atau in English dipanggil Subungual Hematoma. Pernah juga kena, tapi sikit saja lah. Tapi last month kaki Qhalif kena hempap dengan tin susu. Habis penuh darah beku dekat ibu jari kaki dia. Rupanya ada Tips Cara Keluarkan Darah Beku Pada Kuku Atau Dikenali Sebagai Subungual Hematoma ni. 

Kuku kaki Qhalif

Tips Cara Keluarkan Darah Beku Pada Kuku Atau Dikenali Sebagai Subungual Hematoma


Kisahnya… Kami pergi grocery shopping dekat Econsave. Lepas tu nak cari susu tin. Pergi lah dekat section susu tin. Husband dekat bahagian lain. Masa tengah pilih-pilih susu tu, husband datang and tanya kenapa Qhalif nangis? Saya pon tak tahu qhalif tengah nangis sebab dia membelakangi trolley dan tak dengar suara menangis pon. Rupanya dia menangis tapi tak keluar suara. Husband tanya kenapa? Dia cakap kaki dia sakit. Bila check tengok dah merah ibu jari kaki tu.

Ingatkan kena tayar trolley ke sebab saya tolak trolley masa tu. Kot tak perasan terkena ke. Dia kata bukan kena trolley. Kena tin susu katanya. Tin susu jatuh atas kaki. Erkkk… Tak dengar pulak ada tin susu jatuh. Mungkin saya tak perasa kot. Memang keliling ibu jari tu merah. Kuku dalam tu apatah lagi kan. Habis berdarah. Kena hempap tin kot. Mestilah sakit berdenyut kan. Nak jalan pon rasa sakit. 

Masa ni dah tak nangis sangat. Cuma merengek-rengek lah. Tapi bila sampai rumah dah start nangis. Sedih jugak lah tengok. Mana tak nangis, Darah Beku Pada Kuku (Subungual Hematoma) ni buatkan ruang antara celahan kuku amat sempit. Jadinya… Darah berkumpul. Bila ada apa-apa yang terkumpul dekat dalam tu, ia akan memberikan tekanan yang tinggi dan ini merangsang saraf untuk beri rasa sakit yang melampau dan berdenyut-denyut. Keadaan ini dipanggil SUBUNGUAL HEMATOMA. 

Kebetulan saya ada terbaca info pasal ni dari perkongsian Dr. Khairul Faizie Mohammad Kamar. Katanya ada 2 cara mudah untuk keluarkan darah beku secara tak langsung dapat mengurangkan rasa sakiit. Caranya:

1) Guna Jarum


Letak jarum atas kuku terbabit dan putarkan jarum utk hasilkan lubang. Kalau banyak darah beku, buat lah 3- 4 lubang. Jangan risau, tak sakit masa buat. Sebab kuku takda saraf. Kita ketip kuku, sakit tak? Boleh buat sendiri atau orang lain buatkan? Kalau orang lain buatkan, beritahu bila ada terasa jarum mula kena dasar kuku (daging). Bila lubang terbentuk, darah akan keluar. Pressure akan berkurangan. Sakit akan hilang.

2) Guna jarum / Paper clip


Panaskan hujung jarum /paperclip. Cara buat lubang sama macam nombor (1). Cuma lebih cepat terhasil lubang sebab jarum tu dah panas. Boleh refer video dekat bawah ni untuk lebih jelas. 


Tapi itu lah… Nak try buat macam tips yang di beri ni, Qhalif tak nak. Mungkin dia terbanyang kesakitan dan jarum tu kot. Bayangkan budak 6 tahun kena macam ni. Memang menangis lah dia. Bila dah menangis tu kita pon jadi risau sebab kita tahu memang sakit kan. Last solution Husband bawa pergi klinik sebab Qhalif tak boleh nak tidur. Doctor just spray ubat tahan sakit untuk bagi kebas dan bekalkan ubat tahan sakit untuk makan. 

Dah nama pon spray tahan sakit. Berapa lama jer tahan. Maka bersambung lagi nangis sebab tak boleh nak tidur. Usul lagi nak buat pakai jarum. Tapi usul ditolak oleh Qhalif. Tak dapat ibu and abah nak tolong. Bagi makan ubat tahan sakit saja lah. Nangis sampai tertidur dibuatnya. Kesian tengok. Lepas ni kita tengok dia fobia tak nak [ergi bahagian tin susu tu… hehehe…

Saya ada juga DM Dr Khairul tanya kuku tu nak kena cabut atau tak. Katanya kena tengok keadaan kuku tu dulu. Kalau kuku masih intact dan melekat kuat pada nail bed, tak perlu cabut. Cuma kena keluarkan darah beku tu saja. Tapi kalau ada rasa tulang patah atau keliling kuku koyak, sila follow up dengan doctor. Thank you Dr Khairul atas penjelasan. 

Note: Kuku tu pon tak tercabut dengan sendirinya. Sekarang ni Qhalif kerap tanya ‘Ibu… Bila kuku kita nak tumbuh ni’ ☺


You Might Also Like

4 komen

  1. alahai... kesian dia... moga cepat sembuh... kalau tertanggal sendiri pun ok.. cuma ambil masa la kan..

    ReplyDelete
  2. Aduhhhh, sampai sini terasa sakitnya tgk gambar tu. Siannya.

    ReplyDelete
  3. Kesiannya Qhalif. Semoga cepat sembuh. Dulu selalu lah kena kan. Sakit juga tu kak.

    ReplyDelete
  4. Aduh sakitnya.. ngeri plak tengok gambar tu.. kesian dia..

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive