Breastfeeding | Apa Itu Feedback Inhibitor of Lactation (FIL)??

Monday, August 06, 2018



Breastfeeding | Apa Itu Feedback Inhibitor of Lactation (FIL)??. Rasanya macam dah lama tak berkongsi info berkenaan dengan Breastfeeding kan. Memandangkan bulan August adalah Breastfeeding Weeks, jadi hari ni saya nak share info berkenaan dengan Breastfeeding untuk ibu-ibu menyusu di luar sana. Especially untuk ibu-ibu baru yang baru dapat baby dan juga ibu-ibu baru yang bakal menimang cahayamata yang nak menyusukan anak secara ekslusif sehingga 2 tahun. Ilmu Breastfeeding ni kena gali tau sebab mukan mudah nak menyusukan anak. 


Breastfeeding | Apa Itu Feedback Inhibitor of Lactation (FIL)??


Banyak info yang kita kena cari. Especially teknik penyusuan yang betul, cara penyimpanan susu ibu, cara nak handle bengkak susu, cara pemilihan pam susu dan banyak lagi lah. Tapi hari ni saya nak share mengnai Feedback Inhibitor of Lactation atau dalam singkatan nya FIL. Bukan Father In Law yer... hehehe... Sebab ada yang salah faham dengan maksud FIL ni. Apa itu FIL? Bagaimana FIL terjadi? Mari kita kupas isu ini.

Apa Itu FIL?


Susu ibu mengandungi protein istimewa yang dipanggil FIL bermaksud Feedback Inhibitor of Lactation atau dalam Bahasa melayu nya bermaksud Perencat Maklum Balas Laktasi dimana ianya memberi isyarat kepada payudara berapa banyak susu perlu dihasilkan. Kalau bayi kerap menyusu sehingga payudara kosong, maka tahap FIL dalam payudara itu akan rendah. Tahap FIL yang rendah akan meningkatkan penghasilan susu. Tetapi... haaaa... Ni yang kita tak nak. Kalau bayi menyusu dengan payudara yang tidak dikosongkan, maknanya kurang menyusu lah, maka FIL akan meningkat dan pengeluaran susu akan mula berkurangan. 

Bagaimana FIL Boleh Berlaku?



Feedback Inhibitor of Lactation (FIL) ni berlaku bila kita tidak mengepam susu mengikut jadual yang betul. Dalam erti kata lain, bila breast dah bengkak baru lah nak bagi anak menyusu. Bila breast dah bengkak, baru lah terhegeh-hegeh nak pergi pam susu. Ini kesilapan yang sering dilakukan termasuklah saya. Sepatutnya kita tak boleh tunggu breast bengkak baru nak pam. Ibarat macam stopper. Bila tangki air dah penuh, kita letak stopper supaya air tak melimpah keluar. Macam tu jugak dengan susu ibu. Bila dah kerap bengkak, signal dah sampai ke otak untuk memberitahu yang supply tak diperlukan sebab breast tak dikosongkan. Itu yang terjadinya susu drop.

FIL Boleh Terjadi Kalau Kita Kerap Pam Susu Masa Dalam Pantang?


Actually saya ada terbaca satu komen. Katanya tak boleh kerap pam susu masa dalam pantang sebab nanti kena FIL. Untuk pencerahan, saya tanya sendiri dengan lactation counselor. Katanya tidak sama sekali. FIL tak terjadi kalau kita kerap pam susu masa dalam pantang. FIL terhasil bila kurang demand. Cuma masa dalam pantang kita digalakkan untuk kerap direct feeding supaya pengeluaran susu tu jadi lancar dan make sure breast kosong setiap kali penyusuan. Kalau boleh elakkan kerap mengepam.

Apa Akan Jadi Kalau Kerap Pam Susu Masa Dalam Pantang


Kalau kerap pam susu masa dalam pantang takut jadi overstimulation yang boleh menyebabkan over supply. Overstimulation pon tak bagus sebab ianya boleh buat salur darah pecah. Tu yang masa perah susu bercampur darah sebab kita dah overuse milk duct (saluran susu) juga. Seeloknya masa dalam pantang within 44  hari tu fokus untuk direct feesing sahaja. Tak perlu pam untuk buat stok. Selepas 44 hari tu baru start pam untuk buat stok bagi ibu yang bekerja.

Kenangan 2 tahun lepas. Stok susu masa dalam pantang 

Tapi kalau breast kerap bengkak masa dalam pantang, boleh saja pam. Tapi tak perlu pam sampai breast kosong. Bila pam sampai breast kosong, penghasilan susu akan jadi lagi banyak. Konsep breastfeeding kan Demand vs Supply. Cukup lah pam supaya breast rasa selesa dan tak bengkak. Ingat... Jangan kerap mengepam masa dalam pantang tau.

Baby Kerap Tersedak Masa Menyusu?


Kadang-kadang ada ibu-ibu yang risau bila setiap kali menyusu anak kerap tersedak. Mungkin heavy flow atau susu keluar laju. Untuk elakkan baby tersedak masa menyusu, kena betulkan posisi. Jangan menyusukan baby dalam keadaan baring. kena tinggikan sikit kepala baby untuk kurangkan risiko tersedak masa manyusu. 

Sebenarnya kan, saya pon baru tahu berkenaan dengan Feedback Inhibitor of Lactation (FIL) ni lepas bersalinkan anak yang ke empat dua tahun lepas. Tahu pon lepas join group WhatsApp pasal Breastfeeding... Huhuhu.. Rasa macam ceteknya ilmu masa tu. Dah anak ke empat baru tahu. Tapi alhamdulillah... Harraz still menyusu badan even nak masuk 2 tahun 6 bulan. Tak tahu macam mana nak wean off ni.  

Note: Rindu pulak rasa nak mengepam susu ☺



You Might Also Like

20 komen

  1. terbaek.. nanti ejulz share kat wife :)

    ReplyDelete
  2. Betul. Ramai ingat bila breast bengkak tu bagus, tapi sebenarnya kalau tak dikosongkan dengan cepat, banyak lah FIL dalamnya :)

    ReplyDelete
  3. cakap pasal penyusuan ni memang seronok sebab pengalaman sendiri dah membuktikannya

    ReplyDelete
  4. Dulu pernah la cuba nak pam dan simpan. Bila dah beku, ruby defrost la kat peti bawah. Cairan susu macam tak cantik. Mungkin peti sejuk tak bagus. So ruby stop untuk simpan stok. Ruby berhenti kerja dan bagi fully breastfeeding exclusive dekat anak. Memang mencabar, anak lelaki kuat menyusu. Tapi berbaloi-baloi bila tidak serabut nak fikir supply masa kerja dulu. Hehehe

    ReplyDelete
  5. ilmu breastfeed ni memang luaskan kak.kena tahu betul dan faham ilmu breastfeed ni.nasib baik akak share pasal fil.tambah ilmu saya hari ni

    ReplyDelete
  6. Oooo kisahnyaaa...SA pun baru tau lepas baca entry ni..SA lagi la cetek ilmu..pengalaman tak banyak..bestnya kalau diberi peluang sekali lagi breast feed anak kan...

    ReplyDelete
  7. aduimai banyak kena belajar ni sebelum jadi parents ek, tapi bagus info pengetahuan ni

    ReplyDelete
  8. banyaknya ilmu tentang penyususan yang saya baru tahu.
    dlu kecik kecik selalu tgk mak susukan adik igtkan benda senang je

    ReplyDelete
  9. lama tak dengar and ambil tahu pasal breastfeeding . last masa bersalinkan irfan. cuba juga tapi tak keluar susu sampai habia bengkak.. good info for new mom

    ReplyDelete
  10. tq for reminding me.
    rinduuuuuu...
    info bagus ni, fiza.
    kita boleh share dgn org lain meskipun tak menyusu dah :)

    ReplyDelete
  11. Info berguna untuk ibu-ibu yang bercadang nak breastfeed baby nanti. Teringat masa anak baby lagi, puas mencari info tentang perkara ni. Syukur dapat juga fully breastfeed 2 years.

    ReplyDelete
  12. Kita pernah baca ada orang yang buat perahan susu dan jual kepada orang lain untuk di susukan kepada anak orang yang kurang susu bahaya tu bukan apa takut nanti terkahwin dengan anak susuan sendiri huhuhuhu..

    ReplyDelete
  13. Saya so far masa first baby fully direct breastfeed. Tak ada masalah sangat. Awal awal tu je la yang saya tak pandai bagi susu dan anak tak pandai hisap.

    ReplyDelete
  14. Perkongsian yang sangat bagus untuk semua BF mom yang berjuang nak completekan 2 years breastfeeding journey. The struggle is real. Ilmu dan usaha kunci utama yang semua ibu harus ada.

    ReplyDelete
  15. Nak dapat susu ibu banyak perlukan banyak pengorbanan. Kena cari ilmu, rajin pam, rajin membaca. rajin positif dan tak melayan negatif dalam fikiran. Kena kuat. Baru susu banyak

    ReplyDelete
  16. Mama doakan semua urusan kita untuk menyusukan anak dengan susu ibu di beri kemudahan. Kalau bekerja memang banyak cabarannya. Untung siapa yang dapat bagi penuh

    ReplyDelete
  17. Nama lain suply and demand lah kan. Selalu kosong selalu kena isi. Jadi rajin rajinlah pam susu. Dan kalau menyusu jangan buat separuh jalan. Baby kenyang sambung pam pulak untuk kosongkan susu

    ReplyDelete
  18. Dalam al quran, surah luqman ada di sebutkan tentang susah payah seorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Sekarang ni dah ada anak memang terharu tengok pengorbanan isteri bangun malam untuk beri susu, Sedangkan tak wajib pun. Susu formula memang boleh beli. Tapi susu ibu kurniaan ilahi

    ReplyDelete
  19. Kak galakkan ibu2 bagi susu badan kecuali kalau dah tak boleh, sebenarnya ibu2 kena jaga pemakanan gar byk susu badan, ada ibu2 yang memang banyak susu badan untunglah baby dorang tu, jadi info ni bagus utk mereka yang baru nak cuba bagi baby susu badan

    ReplyDelete
  20. Satu pengorbanan Ibu betul dalam breastfeeding. Bagusnya info ini. Walaupun ika belum berkahwin namun info2 ini Sangat berguna untuk masa hadapan.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive