Bestnya St. Ives Radiant Skin Pink Lemon & Mandarin Orange Scrub Ni!!
Thursday, August 09, 2018
Bestnya St. Ives Radiant Skin Pink Lemon & Mandarin Orange Scrub Ni!! | Dah lama familiar dengan product St. Ives ni. Tapi kan… Tak pernah pon rasa nak try. Sebab bila dengar jer jenama St. Ives ni rasa macam mahal jer. Tak pernah survey atau tengok harga pon dah kata mahal kan… hahaha… Mengarut betul. Tapi kalau nak ikutkan tak adalah mahal pon product St. ives ni. Standard jer harga dengan jenama product yang lain juga. Kalau sale lagi lah murah harga nya. Memang mampu milik lah kalau nak cuba beli.
Bestnya St. Ives Radiant Skin Pink Lemon & Mandarin Orange Scrub Ni!!
Nak dijadikan cerita, last month buat pertama kalinya saya mencuba product face scrub dari jenama St. Ives ni. Ada banyak jenis scrub St. Ives. Antaranya Black Head Clearing Green Tea, Acne Control Apricot, Radiant Skin Pink & Lemon Mandarin Orange Face, Gentle Smooting Oatmeal & Mask, Energizing Coconut & Coffee Face dan juga Fresh Skin Apricot . Banyak kan. Tapi yang saya cuba ni Radiant Skin Pink & Lemon Mandarin Orange Face. Best ke pakai St Ives punya scrub ni?
Orang kata tak kenal maka tak cinta kan. Honestly… Bila pertama kali pakai Radiant Skin Pink & Lemon Mandarin Orange Face scrub ni terus jatuh cinta pandang pertama lah dibuatnya. Sebab best sangat kejadian kulit muka lepas pakai. Memang rasa licin, segar dan bercahaya saja kulit muka ni sebab Radiant Skin Pink & Lemon Mandarin Orange Face scrub fungsinya melicinkan kulit yang kasar dan kusam dengan manjadikan warna kulit lebih glowing.
Bahan Kandungan Dalam Radiant Skin Pink & Lemon Mandarin Orange Face scrub
Ni yang best. Tak perlu risau dengan bahan kandungan dalam Radiant Skin Pink & Lemon Mandarin Orange Face scrub ni sebab bahan utamanya adalah dari lemon merah jambu dan ekstrak kulit mandarin. Ianya 100% dari bahan natural. Maknanya tak ada paraben dan sudah diuji secara dermatologi. Boleh pakai dengan hati yang senang.
Cara Pakai Scrub Radiant Skin Pink & Lemon Mandarin Orange Face
Tak kira lah pakai scrub jenis apa sekali pon. Caranya tetap sama. Tapi make sure pakai scrub hanya 3 atau 4 kali seminggu. Jangan pulak di scrubnya hari-hari yer.
Step by step
- Picit scrub dalam jumlah yang sedikit pada hujung jari dan urut pada kulit wajah.
- Urut dengan cara gerakan membulat dan urut lembut untuk membangkitkan peredaran semulajadi kulit anda.
- Apabila selesai, bilas dan kering kan wajah dengan tuala bersih.
- Gunakan 3 hingga 4 kali seminggu (bergantung kepada kulit) untuk hasil terbaik.
Kejadian selepas scrub muka dengan Radiant Skin Pink & Lemon Mandarin Orange Face
Overall… Lepas dah mencuba product Radiant Skin Pink & Lemon Mandarin Orange Face Scrub ni memang rasa puas hati sangat. Rasa rugi pulak tak cuba dari dulu. Texture scrub nya pon lembut dan tak kasar macam scrub lain. Bau nya pon wangi sangat. Lepas ni kalau habis boleh sambung beli. Siapa yang tak pernah cuba product St. Ives boleh lah try. Kalau nak tahu detail mengenai product, boleh layari:
Website :
https://www.stives.com
Facebook :
https://www.facebook.com/stivesmalaysia
Instagram :
https://www.instagram.com/stivesmalaysia
1 komen
st ives ni mmg best. dh lama tak beli..dlu guna apricot scrub tu
ReplyDelete