Berjimba Di KidZania Kuala Lumpur!!

Wednesday, August 01, 2018



Berjimba Di KidZania Kuala Lumpur!! | Actually cerita ni dah lama. Tahun lepas punya cerita. Tapi baru nak update. Tak apa lah kan. Biar lambat asal ada. Kisah kenangan bila dapat menjejakkan kaki ke KidZania Kuala Lumpur. Dah lama anak-anak ajak pergi ke KidZania. Tapi tak dapat nak tunaikan. Alhamdulillah… Atas tiket Blogger dan juga rezeki anak-anak, dapat juga anak-anak menjejakkan kaki ke KidZania ni. Bukan sekali, tapi 2 kali dah. Tu yang best jadi Blogger.


Berjimba Di KidZania Kuala Lumpur!!


Siapa yang tak kenal dengan KidZania kan. Rasa nya semua anak-anak teringin nak pergi ke KidZania ni sebab KidZania merupakan pusat hiburan keluarga tertutup dan taman tema yang menawarkan pembelajaran interaktif dan pengalaman dalam hiburan untuk kanak-kanak. Kiranya anak-anak dapat belajar mengenai dunia pekerjaan bila berada dalam KidZania sebab macam-macam ada. Nak jadi pakar bedah, ahli bomba, wartawan, juruterbang, doktor, pelukis dan banyak lagi pon boleh sebab ada hospital, balai bomba, salon kecantikan, bank, stesyen radio, studio televisyen, teater dan lain-lain. Pilih saja bidang pekerjaan apa untuk dicuba.


Ok… Berbalik kepada tajuk. Kali pertama pergi KidZania Kuala Lumpur ni bila kami dijemput untuk kempen Global Handwashing Day 2015. Memang teruja sangat lah bila dapat invitation ni. Tapi masa ni Iman Hakimi tak dapat join sebab kebetulan dah daftarkan dia awal-awal untuk Kem Solat. Tak kan nak cancel kan. Bukan rezeki dia. Frustrated jugak lah dia. Masa ni Harraz dalam perut lagi. Tengah pregnant 5 bulan. Bayangkan lah kepenatan nya.


Kali kedua pula dijemput untuk event Scott's Champions Children's Curiosity Through Learning Experience October last year. Kali ni rezeki Iman Hakimi dapat join sekali. Teruja bukan main lah dia. Masa ni Iman Harraz pon dah 1 tahun 8 bulan. Baru dalam fasa nak berjalan jer. Memang mencabar betul sebab ada masa dia tak nak duduk dalam stroller. Geram jer rasa. Nak dukung memang tak larat lah.

Masuk-masuk jer KidZania masing-masing dah teruja. Paling teruja Iman Hakimi lah sebab dia 1st time masuk sini. Tak tahu nak start yang mana dulu sebab banyak sangat pekerjaan yang best-best. Rambang mata pulak dia. Layan lah gambar-gambar ni.


Main panjat-panjat dulu. Memang dia tak nak main. Tapi ibu dia ni suruh cuba jugak. Boleh ke tak boleh panjat. Tak ada lah tinggi sangat pon. 


Muka dah cuak tu sebenarnya. Gayat kot. Tak dapat panjat sampai atas tu sebab tangan dah berpeluh-peluh katanya. Takut yer. Tak apa lah. Ok lah tu. Nanti boleh cuba panjat lagi. 


Anak dara pulak belajar buat gelang. Nampak tak... Dia yang paling kecik tu. Kusyuk betul ☺


Penari tiang... Erkkk.. Hahaha... Kebosanan sementara menunggu abang dengan kakak habis kerja. Dia tak jumpa pekerjaan yang sesuai lagi ☺


Ok... Anak-anak dapat kerja ditempat yang sama. Dekat Electric Company. Masing-masing gigih mendengar penerangan. Apa tugasan yang perlu dibuat?


Kerja rajin-rajin yer anak-anak. Dapat gaji nanti jangan lupa bagi IbuAbah duit tau ☺


Bekerja lah kita, sekuatnya ☺


Kerja dekat Spritzer pulak. Nak cari pengalaman gittew.


Belajar macam mana cara pemprosesan air mineral Spritzer. Kalau nak tahu kan. Dalam banyak-banyak jenama air mineral, better beli air mineral Spritzer. Sebab mineral Spritzer ada SILICA. Good for bone, skin and joints.


Jadi car designer pulak. Suka lah tu dapat pakai PC. Sampai lupa nak tanggalkan sarung atas kepala tu. Tu lah... Asyik tukar kerja jer ☺


Main Doctor Doctor pulak. Sorang nak jadi Doctor Pakar Bedah. Yang lagi 2 orang tu nak jadi Jururawat dekat nursery. Belajar jaga baby and mandikan baby. Tapi gambar tak berapa clear sangat. Memang susah nak ambil gambar dekat bahagian ni.


Ni tak tahu pekerjaan apa. Pakar IT kot.

 

Main masak-masak pulak. Tak ingat dah kedai apa ni.


Sabar menanti bahan-bahan masakan disediakan. Dah siap masak, IbuAbah tumpang makan sekali. Penat tunggu anak-anak habis kerja ☺


Tukar kerja lagi, Nak jadi Pilot Air Asia. Dekat sini memang lama betul menuggu. Ramai yang beratur dan berminat nak jadi Pilot. 

Overall memang anak-anak seronok. Tapi IbuAbah lah yang keletihan. Bayangkan dari pagi kami masuk sampai lah KidZania tu nak tutup. Kalau 24 jam bukak mau tak nak balik budak-budak ni. Yang hairan tu, tak tahu penat. Kuat betul energy. Kita yang menunggu ni pulak rasa letih. Paling seronok bila masing-masing dapat gaji. Merasa dah pegang gaji. 


Bila kakak dengan abang nak habis kerja ni??


Kot iyer pon frust tak boleh kerja sebab bawah umur, tapi mulut tu jangan nak lopong sangatlah.

Paling tak menahan... Anak soleh Iman Harraz ni lah. Nak kerja... Satu kerja apa pon tak boleh nak buat sebab budak bawah umur lagi kan. Kebosanan lah kawan tu. Merayap sana sini. Tak nak duduk dalam stroller. Tak nak berdukug... Nak bebas bergerak. Ini budak pon tak tahu penat jugak. Kalau ada rezeki, teringin nak pergi lagi. Ni senarai harga untuk masuk KidZania.


Note: Cerita pergi USS pon tak update lagi. Dah berkurun lama kot ☺



You Might Also Like

5 komen

  1. anak2 pun suka gi kid zania. 1st pegi.ada event blogger gak, tapi tak dpt la main2. kali kedua tu, pegi ngan cousin2 diaorang..memang seronok la main. kita pun penat sbb follow diaorang. but memang fun! nak gi kidzania bangkok, belum berkesempatan lagi

    ReplyDelete
  2. ada voucher ari tu terus terlupa.. kan dah expired. takde rezeki nak pegi kidzania

    ReplyDelete
  3. Seronok ye masing masing dapat main macam macam dekat Kidzania :)

    ReplyDelete
  4. wah seronoknya. kidzania ni memang bagus untuk anak anak sebab boleh cungkil minat anak anak dan boleh dedahkan pekerjaan sebenar pada anak anak. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 1570

    ReplyDelete
  5. kalau dekat teringin gak nak bawak budak² ke sini..nasib jauh..banyak aktiviti yang bagus untuk perkembangan anak²

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive