Resipi Mudah Sotong Masak Sambal Cili Merah
Wednesday, May 23, 2018
Resipi Mudah Sotong Masak Sambal Cili Merah | Resipi datang lagi gittew. Bukan main lagi kan asyik update pasal resipi. Mentang-mentang bulan puasa. Entah lah... Bulan puasa ni fikiran pon jadi puasa jugak. Tak tahu nak cerita apa. Pada hal ada jer cerita nya. Lagi pon bulan puasa orang ramai cari resipi kan. Lebih-lebih lagi resipi yang terpaling mudah. Nah... Aku share Resipi Mudah Sotong Masak Sambal Cili Merah ni.
Kalau sotong biasanya aku masak sambal. Jarang buat selain dari pada masak sambal. Sebab anak-anak suka makan sambal. Macam tak sah kalau tak ada sambal. Tapi tak pedas pon untuk budak-budak makan. Ada masa aku masa pakai cili boh. Kalau dah bosan, aku masak pakai cili merah jer. Tersangat lah senang.
Resipi Mudah Sotong Masak Sambal Cili Merah
Bahan-Bahan
- Sotong (hidupan laut lain pon boleh)
- * Cili merah 10 biji (agak-agak lah. Kalau sotong banyak lebihkan cili)
- * Bawang besar 2 biji
- Bawang putih
Cara-Cara
- Blender bahan-bahan bertanda (*) tu
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih
- Dah naik bau masukkan bahan blender tadi
- Masak sampai cili tu nampak garing dan betul-betul masak
- Masukkan sotong
- Biar sampai sotong dah empuk
Sotong ni bila dah masuk dalam sambal ia akan sedikit berair. Jadinya... korang kena tapis sampai sotong tu tak berair. Selalunya orang akan rebus sekejap. Tapi aku malas. Terpulang pada korang nak bagi sambal sotong tu berkuah atau kering. Asal sotong tu empuk sudah. Tapi kalau masak pakai cili merah ni kena make sure cili tu betul-betul masak. Rasanya memang sedap. Cuba lah.
Note: Selamat berbuka semua.
22 komen
Nampak gaya kena try la. Tapi Rawlins pandai makan je - tak pandai masak pun. Hehehe
ReplyDeleteMemang senang gila nak buat rupanya. Best lagi kalau buat sekali dengan nasi lemak sebagai sambal dia, sure sedap.
ReplyDeleteuish terliur nya, makan dengan nasi panas ni sedapl.pastu letak telur pulak fuhh mengancam. tq sebab share resipi ada rezeki bolehla try
ReplyDeleteAntara menu wajib ada dalam rumah SA sebab anak dara SA tu suka..kalau nak tengok dia makan bertambah memang kena masak sotong sambal atau sotong goreng tepung..lagi satu senang je nak buat kan..selalu SA suka masak sambal bagi betul2 masak baru masukkan sotong, gaul2 kejap dalam 4 minit pas tu tutp api..sotong masaknya kejap je..kalau lama jadi liat
ReplyDeleteya allah sedapnye sis.. lagi la tgok time puasa ni.. kna masak jgk arini untuk berbuka hihi
ReplyDeleteAllahu... Sedapnya nampak kak! Silaplah buka awal petang macam ni ha. Cair melihatnya. Haha. Nanti balik kampung nak minta tolong mak buatkan lah. XD
ReplyDeletesedap tu..fav juga..lama xbuat sotong masak sambal ni...yummyyy...selamat berpuasa
ReplyDeletesotong ni kalau masak apa pun akak suka..dah memang favorite dan akak dan anak beranak..terliur sungguh tengok menu ni...
ReplyDeleteSedapnya..saya memang suka sangat makan sotong pulak2 bila buat sambal camni..ada plak nasi lemak..perghhh..thanks utk resipi nanti leh la try buat
ReplyDeletePandainya sis masak selalu tengok menu lain2 je. Tq juga share idea resepi memasak ni. Selalunya kita kering idea nak masak apa.
ReplyDeletesedapnya bila sotong masak sambal..apatah lagi guna cili merah..lagi sedap..makan dengan nasi panas..perghh terangkat..blh menambah pingga nasi
ReplyDeleteLama dah tak masak sambal sotong, tengok resepi ni teringin pulak nak masak. Kalau sis, sotong sambal ni sis suka letak petai, fuhh lagi mengancam kalau makan nasi panas2
ReplyDeletetudia ! inilah resepi yang saya tercari2 selama ini. sy mmg suka sangat sotong. whatever menu sotong alh. and sotong masak sambal is one of my favourite. definitely going to try this. thank you !
ReplyDeleteThe best is eat with hot bowl of white rice and add in sunny side up. The Sotong Sambal really my favourite. One more recipes to learn.
ReplyDeleteYou're such a great cook always preparing for your family, the sotong looks delicious I must try this recipe someday.
ReplyDeleteWow! Recipi nampak senang di prepare dan.. nampak sedap untuk dimakan jugak.. terima kasih kerana share u punya recipe..
ReplyDeleteNampak sedap .. selamat berpuasa noks 😊
ReplyDeleteFuh mengugat keimanan betul sambal dia. Ni yang nak berkungfu Jap kat dapur. Dah lama tak makan sambal since ada anak kecik ni.
ReplyDeleteBoleh cuba nanti resipi ni. Buiang-bujang ni kenalah masak sendiri kan. Tq share
ReplyDeleteaduh terliur pulak tengok sotong masak sambal ni..sedapnya..merah menyala warnanya..boleh cuba resepi style fiza plk lepas ni..tq sharing..
ReplyDeleteperghhhhhhhhhhhhh
ReplyDeletesedapnyaaaaa
Sedapnyaa kak, terliur tengok sambal sotong tu.
ReplyDelete