Program Sumbangan Keperluan Bayi Yang Perlu Anda Tahu
Monday, May 07, 2018
Program Sumbangan Keperluan Bayi Yang Perlu Anda Tahu | Menyediakan kelengkapan dan keperluan yang selesa untuk seorang anak bukan lah sesuatu yang mudah ye. Lebih-lebih lagi kalau anak ramai macam aku ni. Duduk pulak dekat kawasan bandar yang perbelanjaan nya serba serbi mahal. Macam mana lah dengan orang yang kurang berkemampuan tu kan. Orang yang baru kahwin yang nak mulakan hidup berkeluarga. Dengan tak kerja lagi. Macam aku ni kira benasib baik sebab kami suami isteri bekerja. Itu pon terasa juga lah dengan kos perbelanjaan harian.
Program Sumbangan Keperluan Bayi Yang Perlu Anda Tahu
Teringat masa mengandung anak yang ke 4. Dalam masa yang sama anak-anak nak masuk musim persekolahan. Iman Hakimi masuk tahun 3. Qahirah pula masuk 6 tahun. Dengan nak beli kelengkapan sekolah anak-anak lagi macam baju sekolah, buku dan lain-lain. Dengan nak bayar registration fees untuk tadika lagi. Dengan nak buat persediaan nak sambut baby baru lagi. Korang ingat nak sediakan kelengkapan bayi ni mudah. Banyak kos yang diperlukan sebab barang-barang bayi ni mahal tau. Nasib ada barang-barang bayi yang masih boleh pakai. Boleh lah jimat sikit kan.
Alhamdulillah juga sebab aku bekerja. Ada lah budget sikit untuk baby. Bayangkan ibu-ibu yang tak bekerja yang ada anak ramai. Dengan ibu muda yang baru nak bina keluarga tapi ada masalah kewangan. Iyerlah.. Baru kahwin kan. Nak kerja, dah mengandung pula. Hanya harap pendapatan suami yang tak seberapa. Begitu juga dengan nasib ibu tunggal yang baru melahirkan anak. Duduk pula dekat bandar besar, memang mencabar. Nak mohon bantuan, tapi tak tahu dekat mana. Tapi sebenarnya ada jer yang boleh membantu. Cuma maklumat tu mungkin kurang meluas.
Sumber: FB
Ni nak bagi tahu sebab aku pon baru tahu pasal program ni tau. Program yang tujuannya untuk menyantuni para ibu dalam proses menerima cahaya mata khusus untuk golongan belia. Kalau korang nak tahu, lebih 100 ibu yang baru melahirkan anak menerima sumbangan untuk kelengkapan bayi. Program ini dipanggil Program Permata Hati Wilayah. Ianya satu pendekatan yang baru untuk lebih dekat dengan masyarakat melalui lawatan ke hospital-hospital terpilih yang dibahagikan mengikut zon.
Hospital Terpilih Untuk Program Permata Hati Wilayah
Buat masa ini hospital yang terpilih ialah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dimana tujuannya untuk lebih memahami masalah dan keperluan ibu-ibu muda dengan cara pergi ke hospital-hospital terpilih ini dan untuk memfokuskan kepada kelahiran-kelahiran baru anak Wilayah Persekutuan. Memang bagus sangat program macam ni.
Lawatan ke Hospital HUKM (Sumber: FB)
Lawatan ke Hospital HKL (Sumber: FB)
Jadi... Kalau korang menetap di Wilayah Persekutuan dan sedang mengandung dalam masa yang sama kurang berkemampuan untuk menyediakan kelengkapan bayi, boleh lah join program ni. Rancang kelahiran anak di hospital yang terpilih untuk Program Permata Hati Wilayah. Boleh hebahkan juga pada saudara mara, jiran atau kawan-kawan yang memerlukan bantuan untuk menyediakan kelengkapan bayi. Inisiatif yang dibuat untuk membantu ibu-ibu menyediakan kelengkapan bayi dalam program Permata Hati Wilayah ini sangat bagus dan mamang patut diteruskan.
12 komen
bagus naa.. tunggu cucu saja lah kita nih
ReplyDeleteRezeki sungguh dapat sumbangan macam ni lepas bersalin..terasa kurang sikit beban..boleh top up mana yg kurang dalam kelengkapan bby yg dh beli sendiri...
ReplyDeleteAlhamdulillah ada yang sudi membantu
ReplyDeletebantuan macam ni memang sesuai sangat, happy tau dapat hadiah.
ReplyDeletehappy ibu yang baru lepas bersalin tu, tup tup dapat surprise gift ...
ReplyDeleteMesti si ibu sangat berbesar hati dapat sumbangan ni, meringankan beban pula tu... :)
ReplyDeleteBagus program ni, membantu mereka yang memerlukan
ReplyDeletenak sambut org baru ni memg perbrlanjaan tinggi. best laa ada bantuan mcm ni. ringan sikit
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki ibu dan baby
ReplyDeletealhamdulilah rezeki baby
ReplyDeleteAhaa la kan..nak sambut orang baru ni bukan sikit-sikit nak guna duit sekarang ni. Memang patut ianya diteruskan dan diperluaskan lagi ke tempat lain
ReplyDeleteSyukur..rezeki buat ibu dan anak kan
ReplyDelete