Kempen Raya Bersama Traveloka
Friday, May 18, 2018
Kempen Raya Bersama Traveloka | Pssttt… Raya nanti balik mana? Perjalanan untuk pulang ke kampung nanti dah ada dalam perancangan ker? Iyer lah.. Walaupon kita baru saja mula berpuasa. Tapi kita kena merancang perjalanan dari awal. Macam aku memang anak jati Kuala Lumpur. Suami pun sama juga. Tak ada masalah untuk merancang perjalanan sebab jalan balik ke kampung pon tak sesak. Sebab orang yang duduk dekat Kuala Lumpur semua dah berpusu-pusu balik kampung kan. Ni untuk mereka-mereka yang merantau di bandar besar atau di mana-mana sahaja. Dah ada perancangan ke? Sebab aku nak berkongsi berkenaan Kempen Raya Bersama Traveloka ni.
Macam yang kita sedia maklum. Mana yang nak pulang beraya ke kampung ni ada beberapa pilihan pengangkutan yang boleh dipilih. Sama ada nak balik kampung naik kereta, nak naik bas, naik keretapi atau pon naik kapal terbang. Biasanya yang ada family macam aku ni lebih prefer naik kereta. Tak ada masalah sangat. Lagi pon anak dah berderet macam aku ni memang agak susah juga nak naik public transport. Dengan bag yang banyak lagi. Dengan nak layan karenah anak-anak lah. Dengan nak fikir makanan diorang dalam public transport lagi. Memang tak sanggup lah rasanya. Lebih baik naik kereta saja.
Cuma yang masalahnya adalah kesesakan lalu lintas dimusim perayaan ni lah. Memang setiap tahun sesak kot. Terutama nya yang nak balik belah pantai timur sana. Yang ni memang kena rancang betul-betul perjalanan. Tapi itu lah. Kadang-kadang kita dah merancang pon masih juga tersangkut dalam kesesakan lalu lintas jugak. Memang aku salute lah dengan orang yang balik kampung ni sebab sangat tabah menghadapi kesesakan lalu lintas yang berjam-jam lama nya tu.
Manakala yang memilih untuk naik keretapi dan bas ni selalunya memang kena booking tiket awal-awal. Kalau booking lewat memang tak dapat balik beraya di kampung lah jawabnya sebab tiket dah habis. Yang aku tahu, tiket bas dengan keretapi ni memang cepat habis awal. Kesian juga dekat orang yang tak dapat tiket tu. Dia ingat dia lagi awal booking pada hal ada yang lebih awal dari dia.
Tapi kalau naik bas pon kita masih tak boleh lari dari berhadapan dengan jalan yang sesak juga. Bezanya korang tak rasa penat sebab orang lain yang memandu kan. Cuma kalau nak elak kesesakan jalan raya, ada alternative lain yang korang boleh naik iaitu keretapi atau kapal terbang. Yang ini memang tak ada masalah kesesakan lalu lintas. Kalau ada pon keretapi/flight delay jer… hehehe… Ni nak bagitahu, Kalau korang dah merancang nak balik kampung naik kapal terbang kan. Apa kata korang melanggan/subscribe newsletter Traveloka sebab ada tawaran yang sangat istimewa untuk pelanggan Traveloka yang tersayang.
Kempen Raya Bersama Traveloka
Kalau korang nak tahu, Traveloka nak bagi pelanggan mereka 10% diskaun tambahan untuk hotel dan penerbangan bagi semua laluan, semua destinasi untuk semua tarikh perjalanan melalui kempen Kod Kupon Traveloka. Ini bermakna, korang kena membuat tempahan lebih awal sebab kod kupon ni adalah terhad. Biasalah… Bila musim perayaan ni kan. Permintaan dijangkakan meningkat. Macam mana nak dapatkan Kod Kupon Traveloka ni? Ada lah syaratnya. Tak susah pon. Korang cuma perlu melanggan/subscribe newsletter Traveloka sahaja untuk melayakkan korang dapat kod kupon itu.
Yang istimewa nya lagi, Kalau korang mendaftar awal untuk melanggan/subscribe newsletter sebelum 21 May 2018 @ 3.00 petang, korang akan mendapat kod kupon pada pagi 21 Mei 2018. Lagi menarik, korang dapat menikmati akses awal 48 jam antara tarikh 21 – 22 Mei 2018 untuk promosi yang ditawarkan. Jadinya… Sila lah daftar cepat di link ini www.traveloka.com/en-my/promotion/rayabersama sebelum tarikh yang korang nak tu dah habis.
Tapi kan, kalau terlepas pandang atau terlupa nak register pada tarikh dan masa yang diberikan tu macam mana? Janga risau, Traveloka tak akan menghampakan pelanggannya sebab korang masih boleh menikmati promosi yang ditawarkan dengan mengakses pada tarikh 23-29 May 2018 melalui akses untuk awam/ public access. Tapi kalau korang lambat register, maka lambat lah korang dapat kod kupon promosi tu. Sebab itu lah korang kena download aplikasi Traveloka dekat Smartphone tu. Mesti tak akan terlepas pandang punya lah.
Lagi pon, kalau korang download aplikasi Travaloka tu kan, lagi banyak penjimatan nya disitu sebab banyak diskaun katanya. Harga yang ditawarkan untuk penempahan bilik hotel di aplikasi Traveloka lebih rendah daripada penempahan di laman Web. Tersangat menarik ni. Bagi aku pon lebih senang kalau ada aplikasi Traveloka ni sebab kita boleh buat tempahan walau dimana saja kita berada sebab semuanya dihujung jari kan. Korang boleh layari www.traveloka.com kalau nak tahu lebih lanjut.
23 komen
Kena subscribe cepat2 ni..takut terlepas promosi nanti hehe..
ReplyDeletegood luck
ReplyDeleteWow! Syok nya traveloka ada kempen raya... boleh plan on something for this raya holiday d... thanks for sharing ya~
ReplyDeletememang pengguna setia Traveloka sebab ada ada banyak diskaun menanti. salu beli last minute pun kiira okay lagi, nak raya ni boleh la balik raya guna Traveloka. jimat!
ReplyDeleteWow 10% extra for early access? That's sounding like a good deal. Plus being an all in 1 travel website, it's really convenient too. Think I'll give it a try
ReplyDeleteSA memang suka Traveloka dan memang menjadi pilihan kalau cari flight yang murah..kalau nak tempah hotel pun rujuk Traveloka dulu sebab harga diorang jauh lebih murah..eh nak daftar la kempen ni...
ReplyDeletePlan early tu penting supaya dapat tawaran yang menarik. Nak nak kalau nak travel ke luar negara. Best tu kalau dapat 10% off. Boleh la berjimat!
ReplyDeleteSenang dengan traveloka ni. Lagi2 nak raya kakau nak cari rumah sewa atau hotel bolehla guna apss ni. Banyak beza murah kalau kita booking ngan hotel
ReplyDeleteWah menarik juga kempen raya yang ditawarkan Traveloka nih kak. Bagus untuk merancang perjalanan kita balik raya dengan selamat dan lancar. Traveloka memang terbaik
ReplyDeleteEna belum pernah lagi guna Traveloka ni sebab kalau bcuti ni takdelah jauh sangat setakat naik kereta. Hehe.. hope 1day ada holiday jauh2 boleh lah gunakan.
ReplyDeleteYesssss... onie suka aplikasi Traveloka dan website dorang. Sangat efektif. Lelagi boleh setting untuk peringatan kalau kita terlupa dan paling penting boleh Traveloka ni boleh dibayar secara ansuran untuk destinasi dan pengankutan, woowww kan wakkkk.....
ReplyDeleteWahh dah start kempen Raya dari Traveloka ya. Bagus lah, sekurang-kurangnya dapat lah kita planning awal-awal untuk balik kampung atau bercuti. Nanti sis survey2 tengok nak cuti kat mana sb sis tak ada kampung nak balik..huhuhu
ReplyDeleteTaveloka ni memang best. Selalu je ada promosi. Harga berpatutan dan kita boleh plan percutian. Mudah je guna aplikasi mereka tu. Ingat nak tempah hotel masa balik kampung raya nanti. Sebab nak melawat sedara mara. Kita takda kampung. Huwaaa
ReplyDeleteWahhh bestnya dpt 10% diskaun pada harga tiket kapal terbang dn juga hotel. Mmg xdpt dinafikan pd musim perayaan pasti akan jammed. Memilih kenderaan udara adlah pilihan utk tidak berhadapan dgn jammed
ReplyDeleteInteresting! 10% kalau dipotong daripada harga asal dah kira banyak dan berbaloi pula tu. Semudah subscribe newsletter je pulak tu! Selalu jugak check out Traveloka. Nampak lebih praktikal dan up-to-date dengan selalu ada promosi dan aktiviti. Woohoo!
ReplyDeleteEmi raya balik kelantan, hehe. Tapi balik dengan bas je kali ni. Dah beli tiket sesiap. Selalunya beli tiket flight. Tapi tahun ni x sempat nak beli awal. So harga kemain dah mahal haha
ReplyDeleteI always travel with traveloka, they have the best prices on the internet so far, good for those who are going for raya holiday, can take the chance and get additional 10% off.
ReplyDeleteYeah!!! I plan to go for a short vacation with my family during raya break. Will check out their promos.
ReplyDeleteAlamak, raya nie belum ada apa-apa plan lagi.. Rasanya balik raya tanpa puan isteri kot... Dia kerja raya nie...
ReplyDeleteNak bercuti ke mana-mana, bajet tengah lari nie
menarik kempen traveloka ni..mmg kebiasaan time raya, jalan jammed tu mmg tak boleh nak lari..Nak tak nak, hadap je..
ReplyDeletemenarik kempen traveloka ni..mmg kebiasaan time raya, jalan jammed tu mmg tak boleh nak lari..Nak tak nak, hadap je..
ReplyDeleteDah kalau ada diskaun, mesti lah nak cari awal. Rugi kalau tak grab tawaran tu. Memang tengah mencari hotel nanti balik kampung.
ReplyDeleteAlways use this platform for my travels, very convenient
ReplyDelete