Waspada Dengan Serangan 'Panic Attack'

Wednesday, April 25, 2018

Waspada Dengan Serangan 'Panic Attack' | Baru nak start update entry secara konsisten *konon*. Last update hari ahad 15 April. Actually PC tak boleh start lepas 2 kali power trip petang selasa last week. Rabu pulak ada training dekat Solaris, Dutamas. Khamis sepatutnya training jugak tapi ada perkara berlaku yang aku nak ceritakan lah ni. Jumaat bersamaan PC still tak boleh on. ICT kata nak datang. Tapi person incharge MC pulak. Isnin baru PC ok. Semalam baru start update job entry. Bukan main panjang lagi mukadimah kau kan. Dan entry Waspada Dengan Serangan 'Panic Attack'  ni pon memang panjang.

Google pic

Waspada Dengan Serangan 'Panic Attack' 


Ok... Aku nak cerita berkenaan dengan serangan Panic Attack yang berlaku pada aku masa hari Rabu petang. Mesti korang tak pernah dengar pasal Panic Attack kan. Sebab aku pon baru tahu dari my colleague bila husband dia kena serangan ni beberapa bulan lepas. Kena masa tengah menunggang superbike. Secara tiba-tiba rasa susah nak bernafas and rasa nak pitam. Nasib husband dia sempat berhenti dekat petrol station and minta bantuan. Dari simpton-simpton yang dia cerita, memang sama dengan apa yang aku alami. 

Kisahnya... On the way nak balik lepas habis training. Dari solaris tu naik shuttle bus. Tiba-tiba masa tengah duduk tu... Aku rasa degupan jantung aku dah start laju. Nafas dah rasa macam pendek. Rasa susah nak bernafas. Badan dah mula rasa macam seram sejuk. Dah rasa macam nak pitam. Tapi aku relax. Tarik nafas panjang-panjang and hembus ikut mulut. Aku menunduk sebab nak bagi body aku back to normal. Aku makan roti yang ada inti kacang merah. Aku sapu EO Calming blend dekat hidung, pergelangan tangan and kening. Ok... Rasa macam lega sikit.

Sampai jer KL Sentral, terus beli tiket and tunggu train. Masa ni ok lagi. Boleh borak-borak lagi dengan member office, Sabrina (Sab). Masa ni benda tu datang balik. Aku dok calit-calit minyak EO tu supaya aku tenang. Mengunyah roti. Tarik nafas dalam-dalam. Borak macam biasa sebab aku tak nak benda tu kawal aku. Masuk jer dalam train aku dah rasa serangan tu datang balik. Tapi aku still borak macam biasa sebab tak nak layan serangan tu. Tapi tak boleh. Aku minta gula-gula dengan Sab. Nasib dia ada.

Google pic

Aku cakap dengan Sab.. 'Aku rasa macam nak kena low blood lah sab. Sebab minum white coffie 2 cawan tu ke?' Sab tengok aku dah semacam. Dia suruh aku tidur. Tapi tak boleh tidur pon. Aku pejam mata tapi still rasa nafas pendek. Tak boleh nak bernafas. Kaki tangan dah mula rasa kebas. Aku dah rasa lain macam sangat. Rasa nak nangis pon ada sebab aku rasa macam NYAWA AKU NAK KENA TARIK. Dalam masa yang sama, aku masih mengunyah gula-gula. Mana tahu kurang gula dalam darah kan.

Start tu aku dah fikir yang bukan-bukan. Aku nak mati dah ke? Harraz buar perangai lately sebab dia tahu aku nak pergi ke? Sebab dah 2 minggu ni dia banyak buat perangai. Teringat dekat mak.. dekat mertua sebab aku rasa macam aku bukan anak dan menantu yang baik. Sampai macam tu sekali aku fikir. Perasaan takut sangat nak mati tu memang tak boleh nak digambarkan. Allahu... Jangan lah tarik nyawa aku dulu. Bagi lah aku peluang. Doa... istighfar tu je lah yang aku mampu selain dari mengucap. If betul-betul nyawa aku nak kena tarik kan. 

Dalam train tu memang aku dah tak senang duduk. Aku risau aku pengsan. Lagi takut kalau aku MATI. Tak habis-habis aku calit EO dekat nadi tangan, hidung, kening, nadi belakang telinga and tengkuk. Serious... Serangan Panic Attack ni buat kau tak boleh bernafas, badan seram sejuk, rasa darah naik kepala, rasa nafas pendek. Tangan and kaki rasa kebas dan rasa kau macam nak mati dah. WhatsApp husband bagitau keadaan aku. At least dia tahu kalau jadi apa-apa kat aku. Dan aku bagitahu nak pergi klinik terus. 

Google pic

Alhamdulillah... Aku boleh control lagi serangan tu even nafas aku masih tak cukup. Sampai dekat Station  UKM, dah rasa ok sikit. Tengok anak-anak dalam kereta tu rasa insaf. Macam mana lah kalau aku mati. Dengan layanan aku dekat anak-anak. Selalu marah-marah diorang. Teruknya rasa diri ni sebab masih tak boleh nak kontrol amarah bila anak-anak buat perangai. Bila dah jadi macam ni. buat aku sedar... Ada 4 amanah yang DIA bagi untuk aku jaga dan didik elok-elok. Apa pon perangai anak-anak atau seteruk mana pon anak-anak buat, kau kena terima sebab itu adalah UJIAN dalam membesarkan anak.*nangis*

Terus pergi klinik. Jumpa Doctor.. Cerita apa yang aku kena. Doctor Check BP (Blood Pressure) and gula dalam darah. Semua normal. Aku tanya doctor jugak sebab aku ada minum white coffee 2 cawan. Mungkin sebab itu ke? Tak jugak katanya sebab sebelum ni aku minum coffee tak ada apa pon. Dr kata mungkin kurang rehat. Doctor bagi ubat pening. Tapi aku tak pening pon. Dia kata kalau rasa nak pitam tu pening lah tu. Macam tak puas hati jugak dengan jawapan doctor tu. Cuma dia bagi MC sehari. Kalau ada rasa serangan yang sama. suruh datang lagi untuk follow up dengan pakar pulak.

Macam Mana Serangan Panic Attack Boleh Berlaku


Dari pembacaan, ianya berlaku bila kau terlalu stress atau banyak berfikir atau terlalu risau akan sesuatu perkara. Serangan Panic Attack ni boleh berlaku secara tiba-tiba. Time kau tengah duduk relax pon dia boleh datang. Macam yang aku kena tu lah. Serangan panik boleh menimbulkan fikiran negatif yang berlebihan terhadap satu gejala tubuh. Seolah kau rasa macam kena serangan jantung, jari-jari rasa kebas macam kena semut-semut tu. Rasa macam nak kena serangan stroke pon ada. 

Serangan panik boleh diumpamakan sebagai sebuah bola salji yang datang bergolek dan makin lama makin besar. Pesakit yang akan mengalami serangan panik biasanya mula merasakan terdapat sedikit perubahan dalam badan. Dari sini muncul minda psikologi negatif. Pesakit mula berasa cemas dan bernafas dengan cepat. Ini mengakibatkan meningkatnya CO2 darah dan menurunkan kadar pH darah. Kebanyakan info pasal Panic Attact ni dari negara seberang.

Untuk penerangan yang lebih jelas, aku PM Doc Khairul. Sebab aku nak tahu apa kaitan pernafasan atau susah nak bernafas dengn serangan Panic Attack ni. Katanya... Bila kena panic attack, body manusia akan activate sistem yang kita panggil Symphathetic Tone... Bila sistem ni di activate kan, ia akan merangsang jantung untuk mengepam laju, pernafasan jadi laju, kelenjar peluh membuka (boleh berpeluh), sistem saraf activate yang boleh rasa macam kebas tu.

Google pic

Sebenarnya, perubahan tu ialah respon body untuk bersedia sebarang kemungkinan (contohnya keadaan bahaya)... Tapi dalam Panic Attack, bahaya sebenar tak wujud, cuma perasaan/minda yang trick body untuk cetuskan Symphatetic Activity tu. Sebab tu lah aku fikir yang bukan-bukan. Iyerlah... Sebab susah nak bernafas. Bila dah berfikiran macam tu, memang perasaan takut tu datang sebab kau rasa macam nyawa nak kena tarik dah :-(

Rasa macam dah panjang sangat entry ni. Nanti aku shara tanda-tanda lain serangan Panic Attack dan macam mana nak handle bila kena serangan Panic Attack ni. Aku ingatkan low blood sebab masa pregnant kan Iman Harraz dulu aku pitam. Lebih kurang macam ni lah. Tapi bukan. Bila difikirkan balik, ini kali kedua aku kena. 1st time masa tengan drive. Tapi tak lama. Dalam 5 minit macam tu. Tapi kena yang kali kedua ni yang lama. On and off. Harap-harap serangan Panic Attack ni tak menyerang lagi lah hendaknya. Memang seksa kalau kena.

Note: Doa kan aku yer kawan-kawan. 


You Might Also Like

21 komen

  1. Perkongsian yang sungguh bagus.. Sha baru tahu pasal panic attack ini.. Sekurang-kurangnya boleh alert dengan perubahan badan.. thanks for sharing sis..

    ReplyDelete
  2. oh.. bahaya juga ya. take care ya. semoga allah memberi kesembuhan hendaknya

    ReplyDelete
  3. Ada member saya sorang ni ada masalah panic attack. Dia kuat sangat risau n panik apabila melakukan sesuatu perkara. And kalau dia tak dapat buat kerja tu, dia akan tipu orang konon2 dia dah buat kerja tu. Means, dia ambik mudah. Tak nak orang marah dia. And lepas tu dia just ignore n seperti dia takde salah apa2pun. Saya kesian pun ada. Sakit hati pun ada. Annoyying pun ada. Haish..

    ReplyDelete
  4. Risau pulak bila baca entry nie. Semoga sihat selalu akak 😭

    ReplyDelete
  5. Saya pernah kena panic attack. Rasa sesak nafas. Tercungap2. Baru pertama kali dgr efek dri minum kopi boleh kena panic attack. Mungkin perut kosong barangkali

    ReplyDelete
  6. Liez dulu masa study selalu kena panic attack.. memang sesak nafas dan kebas muka.. so doc just suruh liez bernafas dgn betul dgn guna paper bag kecil..

    ReplyDelete
  7. Risau juga yer bila baca pasal Panic Attack ni. Dah mula kena jaga diri sendiri dari penyakit dan stop fikir yang bukan2.

    ReplyDelete
  8. Tak tahulah pernah kena ke tidak..selalu kalau rasa nak pitam ke pening ke sesak nafas ke..selalu ingat tekanan darah rendah atau mmg dah nak sakit..itu je le.
    Lps ni kalau kena serangan mcm ni haaa mesti sis akan bayangkan kena serangan panic attact ni..terima kasihlah atas perkongsian ni ya

    ReplyDelete
  9. i pernah kena sekali panik attack waktu tu tak boleh nak breathing properly...
    time tu ingat nak mati dah... hahahah sekali jumpa doktor... doktor tanya awak cukup tidur tak... pengalaman tu, laki baru sampai ofis... kita telefon cakap nak mati dah ni... dia telefon jiran lepas tu jiran hantar lepas tu dia pun balik dia jaga kita satu hari hahahahahaaha.... sayang pula dia kat bini diaaaaa huuuu

    ReplyDelete
  10. Ooo mcm ni rupanya panic attack. Ingatkan panic2 biasa mcm tu. Rupanya mengganggu sistem dalam badan juga ya.. Huhu agak menyeramkan. Moga dijauhkan dari kena. Jangan stress2 ya, semoga sihat2 hendaknya :)

    ReplyDelete
  11. Adoihai fiza take care. Pernah dgr sindrom panic attack ni satu ms dulu. Tapi mmg rmi ckp punca drpd stress... bahaya juga sbb dia blh pitam secara tiba2

    ReplyDelete
  12. Kadang-kadang ada juga rasa macam nak kena pacmic attack ni, Bonde selalu buat tenangkan diri dan tarik nafas pelahan-pelahan hembus... Insyaallah pelahan pelan akan lega baik...

    Terima kaaih diatas perkongsian ini
    ... Senang apa-apa boleh rujuk.

    ReplyDelete
  13. Semoga serangan panic attack tak menyerang lagi ya. Abby doakan yang terbaik. Perhatikan cara cara bagaimana menghindari serangan macam ini.

    ReplyDelete
  14. Saya sendiri pernah kena masa workload office yang astagfirullah banyaknya. Tak cukup rest tapi otak kerja lebih masa. Tak cukup tidur then nak stay minum 3in1 coffee.
    Memang kena la. Insaf dan tak berani 3in1 masa badan tengah lemah.
    Hope awak cepat sembuh and practice good eating habit. Tu je caranya badan bertahan

    ReplyDelete
  15. Essential Oil memang banyak manfaat. Kadang tu tak sedar kebaikannya. Menenangkan, mudah kan tidur, Kurang kan sinus dan rumah harum je. Hurmmm. Bila cerita pasal EO, baru nak restock minyak pati. Lupa dah sebulan tak on mesin tu. Dah sihat gitu lah kan. Lupa rutin. Haha

    ReplyDelete
  16. Seram pulak baca..nasib akk takde ape-apa. Baru tau pasal panick attack ni. Bila jad macam ni, tengok anak, rasa bersalah kan..

    ReplyDelete
  17. Betul tu, kadang-kadang memang kita dah latih diri jangan panik, tapi bila time emergency tu, siapa tahu kan.

    ReplyDelete
  18. tq utk info panic attack..riso juga kalo tiba2 terkena panic attack ni...yela kalo dh terlampau stress ngan berfikir bole berlaku ye..tp kalo tgh driving berlaku bahaya juga...smoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  19. As I know panic attacks always happensh when our brain lack of oxygen and this used to happened to me last time. After since I apply exercise on my lifestyle, I totally don't have this problem. Maybe you can try this as well...

    ReplyDelete
  20. Jaga diri dan berehat dengan cukup ye. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan. Terima kasih jua sebab sudi share info kesihatan sebegini.

    ReplyDelete
  21. OMG thanks for sharing this, depression could be a severe case and if not treated it can become worst.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive