Selamat Tambah Umur Iman Qhalif!!

Thursday, April 12, 2018

Selamat Tambah Umur Iman Qhalif!! | 12 April 2012 - 12 April 2018 = 6 Tahun. Alhamdulillah... Genap 6 tahun dah usia anak nombor tiga ni. Unexpected baby. Umur jer bertambah. Tapi badan maintain kecik tak besar-besar pon. Makan pon boleh lah tahan banyak juga. Tapi tu lah... tak besar-besar jugak. Mungkin nak kena sunat dulu baru badan tu naik kot. Tak pon nak kena bagi ubat cacing gamaknya ni. 


Perkembangan setakat umur 6 tahun ni macam biasalah. Sama jer macam budak-budak sebaya yang lain. Dari segi tingkah laku, Qhalif ni boleh bergaul dengan semua orang. Dengan budak lebih umur dari dia pon dia kawan. Kiranya independent jugak lah. Tak ada nak duduk bawah ketiak mak abah sentiasa. Relax jer duduk rumah opah & atuk 3-4 hari. Selamba jer ikut kakak aku jalan-jalan balik kampung. Aku pulak yang risau terlebih. Rasau takut malam-malam cari ibu abah ke kan. Tapi tak pun.



Kalau cuti sekolah aku tak hantar daycare pon. Start dari cuti sekolah last year. Sebab dia tak nak. Secara tak langsung dapat bejimat jugak. Jadinya duduk lah dia dengan abang kimi dengan kakak qahirah kat rumah tu. Macam tak percaya jugak dalam usia macam tu dia dah boleh diharap untuk duduk rumah. Cuma harap abang dengan kakak jer lah. 

Antara pe'el yang aku tak tahan dengan anak soleh ni... Suka menyakat. Geram jer rasa tau. Paling dia suka sakat ialah si adik. Allahu... Terjerit-jerit dan menangis budak Harraz tu dikerjakannya. Dengan kakak qahirah pon macam tu jugak. Suka bergaduh dan menyakat. Macam tak boleh dekat diorang ni. Ada jer yang tak kena. Mungkin sebab jarak kelahiran tu tak jauh beza. Gap 2 tahun je. Tu yang panas memasing. Memang menguji kesabaran betul lah kalau dah bergaduh.


Macam mana pon perangai awak, Ibu tetap sayang. Selamat Hari Lahir yang ke 6 Semoga membesar sebagai khalifah yang beriman dan berakhlak, bijak pandai, sihat tubuh badan dan semoga sentiasa dalam lindungan Allah 💋🎂🎈🎉



You Might Also Like

24 komen

  1. singgah petang
    happy birthday iman...

    ReplyDelete
  2. comel.
    selamat panjang umur dan diberkati oleh ilahi, anakanda

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat iman qhalif

    ReplyDelete
  4. Alahai comelnyeee... Happy bday qhalif semoga membesar dengan sihat dan mnjadi anak yg soleh.. Amin

    ReplyDelete
  5. selamat hari lahir iman khalif, semoga panjang umur n dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  6. selamat ulangtahun iman!moga jadi anak soleh mama papa!

    ReplyDelete
  7. Selamat ulang tahun Iman Qhalif !! Semoga terus dimurahkn rezeki, dikurniakan kesihatan yg baik dan menjdi qhalifah di atas muka bumi ini.

    ReplyDelete
  8. Selamat hari lahir iman Khalif, semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya..

    ReplyDelete
  9. Sanah helwah Iman Khalif. Semoga menjadi anak soleh yang berjaya di dunia dan akhriat.
    Biasa lah kak, masing2 ada peel tersendiri. Janji mereka happy dan Sihat ye.

    ReplyDelete
  10. happy birthday iman qhalif semoga menajadi anak yang soleh penyejuk hati ibu ye...
    seriau tengok gambar bersalin tu, kita fobia dah hahaha

    ReplyDelete
  11. Happy Birthday sayang....anak2 ni kalau dah besar ok lah. Kalau kekecik ni kena banyak2 sabar sebab mereka tak boleh uruskan diri sendiri. Tapi bila mereka dan besar kita rindu pulak mereka masih kanak2...Hehe

    ReplyDelete
  12. moga membesar menjadi anak yg soleh, Iman.
    penyejuk mata dan hati ibu ayah.
    sebaya dgn Izzat ni, fiza.next year standard 1 dah ekk anak kita :)

    ReplyDelete
  13. Happy birthday Iman! Semoga jadi anak solehah mak dan abah.

    ReplyDelete
  14. Happy Belated Birthday, Qalif. Cepatnya dia besar. Aunty pun semakin tua. Ha ha ha....

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah. Semoga menjadi anak yang Soleh ya Iman. Jaga mummy baik-baik ;)

    ReplyDelete
  16. Happy besday si manja.. kdg2 mmg ada jes yg dah preggy berbulan x sedar. Akk pun pernah mcm tu heheh

    ReplyDelete
  17. Hepi besday Iman Qhalif! Semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa membahagiakan ibu bapa..

    ReplyDelete
  18. Wah dah 6 tahun sekejap saja. Selamat hari lahir Iman Khalif. Semiga membesar menjadi anak yang soleh dan taat pd ibu bapa

    ReplyDelete
  19. Selamat hari lahir qhalif sayang. Moga jadi anak yang soleh, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu sayang. :D

    ReplyDelete
  20. Selamat Hari Lahir Iman Khalif..moga membesar menjadi anak soleh..anak yang mendengar kata...Aminnnn

    ReplyDelete
  21. Heppy bday iman qhalif...semoga mnjadi anak soleh utk ibu dan ayah ya...stay cute boy...

    ReplyDelete
  22. Kejap je Iman dah 6 tahun. Happy Birthday!!! Moga jadi anak yang soleh. Hehe

    ReplyDelete
  23. Selamat hari jadi... Dah besar dah dia... Erm, tak sabar nak tgu anak sendiri membesar...

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive