Kena Saman Dengan RHB Bank Dan Rumah Nak Kena SIta | Taktik Panggilan Dari ‘Scammer’

Monday, March 26, 2018

Kena Saman Dengan RHB Bank Dan Rumah Nak Kena SIta | Taktik Panggilan Dari ‘Scammer’ | Makin menjadi-jadi penggilan dari scammer sekarang ni. Sebelum ni pernah beberapa kali aku terbaca pasal orang yang dah terkena dengan scammer ni. Diorang akan buat panggilan dan menyamar sebagai lawyer, pihak bank, polis dan sebagainya lah untuk menipu orang. Tapi tak sangka pulak, dalam baca kisah-kisah orang yang kena tipu ni, sekali boleh terkena dekat diri sendiri miggu lepas @ 20 March 2018

Taktik Panggilan Dari ‘Scammer’

Apa perasaan kau bila dapat panggilan dari seseorang yang mengatakan dia nak datang rumah dan nak sita semua barang-barang dalam rumah? Gila berderau darah aku semalam jangan cakap lah kan. Allah jer yang tahu. Kisahnya… Aku dapat call dari nombor 011-23728164. Chinese guy yang call. Tapi macam tak berapa fasih sangat lah cakap Bahasa Melayu. AKu pon tak berapa nak faham sangat. Lepas tu dia pass dekat Malay guy untuk explain dekat aku. Nama budak tu Ahmad Tajudin. Tak tahu lah nama betul atau nama menyamar. Antara dialog:

Scammer: Hello! Ini Puan Afizah Binti Abd Rahman?

Aku: Iyer saya

Scammer: Ic nombor xx0707-14-xx86

Aku: Iyer betul

Scammer: Alamat rumah Ax-xx, Apartment Kajang Impiana, Taman Kajang Impian

Aku: Betul

Scammer: Saya dari bahagian logistik Makhmah Tinggi Kajang. Nak datang rumah puan dalam pukul 12.00 tengah hari untuk sita barang-rumah puan.

Aku: Haaaaa!!! Kenapa pulak nak sita rumah saya? Tak ada surat taka da apa nak sita rumah saya kenapa?

Scammer: Itu bukan masalah saya. Saya Cuma dapat arahan dari mahkamah untuk buat report polis dan sita barang-barang rumah puan. Kalau puan nak tahu, puan boleh call lawyer kami En. Azhar nombor HP 016-6980788

Aku: Betul ke ni? Ker awak scammer? Scammer kan?

Scammer: Terpulanglah pada puan. Kalau scammer kita akan terus sambung ker IPD and mahkamah terus.

Aku: Ok lah (Terus letak call padahal dia tak habis cakap lagi)

Memang WTFish betul lah kan... Notis semua tak ada tiba-tiba kau call cakap nak sita rumah nak buat report polis bagai. Bila tanya atas sebab apa? Tak boleh nak jawab. Suruh call lawyer. Setahu aku, hutang semua dah bayar.!!!! Lepas dia ada sebut pasal sambung line pada IPD and mahkamah tu, aku dah agak dia ni penipu. Memang scammer nak menipu kan. Letak jer HP aku terus search nombor 011-23728164 dan keluar lah link pasal ‘scammer’ ni. Rupanya ramai yang kena. Memang dasar penyamun. Tak hilang lagi debar aku ni woihh!!! Bongok betul 😡😡😡

Taktik Panggilan Dari ‘Scammer’

Lepas tu aku call husband. Cerita semua. Yang buat aku risau, anak-anak ada dekat rumah. Dah lah alamat semua betul. Buatnya diorang tu scammer gila yang sanggup buat apa saja dan datang betul-betul, memang mengundang padah. Sampai macam tu sekali lah aku fikir. Scary sangat. Terus husband cakap dia akan balik rumah. Lega lah sikit kan.

Tak lama lepas tu, aku dapat call dari nombor pejabat 03-26982537. Aku tak call pon lawyer azahar tu. Tapi dia sendiri yang call aku. Lawyer lah sangat kan. Dia explain lah kenapa rumah aku nak kena sita. Katanya aku kena saman dengan RHB bank sebab hutang kereta dah lama tertunggak. Dia dapat arahan dari pihak RHB untuk saman aku pasal duit kereta yang dah lama tertunggak tu. Aku pon saja lah dengar and layan sebab aku tahu dia penipu. Berlawan-lawan lah cakap. Tapi jenis penipu ni memang dah biasa susun ayat. Tak nak kalah tu. Nak tunjukkan yang dia tu bukan scammer.
 Taktik Panggilan Dari ‘Scammer’

Hello!! Hutang kereta dah lama selesai beberapa tahun lepas. Aku dengan husband pergi sendiri RHB untuk bayar baki tertunggak and geran kereta pon dah dapat on the same day selesaikan semua hutan kereta tu. Surat dari RHB pon ada aku simpan mengatakan aku dah buat full settlement. Ada kisah pasal kereta tu. Korang boleh baca dekat [SINI]. Bila dah cakap macam tu boleh pulak dia kata nak semak balik kan. Kenapa sebelum nak menipu tu tak semak dulu? 

Sampai hari ni tak ada pon scammer penyagak tu call. Husband tanya.. Kenapa tak kenakan scammer tu balik? Dia nak kenakan kita, biar kita kenakan dia balik. Tak terfikir pulak aku sampai ke situ. Aku ni jenis cepat menggelabah. Bila dah dapat call macam tu, memang kau rasa blank kepala. Badan dah gigil. Jantung dah berdebar-debar sebab 1st time kena macam ni kan. Tak expect pon nak kena. 

Cuma aku kesian dekat orang yang dah terkena. Ditipu beribu-ribu. Mungkin jenis cepat menggelabah dan tak tahu nak buat apa dan tak pernah dapat info pasal scammer ni. Especially makcik pakcik dan orang kampung. Siapa tak menggelabah bila dapat call macam ni dengan membabitkan mahkaman, polis dan lawyer kan. Yang kau perasan, kebanyakan yang kena ni orang perempuan. Mungkin sebab orang lelaki ni tak mudah nak kena tipu kot. 

Kalau nak tahu, mula-mula dapat call ni yang cakap chinese guy (tak ingat nama sebab dah gelabah sangat). Lepas tu dia pass dekat malay guy untuk explain. Nama dia Ahmad Tajudin dari nombor HP 011-23728164. Nombor lawyer pulak 016-6980788 (azhar). Tapi aku tak call pon. Dia sendiri yang call dengan nombor pejabat 03-26982537

Taktik Panggilan Dari ‘Scammer’

So…  beware semua. Kalau naik nombor-nombor 011-23728164, 016-6980788 dan 03-26982537 dekat HP korang, sila abaikan penyangak-penyangak ni. Antara modal diorang… hutang kad kredit, hutang kereta, loan bank, personal loan dan macam-macam lagi. Kalau nak elak dapat call dari scammer ni, korang boleh download apps Truecaller. Aku dah tahu lama pasal apps ni. Tapi dok bertangguh nak download. Bila dah kena, terus download. Beringat sebelum kena.

Note: Kadang-kadang kan, benda yang kita tak expect tu lah boleh jadi dekat kita. 



You Might Also Like

25 komen

  1. Ini lagi misteri yang tak sudah tuan admin. sampai dah dekat 80 kali saya duk fikir. Kenapalah penyangkak, penyamun, penipu and whateverlah, iblis ke. Yang keje dia menipu dan merompak duit orang ni tak didakwa. no Phone, handphone dah ada. Kenapa mereka ni tak dapat ditangkap? kenapa begitu kebal, halimunan daripada undang-undang.Kalau dapat dengar mereka ni ditangkap, dipenjara 80thn, dengan 100 kali sebatan, mungkin jenayah sebegini dapat dikurangkan. ayuh sapa yang dakwa hackers, pakar it, internet bergabunglah dengan pihak polis, kita tangkap iblis-iblis ni. Sebab saya pun pernah dapat call, tapi bila ajak jumpa kat Ipd, memang senyap terus je panggilan tu.

    ReplyDelete
  2. macam-macam taktik kan diorang nak guna...dah takde kerja lain gaknya diorang ni

    ReplyDelete
  3. senang betul diorang nak kena kan orang ye...

    ReplyDelete
  4. nasib baik i ni xde apa. so klu bank call pun xtau nk kelentong apa. hehehe

    ReplyDelete
  5. Dah kena, tapi die kol no pejabat, adoiii lahhh.. Pastu berbalahh ngan die, sbb terbagi no ic, jadi p balai wat report, balik tu lagi sedih bila kena ectopic pregnancy ruptured terusss..

    ReplyDelete
  6. bahaya sangat scammer ni tau. Dulu Del pun pernah kena. Klau jenis gelabah lagi scammer suka. sebab mse gelabah-gelabah tu scammer sruh kita bank in duit tanpa kita fikir. Better bertanya dlu. salam kenal dari saya. http://cakapsinilah.blogspot.my/ #done follow

    ReplyDelete
  7. Scary nya dapat scammer call.... lucikily u share about their tactic dan semua orang aware of it now...

    Great awareness..

    ReplyDelete
  8. Kena lebih berhati-hati sebab projek tipu menipu ini ada satu banyak sangat taktik dan strategi yang mungkin akan memerangkap individu yg tidak mahir terus terperdaya.

    ReplyDelete
  9. Sekarang ni mmg banyak scammer kan..ami kalau dpt call mcmni mmg terus letak..malas nak layan dia merepek..hahaha

    ReplyDelete
  10. Ya Allah , perangai sangat la orang jahat di zaman sekarang ni. Macam - macam taktik ye derang ni. Mudah-mudahan mereka ini tertangkap secepat yang mungkin oleh pihak berkuasa. Jahat nak mampuih.

    ReplyDelete
  11. Elok kenakan balik. Saya pun jenis menggelabah ayam kalau kena macam ni. Kalau nombor yg pelik memang tak akan angkat. Scary! Nak download lah apps tu. Sama jugak, dah tau, pernah baca isu macam ni, baru harini rasa nak install. Asyik nak menipu je keje dorang ni kan!!!

    ReplyDelete
  12. SA dah sekali kena last year..tapi kes lain la..bukan SA sorang yang kena tapi satu opis kena..lepas satu- satu phone opis diorang call..tp machine yang cakap..yang kawan SA pun kena gak..memang dia dah call sampai pi balai polis..kesian betul..

    ReplyDelete
  13. Wow scammer ni dah macam-macam cara yang mereka gunakan untuk menipu dan memperdaya orang kita sekarang ni memang mereka akan cuba sedaya upaya sehingga sanggup menjadi orang yang kadang-kadang kita dengar percaya 100%...

    ReplyDelete
  14. Fuh, pernah juga kawan2 kena scammed ni tp yg latest kawan siap kena pulau dlm tepon. Bahaya betul. Skrg kena berhati-hati angkat telefon. Ku boleh install Tru caller.

    ReplyDelete
  15. Allahu.. Saya yang baca pun seram. Tapi memanglah saya rasa kesian sangat untuk mangsa2 yang terkena. Sebab kebanyakannya bukanlah yg kaya jutawan ke apa. Kesian dengan duit tulah untuk belanja sara makan minum keluarga. Memang jahat betul lah scammers ni. Nauzubillah!

    ReplyDelete
  16. Phew. Pernah dapat gak call macam ni, saya dengar je. Lepas tu habis tu saya cakap sorry saya kt oversea haha.

    ReplyDelete
  17. Takutnya.... benda berkait scammer ni sangat bahaya. Takutnya lagila bila kita ni perempuan kan huhuhu

    ReplyDelete
  18. Scammer ni mcm2 akal dia kan lately ni banyak sangat kes kalau yang tak kena tipu tu xapa yang kena tu la kesian

    ReplyDelete
  19. Scammer memang berleluasa sekarang nih kak.ari tuh diorang kol no pejabat kebetulan saya jawab..boleh cakap ada tunggakan bank hong leong pdahal xpernah ada akaun hong leong.dah la call pejabat polis

    ReplyDelete
  20. Ya Allah gilalah dah la we all punya rumah guna RHB juga tapi kami tak pernah missed tak bayar jadi Insha Allah akan terselamat dari scammer ni, nanti I inform husband i about this matter jahat sangat people nowadays.. mungkin sebab atas desakan hidup tu yang buat macam ni kot...

    ReplyDelete
  21. Kak pun selalu dapat sxam call, dari Polis pun ada pasak kes langgar lari and srh datang kat balai polis, tak layan kak mana pandai bwk kete dan lagi pinjaman bank dari RHB, akaun bank pun xda nak pinjam camner...jd jgn layan dengar dulu apa dia ckp lps tu rs letak tepon

    ReplyDelete
  22. Oh my this is scary. How did he get a hold of your number and let alone your address? Best be careful dear and do spread awareness about this- these scammers nowadays seriously- can't be too careful with them.

    ReplyDelete
  23. Banyak scammer yang jahat2 sekarang. Takut rasanya nk angkat handphone. Nasib baik tak jadi apa2 tadi kan.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum fiza, terima kasih kerana sudi bagi kunjungan di blog onie ye, maaf atas kelewatan untuk membalasnya di sini. Apapun, berhati-hati la bab macam ni, yang kejinya.. data kita semua dah tak privasi bila jadi macam ni, nasib baik semua okay.

    ReplyDelete
  25. Salam ..perkara yg sama baru saja berlaku dekat suami saya ..cara yg sama cuma no telefon saja yang berbeza...

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive