Bersatu Menentang Kuman Dengan Adiwira Justice League Daripada Mandian Beaudex Kids

Wednesday, March 07, 2018

Bersatu Menentang Kuman Dengan Adiwira Justice League Daripada Mandian Beaudex Kids | Tu dia… Tajuk bukan main panjang lagi kan. Punyalah Jenuh memikir nak letak tajuk yang sesuai.  Ingat senang nak jadi blogger? Pilih tajuk pon pening… Hahaha.. Ok… Back to the topik. Korang tahu kan, sebagai ibu, pemilihan mandian untuk anak antara perkara yang perlu diambil kira. Kita kena alert dengan kandungan yang terdapat dalam mandian kerana kebanyakan product mandian mengandungi Paraben, Alkohol dan bahan-bahan lain yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Jadinya.. Marilah kita Bersatu Menentang Kuman Dengan Adiwira Justice League Daripada Mandian Beaudex Kids ni.


Apa Yang Best Dengan Mandian Beaudex Kids


Yang bestnya dengan mandian Beaudex Kids ni kan ialah karektor adiwira Justice League seperti Superman, Batman, Supergirl dan Wonderwoman yang terdapat pada packaging mandian. Sangat menarik. Memang anak-anak teruja lah bila tengok. Seperti yang kita tahu, anak-anak kan suka dengan watak-watak adiwira ni. Pastinya waktu mandi lebih menyeronokkan dengan bantuan adiwira daripada Justice league ni… Gittew kan. Tapi memang betul pon. Si anak soleh Harraz ni excited bila dapat main air dengan mandian ni.

Pandai dah picit sabun. Ni kalau tak pantau memang cepat habis sabun ni ☺

Antara Produk Yang Ditawarkan Beaudex Kids


Untuk mandian Beaudex Kids ni, antara produk yang ditawarkan ialah Syampoo 2-dalam-1, Bubble Bath, Head-to-Toe Wash dan Yogurt Body Wash. Dalam rangkaian produk ini pula, terdapat dalam empat varian dengan karektor adiwira Justice League iaitu Superman Smashing Citrus Zest, Batman Awesome Apple Punch, Wonderwoman Sparkling Mango Mania dan juga Supergirl Dazzling Summer Berries yang melindungi si manja daripada kuman-kuman yang jahat dan menjadikan si manja lebih bersih dan segar.

Batman Awesome Apple Punch... Mandian Head-to-Toe Wash yang wangi. Jimat kalau beli yang ini sebab boleh pakai untuk shampoo rambut sekali kan.

Superman Smashing Citrus Zest.. Mandian yang bagus bukan hanya membersihkan kulit secara perlahan tetapi juga melembapkan, menjadikan kulit berasa lembut, selesa dan berbau harum.

Wonderwoman Sparkling Mango Mania.. Masa mandi menjadi lebih menyeronokkan dengan bubble bath. Boleh buat mandi buih ni.

Supergirl Dazzling Summer Berries.. I is jatuh cinta dengan shampoo ni sebab baunya yang tersangat wangi. Bau strawberry yang sangat kuat. Rasa macam nak makan jer.. hahaha...

Kandungan Beaudex Kids


Haaaaaa… Yang ni korang tak perlu risau sebab produk-produk daripada Beaudex Kids ni bebas daripada paraben, SLE/SLS dan sabun dimana ia direka khusus untuk memelihara kulit si manja yang sensitive dan halus serta selamat digunakan. Mandian ini juga turut diperkaya dengan ekstrak Isirung Oat, Susu Soya dan Susu Beras dengan menjadikan kulit si manja sentiasa lembut dan lembap. Mana ibu-ibu yang tercari-cari produk mandian yang bebas dari bahan kimia, boleh cuba produk  Beaudex Kids ni.

Model tak berbayar ☺

Anak-anak kan suka main dekat taman dan explore benda-benda baru kan. Kadang-kadang bila balik rumah muka berpeluh dan badan berlengas. Entah apa yang di main kat taman pon tak tahu lah. Dah tentu kuman pon banyak melekat kan. Jadinya... Sila mandi dan sabun badan bersih-bersih dengan Batman Awesome Apple Punch ni. Si harraz ni pon sama, even duduk rumah, ada jugak kuman yang kita tak nampak kan. Dah lah suka usik kucing. Memang kena sental lah dengan mandian ni. Memang tersangat wangi baunya. Kalau bebudak ni mandi, dari luar dah boleh bau sabun ☺

Mengenai Beaudex Kids


Beaudex Kids merupakan jenama penjagaan yang mementingkan nilai-nilai kekeluargaan seperti kejujuran, berdedikasi dan komuniti. Produk ini bukan sekadar selamat digunakan, malah mudah untuk dimiliki selain dari produk yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Dengan kesedaran untuk memberikan hanya yang terbaik, lalu tercetuslah idea untuk menghasilkan Beaudex Kids.

Mengenai Bath & Kids


Bant & Kids baru saja dibuka dan dilancarkan pada 5 Januari 2018 yang dimiliki oleh AmLion, pengilang kepada lebih daripada 80 jenama produk penjagaan diri bagi lebih 30 negara. Merupakan kedai yang berkonsepkan penjagaan kebersihan diri. Ia menawarkan rangkaian menyeluruh produk Justice League seperti alat tulis, kasut, pakaian dan penjagaan kebersihan diri. Rangkaian penjagaan kebersihan diri merupakan produk di bawah jenama Beaudex Kids, yang mempunyai hak terhadap karektor Justice League di Malaysia. Tak lama lagi, Bath & Kids akan memperkenalkan karekter-karekter daripada Nickelodeon seperti Teenage Mutant Ninja Turtles, Paw Patrol, Blaze and the Monster Machines, Shimmer & Shine, Dora the Explorer dan Spongebob Squarepants. Wah... Bestnya.


Korang boleh kunjungi Bath & Kids yang terletak di Pusat Membeli Belah 1Utama, ditingkat 2 Lot 5212. Boleh juga mendapatkannya di farmasi dan pasar raya utama untuk mendapatkan adiwira kegemaran anak-anak. Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Facebook


Instagram




You Might Also Like

31 komen

  1. Comelnya kedai Bath and Kids ni. Gambar2 kat packaging sabun ni pun cantik sangat. Anak2 kecil mesti teruja ni sebab berwarna warni. Paling best....NYAH la kuman dari badan anak2....gitew...

    ReplyDelete
  2. Bersungguh adik tu nak mandi siap picit sabun sendiri. Kalau anak lain dah lama menjerit jerit kalau nak mandi. Banyak variant juga Bath & Kids ni.

    ReplyDelete
  3. Tu dia...motto penting dia orang bersatu menentang kuman..SA x pernah nampak lagi jenama ni di pasaran..bagus untuk tarik perhatian anak- anak untuk mandi di samping kita ajar mereka tentang betapa bahayanya kuman...

    ReplyDelete
  4. Anak2 mmg excited sbb kenal sgt adiwira ni. Paling best selain daripada bau sabun produk ini cukup wangi, ramuannya juga halal

    ReplyDelete
  5. Comel kartun kt packaging dia...
    Bau2 tu mcm.menarik..
    Ni bukan anak2 je suka...
    Mak2 budak pun.boleh tumpang skaki ni

    ReplyDelete
  6. Macam-macam sekarang produk bagi kanak-kanak. Tak perlu nak fikir lama pergi farmasi boleh dapat pelbagai jenama.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah dengar brand ni..

    boleh beli untuk anak-anak try.. fun bath time!

    ReplyDelete
  8. ni boleh pengaruh kids mandi awal sambil main2. comelnyaaa packagingnya. nsib baik takde anak lagi! :)

    ReplyDelete
  9. Hamboi harraz. Cantik spenda :) ha ha ha...
    Ari tu ada beli kan izzat bath ada gambo kartun apa ntah.
    Tiap kali mandi, tiap kali LA berlakon dlm tandas.
    Penangan kartun ekk.

    ReplyDelete
  10. Alahai kak, comelnya semua botol2 tu. Bau pun wangi kan. Ni kalau syafi nampak mesti minta beli.

    ReplyDelete
  11. kalau la saya ni masih kanak2 mesti saya pilih wonder woman. hehe

    ReplyDelete
  12. Seronoknya dia main buih.. tambah lagi klau sabuan mandian organic atau tiada chemical yg selamat utk anak2..

    ReplyDelete
  13. amboi harraz, kemain picit sabun tu..haha..betul la tu fiza..klu tak pantau ni, mmg cepat la habis...

    ReplyDelete
  14. first time dengar jenama BEAUDEX ni. nampak macam bagus produk ni. boleh suggest kat kawan-kawan nie

    ReplyDelete
  15. Huntungla dapat hak untuk gunakan karektor2 popular ni. Strategi pemasaran tu penting. Bolehlah saya kongsikan produk ni dengan kawan yang ada baby nanti.

    ReplyDelete
  16. Sekali sekala nak pakai brand lain dari johns kan. Yang ni pon uzu tengok ok je kan.

    ReplyDelete
  17. Kalau adam anis amal, suka sangat la... Pastu mommy kena pantau. Satu botol tu 3x mandi je boleh licin😭😭😭 nangis nak beli selalu sabun mandi

    ReplyDelete
  18. First time dengar pasal jenama nih kak. Mcm bagus jugak jenama nih

    ReplyDelete
  19. produk baru ya ni? nanti nak reccommend kat kakak lah minta belikan untuk anak2 dia. nampak bagus je lengkap semua ada.

    ReplyDelete
  20. Wah menariknya...kanak kanak mesti suka.

    ReplyDelete
  21. wah syoklah tengok dia mandi, anak I lagi bertuah sabun sabun mandi habis semua diaorang buat main dan sabun, tak sampai seminggu dah lesap :((( bila turn nak mandi tak da sabun dah..... tak tahu la beaudex ni kalau ada ni berapa lama leh tahann menarik tengok sebab ada agen anti bakteria

    ReplyDelete
  22. Nie kalau anak Kak Sue nampak nie mau nak beli juga nie..

    ReplyDelete
  23. The packaging so cute and kids definitely enjoy their bathing time. I also feel like trying this shower gel. Will share with my friends that has small kid.

    ReplyDelete
  24. best nya. siap ada superhero lagi. senang nak ajak anak-anak mandi cepat :)

    ReplyDelete
  25. Seronoknya dia mandi... sambil main Beaudex Kids siap ada watak adiwira tu... produk ni baru pertama kali Bonde tengok nanti Bolehlah rekemen dekat adik ipar.

    ReplyDelete
  26. comelnya packaging siap ada superheros lagi. bukan kanak-kanak je yang suka parent pun terjebak nak beli.

    ReplyDelete
  27. Seronoknya di amandi dengan mandian baru.first time dengar pasal produk ni

    ReplyDelete
  28. waw... 1st time dgr jenama ni... nice sharing

    ReplyDelete
  29. tengok packaging tu bebudak pun excited nak mandi

    ReplyDelete
  30. Oh the products looks really cute! I like how they design the sticker in front. This would really capture the kids attention.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive