Bersih Dan Segar Di Mana Sahaja Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken
Sunday, February 25, 2018
Bersih Dan Segar Di Mana Sahaja Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken | Tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun tetap hadir: itulah kuman dan bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita. Bakteria dan kuman membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai penyakit. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih.
AIKEN, jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria, Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.
Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian. Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul; ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya berkat manfaat antibakteria dari Tisu Lembap Antibakteria Aiken.
Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia dapat dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan anda.
Terdapat 2 Jenis Tisu Lembap Antibakteria Aiken
Tisu Lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih:
TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PERLINDUNGAN EKSTRA
Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.
TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA
Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit, Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.
Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM6.50 (Semenangjung)/ RM6.80 (Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.
5 komen
kite suke wet tissue..okayh nak carik la..hehe..
ReplyDelete*yang agent cleaning house murah la jugak fiza..sorang die charge 70ringgit..013-6246732..kut2 kalau fiza nak..hehe..
opppsss..lupe nak mention...4jam 70ringgit (sorang maid)..
ReplyDeleteSal tak pernah lagi try Aiken...harga pun macam ok je , berbaloi !!
ReplyDeleteWahhh Aiken dah ada wet tissu eh skrg.
ReplyDeleteAi guna pencuci muka dan shower gel dari Aiken. mmg best bau herba
Br tau aiken ada produk lain selain bedak..mmg wajib ada wet tisu dlm bag klau ada anak kecik
ReplyDelete