Pakej Berpantang Mampu Milik Dengan Traditional Confinement Service
Tuesday, February 27, 2018
Pakej Berpantang Mampu Milik Dengan Traditional Confinement Service | Ada mommy to be yang bakal bersalin dan sedang mencari confinement service dan juga tukang urut ker? Ni nak share dengan korang semua mengenai perkhidmatan berpantang mampu milik dari Traditional Confinement Service. Bukan setakat urutan, penjagaan dan memasak untuk orang bersalin jer tau. Boleh juga untuk korang yang sedang menghadapi masalah lenguh-lenguh badan, sakit badan dan yang sewaktu dengannya lah untuk dapatkan khidmat tukang urut ni. Tapi untuk perempuan sahaja yer. Kalau korang nak tahu apa yang best dengan Pakej Berpantang Mampu Milik Dengan Traditional Confinement Service ni. Meh baca dulu apa yang aku nak share ni.
Teringat masa zaman bersalin anak pertama dulu. Memang tak pernah dengar atau jarang ada perkhidmatan confinement service ni. Tapi lately dah banyak confinement service yang korang boleh pilih. Bila tengok confinement service ni rasa macam teringin jer nak try sebab diorang akan buat semua. Dari penyediaan mandian ibu dan anak disediakan. Lepas tu berurut, bertungku, berbengkung dan masak lauk untuk berpantang pon ada jugak. Tapi tu lah, tak ada orang nak sponsor.. erkkk… hehehe…
Untuk confinement service ni kan, korang kena survey dan buat perbandingan harga mengikut kamampuan poket korang tau. Atau kalau korang dah berniat nak dapatkan confinement service, boleh lah menabung dari sekarang sebab harga untuk confinement service ni boleh tahan jugak harga nya tau. Especially yang dah pernah sponsor artis-artis yang baru lepas bersalin tu. Tapi kalau korang mampu, boleh jer ambil sebab ada beberapa package yang disediakan. Tapi tak semua confinement service ni mahal. Ada yang affordable jugak. Macam Traditional Confinement Service ni.
Pakej Yang Disediakan Oleh Traditional Confinement Service
Note: Pakej tidak termasuk kos pengangkutan.
Untuk dapatkan service dari Traditional Confinement Service ni, korang kena pilih pakej yang disediakan ni. Ada 8 pakej kesemuanya bermula untuk pakej 1 hari hingga 14 hari. Tengok dari harga yang ditawarkan mengikut pakej ni sangat berpatutan tau.
Antara Masakan Berpantang
Untuk masakan berpantang pulak, ada macam-macam menu yang disediakan. Cuma untuk pengetahuan korang yang nak ambil pakej sekali dengan lauk berpantang, bahan-bahan basah korang kena beli sendiri tau. Confinement lady yang akan masak kan nanti. Kalau tengok gambar-gambar ni, kau yang tak berpantang pon boleh terliur.
Kalau korang nak tahu, confinement lady ni memang pandai masak dan masakannya sangat sedap. Mana tahu sedap? Sebab dah pernah merasa masakan nya lah aku kata sedap. Memang expert memasak dan memasak pon laju. Kiranya pantas dan cepat buat kerja lah. Memang tak rugi kalau korang ambil pakej sekali dengan masak untuk lauk berpantang.
Testimoni Pelanggan
Ok… Dah share pasal pakej dan juga masakan untuk berpantang. Ni nak share testimoni pulak. Nak yakin kan orang untuk amik sesuatu perkhidmatan tu, kenalah ada testimoni kan. Baru lah pengguna rasa yakin nak ambil service yang disediakan. Macam testimoni untuk Traditional Confinement Service ni. Ramai pelanggan yang pernah mendapatkan perkhidmatan confinement service dari Traditional Confinement Service ni sangat gembira dan berpuas hati dengan pakej yang diambil.
Feedback yang positive
Pelanggan dari pelbagai bangsa. Bukan orang kita jer yang ambil ☺
Selain dari pakej urutan dan confinement service. Ada juga disediakan pakej penutup pantang. Kita orang uang baru lepas bersalin ni memang kena buat urutan masa awal bersalin dan seeloknya buat penutup pantang juga selepas 44 hari. Untuk pakej penutup pantang ni, apa yang akan dilakukan ialah bertangas, segkak Peranakan, sengkak punggung, sengkak vagina/pulih dara (Perapat) dan urutan aromatherapy. Sangatlah menarik. Siapa yang tak buat penutup pantang dulu bolehlah ambil pakej ni.
Bahan-bahan yang digunakan untuk bertangas
Buat bakal-bakal bapa tu, hadiahkan lah confinement service ni untuk isteri tercinta. Untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan anak tak lama lagi, kalau nak tahu lebih lanjut dan nak mencuba confinement service yang ditawarkan ni, korang boleh contact:
Call / WhatsApp
Liza: +60 19-381 3225
Facebook
https://www.facebook.com/Traditional-Confinement-Service
30 komen
Suka tengok makanan berpantang tu. Menu sihat!
ReplyDeleteBagus ada servis mcm nih kak.haishh nasib baiklah saya dah lama habis pantang.kalau tak memnag saya guna servis nih juga.
ReplyDeleteSenangnya kan zaman sekarang ni sebab ada pakej2 yang macam ni. Takde la ibu2 kita yang dah tua tu kena jaga cucu dia pula padahal diri sendiri pun dah tak larat. Kalau assist tu tak apa. Kalau ada duit lebih boleh la ambik pakej yang maksimum tu. Ibu, anak semua terjaga.
ReplyDeleteBagus kan dah ada pakej camni. Sebab jarang kot ada benda camni. Kalau ada pun tak de la proper camni.
ReplyDeleteBagusny Lahai..kalaulah masa berpantang dulu ada pakej macam ni,kan bagua
ReplyDeleteSekarang advance ye. Servis berpantang pon dh ada. Mudahlah ibu2 moden yg tinggal di bandar jauh dri kmpg utk dptkan pantang cara lama
ReplyDeleteBestnya kalau dapat experience pakej berpantang macam ni...menarik ni...nanti boleh panjangkan kat adik2 SA
ReplyDeletewow wow..saya mmg suka la servis cam ni..bila nak ngandung ni..haha..
ReplyDeleteSekarang nie semua senang dah kan, siapkan duit aja ya..
ReplyDeleterindula zaman berpantang..terutama mengurut dan mknan yg disediakan..simple tapi rasanya sgt maveles
ReplyDeletewah time bersalin memang banyak duit nak dikeluarkan, dan i siap siap nak saved seribu ringgit khas untuk bayar pakej berpantang je, next time kalau bersalin anak jadi 3, tak nak susahkan mak atau mak mertua kan jadi ni mungkin pilihan terbaik.
ReplyDeleteBestnya ada pakej macam ni. Masa kinah bersalin anak pertama dulu, takde lagi rasanya pakej2 macam ni. In sha Allah ada rezeki anak kedua nanti boleh cuba pakej ni. Harganya pun not bad.
ReplyDeleteBaguslah ada pakej macam ni.. untuk yang berpantang sendiri tu, boleh ambil pakej ni kan.
ReplyDeleteTB bersalin CZER.. tak dapat nak buat lagi semua tu masa lepas habis pantang.. kalau buat semua ni sekarang boleh ke.. anak dah 1y 3m .. bertangas, segkak Peranakan, sengkak punggung, sengkak vagina/pulih dara (Perapat) dan urutan aromatherapy. sesuai tak buat sekarang .. ke dah terlambat.. huhuhu
ReplyDeleteMudah sekarang ni kak. Yang berpantang sendiri pun dah takde masalah nak susah masak.
ReplyDeleteSenang je sekarang kan...pantang sendiri pun ok sebab ada pakej mcm ni
ReplyDeleteThe confinement package looks good and price is reasonable. Will share with my friends. Thanks for sharing.
ReplyDeleteDah mudah sekarang ibu lepas bersalin yer. Banyak sangat pakej mengurut dan tak perlu nak susah payah cari sampai ke kampung kan.
ReplyDeletenever have this experience yet but of course gonna be a good tips for me in future
ReplyDeleteRacheal
Menarik pakej berpantang tu. . Bolehlah bg tau kat adik ipar nanti. ..
ReplyDeleteMasakan berpantang tu. . Ya Allah orang tak pantang pon.. Nak makan nampak. Sedap menu dia.
Bagus pakej ni ya Fiza, siap mandi bayi dan masak kan sekali, manja betul ibu2 ni hihi. Actually pakej camni memang sesuai untuk yang tak dapat balik berpantang kat kampung kan Fiza, especially first time mom kan .
ReplyDeleteDulu time akak tak ada pun servis camni kan, ya lah dah 30 tahun berlalu huhu
Jom kita mulakan Affiliate Marketing Program untuk tambah pendapatan
mudah zaman sekarang ni...sediakan fulus sahaja ..huhuu , tapi kalau berbaloi apa salahnya kan..
ReplyDeleteSedapnya lauk berpantang depa. Rasa macam nak beranak lagi ja tengok lauk2 tu. Kena kerja keras sikit dulu kumpul ongkos. In shaa allah ada rezeki bolehlah amik servis ni.
ReplyDeletewah...bagus ni..dulu pun ade jgk amik pakej mcm ni tp 2500 utk 14 hari..ni agak murah la..blh la nnt 2nd baby guna servis akak ni
ReplyDeleteBestnya ada pakej berpantang macam ni...sis dulu cari tukang urut je, itupun kena drive sendiri pergi kat tempat mereka. Makanan berpantang pulak masak sendiri je..huhuhu
ReplyDeletewah
ReplyDeletesekarang semua pakej ada
bagus2
makin mudah :)
Wah lengkap pakej ni. Senang la mak-mak zaman sekarang yang baru bersalin kan. Ini kena masukkan dlm list gak lah hehe
ReplyDeletemurah ni. dulu ida ambil confinement lady untuk seminggu nak dekat 2k.
ReplyDeletebagus juga ada macam ni. senang untuk ibu2 nk berpantang kalau jauh dari penjaga
ReplyDeleteXperlu susah2 sekarang.. boleh cr pakej dlm pantang semua dihujung jari. Nnt next mengandung bersalin leh nak guna service ni
ReplyDelete