Kulit Bermasalah? Jom Buat Treatment Di Dr Medispa & Wellness
Thursday, February 15, 2018
Kulit Bermasalah? Jom Buat Treatment Di Dr Medispa & Wellness | Bila last korang buat facial? Ni nak share dengan korang tempat paling best kalau nak buat facial. Perkhidmatan yang disediakan bukan setakat facial treatment jer tau, ada juga disediakan pregnancy massage, foot scrub & massage, weight loss treatment dan macam-macam lagi lah. Korang boleh dapatkan treatment ni di Dr Medispa & Wellness yang terletak di Jalan Reko, Kajang. Tak susah pon nak cari tempat ni sebab dekat dengan Econsave jer. Terletak dekat shop lot kedai. Kalau nampak KK Mart, atas tu (tingkat 1) lah Dr Medispa & Wellness.
Kulit Bermasalah? Jom Buat Treatment Di Dr Medispa & Wellness
Sekarang ni kan, bukan perempuan jer yang mementingkan penjagaan wajah, lelaki juga tak terkecuali tau. Ingat perempuan jer nak kulit yang cantik berseri dan licin? Orang lelaki pon nak jugak. Jangan terkejut kalau lelaki pon dah ramai yang buat facial treatment untuk merawat kulit yang bermasalah. Untuk penjagaan kulit muka ni kan, bukan sesuatu yang mudah tau. Kena cari produk pencuci yang sesuai dengan kulit muka. Selain daripada itu, korang kena rajin buat facial jugak yer.
Kalau korang nak tahu, Dr Medispa & Wellness ni milik seorang Doctor tau. Bukan sembarangan orang yer. Doctor pakar dalam bidang O&G tapi berpengalaman dalam Aesthetic iaitu Dr. Azirawaty Tadzri. Last month aku ada appointment dengan Dr Medispa & Wellness ni. Tapi facial treatment ni bukan untuk aku. Tapi khas untuk husband. Treatment yang disarankan adalah Hydradermabrasion Facial @ Hydra Facial dimana setiap rawatan adalah "personalized" untuk keperluan kulit setiap customer. Rawatan akan dibuat oleh Doctor sendiri. Tapi haritu Doctor ada urusan. Jadinya pembantu doctor yang buat.
Macam Mana Rawatan Hydra Facial Dibuat
Ada beberapa steps yang diorang buat. Masa rawatan juga bukan sekejap-sekejap yer. Ambil masa dalam satu jam setengah jugak lah. Memang sangat berbaloi dan puas hati. Boleh refer gambar kat bawah ni step by step untuk rawatan Hydra facial:
Untuk step pertama, muka akan dibersihkan terlebih dahulu. Sambil bersih sambil urut gittew.
Lepas dah bersihkan tu, muka akan ditonyoh dengan berus tu pulak. Bukan sebarang berus yer. Itu berus khas untuk rawatan muka.
Dah selesai ditonyoh dengan berus, muka akan disapu dengan masker khas untuk rawatan ni dan akan diwapkan dengan air sejuk yang mengandungi serum. Bila muka jadi lembap, ruang pori akan terbuka dan serum akan menyerap sekali.
Part ni yang paling best, picit whitehead dan blackhead. Memandangkan mesin sedut ada problem. Jadinya pakai alat manual jer lah. Berair mata dibuatnya.
Lepas tu barulah start Hydradermabrasion @ hydra facial dimana ia menggunakan alatan khas untuk masukkan lagi serum dalam kulit muka. Memang banyak lah serum yang dimasukkan tu.
Selesai Hydra facial, sejenis gel akan disapu. Katanya untuk tutup pori.
Dan muka akan diurut dengan mesin ni sampai gel tu meresap masuk dalam kulit muka tu.
Step terakhir, korang akan dipakaikan dengan mask Omega LED light therapy ni untuk meningkatkan sel kulit.
Overall... Memang aku puas hati dengan cara rawatan dekat Dr Medispa & Wellness walapon bukan aku yang buat rawatan. Memang nampak perbezaan sebelum dan selepas rawatan. Sebelum rawatan, kulit muka husband nampak kusam dan sedikit kasar. Lepas buat rawatan, kulit muka nampak lebih sihat, flawless, lembut dan tegang. Harga rawatan pon sangat affordable. Korang boleh tengok list nih.
Nampak tak? Macam-macam treatment yang disediakan. Korang pilih jer nak treatment yang mana. Yang pasti, korang akan dapat rawatan dari doctor sendiri kecuali kalau doctor ada hal. Yang best dengan Dr Medispa & Welness ni kan, korang akan rasa macam dekat rumah jer. Sebab dekorasi dia yang simple dan menarik. Tenang jer bila duduk dalam tu. Tempat pon bersih tau. Dan korang akan dihidangkan dengan air selepas buat rawatan. Best kan.
Kalau korang sedang mengalami masalah kulit atau sedang mencari tempat facial yang affordable price atau nak hadiahkan girlfriend/boyfriend untuk buat facial treatment ni, korang boleh call Dr Medispa & Wellness ni dan buat appointment. Kena call dulu tau. Jangan main terjah jer yer. Memang highly recommended. Ni detail nya:
Facebook
Instagram
DR MEDISPA & WELLNESS
No 6-1, Jalan Reko Sentral 6
Reko Sentral, Jalan Reko
Kajang, Selangor
Dr Azira: 016-937 7392 / 013-770 6708
18 komen
uitt..seronoknya bila muka diulit, diurut2 gitu...
ReplyDeleteTerbaek.. :)
ReplyDeleteJemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. Dr Amalina Bakri Dedah 4 'Rahsia' Mudah Untuk Fasih Berbahasa Inggeris
2. Minyak Gonggang Giveaway By Pokcikblogger
Bestnya.. rawatannya pun nampak teliti dan lengkap. Tempat pun selesa dan cantik. Bagus buat treatment muka mcm ni sbb kulit muka mmg selalu terdedah dgn pelbagai pencemaran juga. Penjagaan kulit muka mmg penting agar muka nampak sentiasa segar.
ReplyDeletewah... lama tak manjakan kulit muka nanti bolehlah cuba di sini pula! cuma agak jauh pula lokasinya. hihi. Apapun terima kasih atas cadangan ni!
ReplyDeleteTudiaa.....En Hubby jadi model tu..untung en hubby Fiza dapat baut rawatan...best oii sesekali orang belek telek muka kita kan..terlelap2 dibuatnya
ReplyDeletei dah pernah buat rawatan muka di sini, dermapen, memang berdarah berdarah.. nak healing pun dalam masa 1 minggu tapi boleh nampak liang pori tak sebesar macam dulu.. nanti nak kena pergi lagi repair balik masalah lubang lubang ni
ReplyDeleteBestnya kalau dapat rawatan dekat Medispa & Wellness. Mesti wajah fresh selepas treatment :D
ReplyDeletetengok facial buang blackhead dan whitehead terasa nak cuba juga buat treatment dengan Dr Medispa and Wellness.. tengok harga sangat affordable
ReplyDeleteWahhh teringinnya nak buat rawatan sebegini. Harga pon boleh tahan berpatutan. Boleh lah cuba nanti
ReplyDeleteAduhh..part facial yg kena picit whitehead/blackhead tu paling tak tahan. Tambah2 guna manual.. I know the feel.. Haha.. Bertabah la cik abg fiza..
ReplyDeleteWah makin cantik la kulit selepas buat treatment kat sini.
ReplyDeleteSebelum ni pun banyak saya nampak kenkawan yang buat treatment kt sini. Mesti best kan sebab tu orang keep datang.
Amboi bestnya suami akak buat rawatan muka di medispa.nak try jugaklah buat rawatan yg sama nanti di medispa.harga ok x kak?
ReplyDeletemenarik rawatan wajah ni yang dilakukan oleh doktor berpengalaman. tak perlu ragu-ragu lagi dengan servisnya. tempatnya pun kemas dan bersih, patut cuba ni.
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Dah lama sangat tak buat facial. Bestnya kalau dapat pamper muka macam ni. Dulu selalu buat masa muka teruk berjerawat. Sekarang laki pompuan memang kena jaga muka. Tipulah kalau tak ada beza kalau dah cantik tampan dari biasa kan. Harap dapatlah tajaan macam ni lepas ni. Hehe.
ReplyDeletePenjagaan kulit sekarang bukan sahaja untuk wanite je sekarang, lelaki pun perlu jaga. Sebab banyak faktor yg kita kena jaga kulit muka skrg ni. Baguslah spa ni. Dekorasi pun nampak cantik dan bersih.
ReplyDeletewww.liahasty.com
I have not been to this clinic before, the facilities look good too. Will check it out.
ReplyDeleteThis is so interesting and heard a lot about medispa. After Chinese New year I wanna give this a visit to get my clean face back.
ReplyDeleteRacheal
Dulu time zaman kerja TB suka gak memanjakan wajah ni dengan pergi ke spa.. tapi sejak dah kawen ni.. kelaut.. hahaha.. lama giler tak buat facial muka atau ke spa.. teringin pulak bila baca review Medi Spa ni..
ReplyDelete