Jalan-Jalan Ke Zoo Melaka

Thursday, January 11, 2018

Jalan-Jalan Ke Zoo Melaka | Ni kisah tahun lepas. Macam dah lama jer kan tahun lepas tu. Pada hal bulan December haritu jer… Ngeee… Tak sempat nak buat entry last year. Jadi nya... marilah kita abadikan kisah jalan-jalan ke Zoo Melaka yang tak seberapa ni. Actually tak expect pon nak ke sini. Kesian pulak tengok anak-anak. Cuti sekolah tak pergi mana-mana pon. Dah lah cuti sekolah tu aku tak hantar Qahirah dekat tempat transit. Qhalif pon aku tak hantar daycare PASTI. Diorang duduk rumah dengan Abang Kimi. Alhamdulillah… Pandai masing-masing jaga diri even umur baru 10, 7 and 5 tahun. Pandai Abang Kimi jaga adik-adik. 


Since semua duduk rumah time cuti sekolah haritu, aku kena masak lebih dari biasa untuk makan tengah hari diorang dan juga makan malam kami. Malas nak masak banyak kali. Kalau lauk habis malam tu, pagi-pagi aku dah bersilat kat dapur sambil sediakan breakfast. Kalau aku malas, order kedai jer lah. Kalau korang nak tahu, bebudak ni time cuti sekolah nafsu makan diorang lain macam. Jadinya… Kau kena sediakan makanan lebih. Ok… Macam nak tersasar jer cerita aku  ni. Kita back to the story balik.

Seronok jer tengok orang lain pergi cuti-cuti Malaysia. Kita ni mereput jer lah kat rumah. Anak-anak lagi lah kesian sebab hari-hari duduk rumah. Aku ni at least weekend jer lah yang terperap. Hubs pon sibuk dengan kerja and standby nya. Aku nak bawak anak-anak jalan-jalan pergi mall, memang kena fikir banyak kali. Rasa macam tak sanggup nak tanggung risiko. Dengan anak-anak yang boleh tahan melasak. Cukup lah sekali aku bawak anak-anak pergi event tanpa hubs. Semput dibuatnya. Jadi… Duduk jer lah kat rumah tunggu abah diorang free.

Jalan-Jalan Ke Zoo Melaka


Kebetulan ada dapat invitation dari Zoo Melaka. Hurrmmm… Menarik jugak. Usul dekat hubs. Dia kata ok. Nak pilih Tarikh pon susah. Orang sibuk kata kan. Ingat nak pergi hari cuti Christmas tu. Tapi mesti mengundang bencana kalau pergi Tarikh tu sebab mesti ramai orang dan jalan pon sesak. Last-last kitorang pergi 28/12. Bila dah confirm Tarikh tu, email lah dengan person in charge zoo melaka tu. Tak reply. Bila dah beberapa hari senyap, aku pon whatsapp nak confirm kan kedatangan. Tapi kan….


Boleh dia cakap jemputan dah terhad. Kau rasa? Dalam email tak ada di beritahu kena booking siap-siap Tarikh. Tak ada dia sebut jemputan adalah terhad. Just bagitau diorang kau nak pergi date bila dan berapa orang. Kalau diorang bagitahu awal-awal, boleh aku lock terus date. Kan dah menyusahkan. Kau dengan hubs dah ambil cuti. Anak-anak pon dah excited nak pergi Zoo Melaka. Hari-hari berzikir bila nak pergi. Tak kan kau nak cancel sebab miscommunication dari pihak diorang kan. 

Nak tak nak… Proceed jer lah by your own cost. Buat person in charge tu. Next time biar jelas info nya. Inform yang invitation adalah terhad. Inform jugak kena book date awal-awal. Korang kalau dapat invitation untuk ke Zoo Melaka, sila pastikan betul-betul. Jangan jadi macam aku. Cakap tak serupa bikin. Nasib cost nak masuk Zoo Melaka tak sama macam Zoo Negara. Kalau tak mau gigil tangan nak bayar untuk 5 kepala kan. Erkkkkk… Panjang betul mukadimah ni. Belum citer pasal masuk zoo lagi.

Abaikan muka masing-masing yang kepenatan. Dah balik baru nak bergambar kat signage ni ☺

Ok… Hari yang dijanjikan. Pukul 8.00 pagi kami dah bertolak sebab nak singgah Seremban dulu. Ada urusan. Kisah ni biar aku simpan dulu sebab ianya berkait rapat dengan my wishlist… Alhamdulillah… Ok, sambung balik. Perjalanan memang smooth. Jalan pon tak sesak sebab weekdays kan. Sampai Zoo Melaka dalam pukul 11.00 lebih macam tu. Orang pon boleh tahan ramai jugak. Cuaca jangan cakaplah… Panas berdeting.

Sampai-sampai aku terus tuju dekat kaunter tiket sebelum orang beratur Panjang. Harga tiket untuk Dewasa RM17.80 manakala untuk kanak-kanak pulak RM7.10. jadinya… Total untuk kami anak beranak (2 Adults & 3 Kids) adalah RM56.90. Berjalanlah kami anak beranak sambil menikmati permandangan haiwan-haiwan dan hidupan liar dalam tu. Harraz duduk diam-diam dalam stroller. 
Sado kau bang. Sorry lah. Ibu salah beli saiz baju ☺☺

Dari satu kandang ke kendang yang lain. Penat berjalan, kita berhenti rehat. Lepas tu sambung lagi. Makanan dalam zoo kau faham-fahamlah kan. Luar biasa harganya. Nasib kami dah beli air siap-siap kat luar.  Seronok anak-anak dapat tengok kawan-kawan diorang dalam tu… ekekeke… Yang hairannya, macam tak penat diorang berjalan. Tinggi betul energy and stamina anak-anak ni kan. MakPak dia dah pancit kepenatan. Berpeluh-peluh dibuatnya. Memang exercise betul lah kalau pergi Zoo ni. Boleh hilang lemak-lemak dan berat tersembunyi kalau berjalan jauh macam ni. 

Kerna terpaksa bergambar sebab ibu suruh ☺☺

Budak sempoi. Suruh pakai kasut tapi tak nak.

Kitorang lepak jalan-jalan dalam zoo tak lama pon. Dalam 2 jam lebih macam tu. Bergambar pon tak berapa sangat. Biasalah anak-anak… Tak mesra camera macam anak korang. Kau yang over suruh anak posing. Anak buat selamba jer… ppffttt… Lagi pon cuaca pon panas berdeting. Nak bergambar pon tak ada mood. Dah selesai melawat kawasan, kami pon bergerak balik. Awan kelabu pon dah mula berarak menandakan hari akan hujan.

Ni yang paling sadis. Sampai dekat kereta terselit surat cinta dari Majlis Bandaraya Melaka. Kitorang kena saman sebab tak bayar parking. Ingat kan free. Rupanya berbayar. Tak perasan ada kaunter tiket parking dekat pintu masuk Zoo Melaka tu. Orang yang memantau pon tak ada. Tu yang ingat kan free. Maklumlah… Pertama kali pergi Zoo Melaka kan. Yang nak pergi Zoo Melaka nanti, sila bayar parking dulu yerp. Nasib saman parking tak banyak. RM30.00 jer. Tapi bayar RM10.00 sebab dapat diskaun.

Sekian kisah pengembaraan kami anak beranak ke Zoo Melaka sambil kena saman… hahahaha… Pergi Melaka balik hari jer. Tak menginap dekat mana-mana hotel pon. Makan-makan dan Jalan-jalan kejap area Melaka lepas tu terus balik. Yang penting… Anak-anak happy sebab dapat jalan-jalan. 

Note: Terima kasih sebab sudi baca. Bukan main Panjang cerita. Begitu lah bila jari jemari mula menaip sambil idea mengarang datang dengan jayanya… ngeeee…


You Might Also Like

18 komen

  1. Eh murah lah tiket. Hari tu ke Melaka tak menyinggah pun sebab ramai sangat orangnya

    ReplyDelete
  2. hehehe jue pun tak pergi yg invitation zoo melaka tu..

    ReplyDelete
  3. kali pertama dkna p zoo melaka, rasanya dah 15 tahun lepas ...hahahhaa

    ReplyDelete
  4. owh.. patutnya pihak mereka kena beritahu awal2 secara terperinci tentang jemputan tu kan. best tak zoo tu? banyak haiwan?

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  5. one day nak bawak juga lah si kecik gi Zoo Negara.. abi dia lihat secara live haiwan-haiwan yang selalu dia tengok di TV.. hehehe

    ReplyDelete
  6. tahun lepas ada gak bawa anak-anak ke Zoo Melaka. Boleh tahan gak luasnya. Berpeluh lencun nak pusing habis satu zoo, nak beramah-mesra dgn binatang-binatang lagi..

    ReplyDelete
  7. Begitu pula ceritanya. Kalau kena kat saya pun saya hangin. Dah lama juga tak pergi tengok binatang di Zoo. Zoo Negara yang di KL ni pun tak pernah pegi lagi. Pergi pun masa tadika. Pernah juga ke Zoo Melaka, seronok juga disana. Seronoklah bawak hero semua berjalan2. Nampak hero semua tu kan? Hehe

    ReplyDelete
  8. Lamanya tak pergi zoo negara ni . Lupa dh bila last pergi sana ..

    ReplyDelete
  9. Dah dekat 20 tahun tak pergi Zoo Melaka. Nnt nak bawa anak2 jenjalan melaka la

    ReplyDelete
  10. Banyak x binatang kt sna? Ena bru pegi zoo johor tp binatang xde sgt.huhu.ingat next time nk pegi zoo melaka pulak.

    ReplyDelete
  11. time baby je dulu pergi.. hahaha.. time tu mana kita tahu apa-apa kan.. lepas tu dah tak pernah pergi zoo da..

    ReplyDelete
  12. Alamak. Kesian sebab dapat info yang tak betul pasal invitation kan. Paling sadis adalah lepas dapat saman plak ye. Yang penting gembira je la ye kan

    ReplyDelete
  13. Last pergi zoo Melaka masa anak anak kecik lg.. Penat berjalan tau..

    ReplyDelete
  14. wahh i think i have only been there once when i studied in malacca!

    ReplyDelete
  15. memang parking situ kena guna tiket mphtj.
    kami org melaka pun rasa bengong, tempat pelancongan ada kena guna tiket!!!
    baru lagi tu. dulu time aida gi, masih free parking situ.
    sungguh la tak friendly pelancong kan.
    ntah ntah tu lubuk mphtj dpt kan duit kompaun parking, fiza hu hu hu...

    ReplyDelete
  16. haritu dapat invitation untuk masuk sefamily, tapi bukan rezeki lagi untuk singgah ke melaka lagi lagipun kakak i pun dah stay melaka dah dia dah tinggal dekat jelebu

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive