Bio-Oil® Kini Tampil Dengan Wajah Baru
Tuesday, January 09, 2018
Bio-Oil® Kini Tampil Dengan Wajah Baru | Siapa yang tak kenal dengan produk Bio-Oil® kan. Pakar dalam penjagaan kulit yang disayangi ramai. Selepas kehadirannya selama sedekad di Malaysia, minyak pelbagai guna ajaib ini mendedahkan wajah yang lebih segar, kontemporari dalam pembaharuan terkini. Kalau korang nak tahu, Bio-Oil® kini tampil dengan wajah baru.
Bio-Oil® Kini Tampil Dengan Wajah Baru
Produk ini sangat disukai ramai kerana keberkesanannya dan merupakan produk No. 1 untuk merawat kesan parut dan regangan kulit di lebih 24 buah negara termasuk Malaysia (Nielsen, 2016), UK, Australia dan New Zealand. Bio-Oil® mempunyai campuran vitamin A & E dan minyak tumbuhan semulajadi seperti lavender, kalendula, rosemary dan kamomil, bersama dengan ramuan unggul PurCellin Oil™ yang membolehkan ramuan aktif diserap ke dalam kulit dengan sempurna tanpa meninggalkan kesan berminyak.
Dengan mengekalkan ciri-ciri keunikan warna putih dan oren Bio-Oil®, kini peknya disertai pula dengan maklumat ringkas mengenai manfaatnya di atas kotak. Sebagai satu produk yang dikenali ramai dan mendapat sambutan hangat dengan testimoni menakjubkan, Bio-Oil® tetap mengekalkan konsep dan strategi pembungkusan unik dengan mengamalkan rupa wajah yang segar dan bersih. Kecemerlangan reka bentuk baharu ini menonjolkan keanggunan dan tarikan baru kepada pengguna.
Pengguna boleh terus yakin dengan formulasi Bio-Oil® seperti mana yang dipercayai mereka selama bertahun kerana pembaharuan wajah Bio-Oil® hanya tertakluk kepada pembungkusan sahaja. Rumusan yang telah memenangi anugerah ini dihasilkan dan diedarkan ke seluruh dunia oleh Union-Swiss yang berpengkalan di Cape Town, Afrika Selatan. Ia diuji secara klinikal dan terbukti berkesan untuk mengurangkan penampilan kesan parut, regangan kulit dan tona kulit tidak sekata di bahagian muka serta badan. Selain itu, Bio-Oil® juga sangat berkesan dalam menangani pelbagai masalah kulit seperti penuaan dan kulit kering.
Keberkesanan Bio-Oil® bukan hanya sekadar untuk masalah kulit tetapi telah diuji dan terbukti sesuai digunakan untuk kulit sensitif, hypoallergenik (tidak menyebabkan alahan) dan tidak-aknegenik (tidak menyebabkan jerawat). Ia juga selamat digunakan oleh wanita hamil yang menghadapi masalah kulit semasa kehamilan seperti kesan regangan kulit, pigmentasi dan lain-lain lagi.
Pendedahan wajah baru ini amat penting bagi Bio-Oil® untuk terus kekal relevan di pasaran dan kami sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik kepada pengguna setia kami. Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang telah diberi dalam sedekad yang lalu dan memberi jaminan bahawa Bio-Oil® akan terus menerajui industri ini seperti tahun-tahun yang lalu, "kata Low Hooi Wan, Pengurus Unit Perniagaan Bio-Oil®.
Bio-Oil® kini boleh didapati di semua farmasi berdekatan dan kedai penjagaan diri di seluruh negara dalam saiz 60ml (RM 34.95), 125ml (RM 58.25) dan 200ml (RM 79.45). Untuk maklumat lanjut, sila layari bio-oil.com
20 komen
Macam pernah beli bio-oil ni untuk hilangkan parut..tapi tak konsisten sgt..so tak dpt la hasilnya...
ReplyDeleteWahhh dah berwajah baru.. Pernah tengok taw bio oil untuk hilangkan parut belum menyempat nk g shopping lupa sokmo hihihihi..
ReplyDeleteByk jgk baca info dan feedback ramai yang puas hati guna produk ni.. Harga murah dan senang nak cari..
ReplyDeleteComel je packaging baru dia kan. Ramai dah yang pakai Bio-Oil dan semuanya bagi positive feedbacks too.
ReplyDeleteAna satu family dah lama pakai bio oil ni especially dkt kawasan kulit kering. Tak berminyak dan boleh bantu pudar kan parut luka. Best sgt
ReplyDeletedulu zaman belajar emi guna bio oil. Lepastu tak guna dah sebab emi kurang suka sapu minyak kat kulit. Rasa rimas. Sebab tu parut payah nak hilang, hahahha
ReplyDeleteDulu saya pernah gunakan Bio oil ni memang melembutkan dan menegangkan kulit tengok botol baru tu lebih nampak macam banyak lak kuantitinya hehehehhe ohhh ada banyak saiz...
ReplyDeleteWow menarik tgok packaging baru dia. Bio oil nie mmg best dan berkesan. Mungkin agak slow utk dpt keberkesanan itu tp insyaAllah mmg ia betul2 berkesan dlm mengurangkan parut.
ReplyDeleteBio oil mmg guna sejak azali n kesan pd kulit sgt baik
ReplyDeleteBio Oil memang jenama yang dah dikenali dan memang berkesan untuk hilang parut sebab adik Kak Sue memang ada pakai..
ReplyDeleteCantiknya packaging baru. Dulu masa sekolah selalku guna. Skrang pun guna tapi jarang2 taw.
ReplyDeletehaha yes, even got scar also can use bio oil.. good to know kulit sensitive also can use cause i think my skin quite sensitive, easily got rashes.
ReplyDeleteYourFinanceDoctor
Sy memang nak beli bio oil ni kak fiza. Memg bagus kan
ReplyDeleteha a.. TB ada tengok Bio Oil ni baru-baru ni kat farmasi.. memang dia punya botol bercorak lain pulak.. TB pernah pakai dulu.. memang ada kesan hilangkan parut.. kalau utnuk ibu mengandung.. sapu kat perut untuk elak perut merekah
ReplyDeleteTak pernah lagi cuba Bio Oil ni...ramai kata bagus, nak cuba jugak lah nanti...nak suh anak dara pakai
ReplyDeletebio oil mmg best. pakai sejak anak no 5 lagi
ReplyDeleteThanks for sharing, just reminded me I need to get myself a bottle for my pregnanacy.
ReplyDeleteNmpak menarik packaging baru ni.
ReplyDeleteIngredients dalam bio oil ni semua best2 ni.
Bio Oil ni memang bagus digunakan untuk kulit kering dan terutamanya bagi strecth mark. Jenama yang boleh dipercayai.
ReplyDeleteThe new packaging look more clean and simple. I using bio oil too.
ReplyDelete