7 Perkara Yang Perlu Anda Ambil Tahu Sebelum Membeli Rumah | Amboiii... Tajuk kemain lagi kan. Saja nak sharing apa yang aku pernah lalui. Ni berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku masa nak beli rumah dulu. Ada dua pengalaman di mana pengalaman nak membeli rumah pertama gagal. Dan pengalaman nak membeli rumah kedua pulak banyak cabaran dan dugaannya. Boleh baca kat [SINI] kalau nak tahu sebabnya. Bermula dari pengalaman-pengalaman inilah yang buat aku tesedar. Bukan mudah nak membeli sebuah rumah dan bukan mudah untuk memiliki sebuah aset tanpa kita ambil tahu keperluan sebelum membeli rumah.
Untuk yang masih bujang, daripada korang beli kereta mahal-mahal, lebih baik beli sebuah rumah. Dah kawin nanti senang. Wife cuci kaki jer masuk rumah... Erkkk... Hahaha... Untuk yang dah berkahwin, buat perancangan. Jenis rumah yang macam mana yang sesuai mengikut pendapatan suami dam isteri. Orang kata ikut budget bulanan lah. Jangan alah membeli menang memakai. Sakit nak bayar bulan-bulan nanti. Di sini aku senaraikan beberapa perkara yang perlu korang ambil tahu sebelum membeli sebuah rumah.
7 Perkara Yang Perlu Anda Ambil Tahu Sebelum Membeli Rumah
Check status ni maksud aku, korang check nama korang dekat Bank sama ada blacklisted atau tak. Bila kita tahu status kita, permohonan jadi smooth dan senang. Bila kita tak tahu status kita tu blacklisted, memang payah lah nak buat loan. Bila kita dah tahu, at least kita boleh ambil langkah seterusnya. Apa lagi kalau bukan selesaikan dulu hutang piutang supaya urusan di kemudian hari di permudahkan.
Kalau korang ada buat loan kereta, personal loan atau credit card, monthly payment tu biarlah cantik. Jangan ada delay. Kalau autodebit tak apa. Sebab bulan-bulan dah auto tolak dari account. Jadi payment tu nampak cantik. Kalau korang prefer bayar online atau ke bank, pastikan tak ada delay. Ini pon bank akan tengok. Pengalaman aku masa nak beli rumah pertama dulu. Sebabkan isu ni loan susah nak lulus.
Kalau korang nak tahu, pihak bank akan check record CCRIS atau CTOS. Apa yang dimaksudkan dengan CCRIS? Ok... CCRIS (Central Credit Reference Information System) ialah rekod yang diselia oleh Bank Negara Malaysia dimana ia mengawasi corak pembayaran pinjaman korang termasuklah butiran bank pinjaman dengan setiap institusi kewangan di Malaysia dan rekod pembayaran pinjaman 12 bulan yang lepas termasuk tunggakan.
Manakala CTOS pula ialah kad laporan kredit korang. Terdapat juga syarikat lain seperti RAMCI (RAM Credit Information) yang menyediakan informasi yang sama. Sebarang kegagalan untuk membayar balik pinjaman, bil utiliti ataupun bil telefon, serta apa-apa tindakan litigasi terhadap korang termasuklah status bankrap akan tersenarai dalam laporan CTOS atau RAMCI. Kalau korang ada rekod CCRIS atau CTOS ni, ia akan mengurangkan peluang korang untuk mendapatkan pinjaman. Boleh baca kat [SINI] kalau nak tahu lebih lanjut.
Bila dah confirm nama tak ada blacklisted, hutang-hutang yang delay tu dah bayar dan monthly payment nampak cantik, boleh lah korang house hunting. Macam kami dulu, siap ambil cuti demi nak mencari sebuah rumah. Maklumlah... Lepas kahwin duduk dengan mak kan. Sampai bila? Kena lah cari aset sendiri jugak kan. Nak beli rumah teres atau apartment? Bergantung pada kemampuan korang.
Merata jugak lah house hunting. Asal ada banner pasal rumah, kami amik contact. Siap pergi showroom bagai sebab nak tahu project dan nak tengok rumah contoh. Tapi masa tu target kami nak cari rumah apartment yang mampu milik jer. Itu jer yang mampu masa tu sebab tengok gaji jugak kan. Alhamdulillah... Dapat dekat Bangi. Hubs house hunting naik motor sampai ke Bangi. Jumpa apartment yang affordable dengan keluasan yang agak besar. Memang rezeki kami lepas kegagalan rumah pertama dulu.

Nak cari rumah, kena tengok lokasi jugak. Kawasan tu sesak ker tidak? Jarak perjalanan dari tempat kerja ke lokasi rumah yang korang tengah survey tu jauh ker dekat? Kalau dekat, baguslah. Kalau jauh, macam tak berbaloi pulak rasanya. Sebab minyak lagi kan. Belum masuk tol lagi (kalau ada). Banyak duit nak kena keluar tu. Penat pon iyer jugak. Kalau dah jauh dari tempat kerja, dah tentu kena keluar awal dari biasa kan.
Katakan korang kerja dekat area bangsar. Cari rumah dekat seremban. Memang hazab lah. Dengan jalan sesak lagi kan dekat area bangsar tu. Tapi kalau korang dah berkenan dengan lokasi dan rumah tu serta sanggup hadap semuanya, proceed jer lah. Nanti boleh cari kerja dekat area rumah yang korang beli tu.. ngeeee... Tapi ramai jer yang duduk luar KL tapi kerja dekat KL. Yang duduk seremban, kerja dekat Putrajaya. Betul tak.
Yang ini pon penting jugak. Kalau nak cari rumah, kena cari persekitaran yang kalau boleh kawasan tu tak ada lah sunyi sangat. Melainkan kalau korang sejenis yang suka privacy. Macam aku suka kawasan yang agak meriah. Bukan meriah apa, meriah kalau ramai yang duduk kawasan tu. Kawasan yang dikelilingi perumahan. Kalau sunyi sangat rasa tak best. Nak keluar malam pon takut sebab sunyi sepi kan.
Kalau korang mencari rumah teres, tengok jugak kawasannya macam mana. Senang naik air tak. Atau kawasan tu jenis rendah dan senang banjir. Penting tau. Macam aku rumah apartment. Tak risau kalau air naik... hehehe... Tapi kawasan tu bukan kawasan banjir. Lepas tu, facilities banyak. Yang ni kena tengok jugak tau. Make sure kawasan perumahan yang korang nak beli tu dekat dengan sekolah kebangsaan/agama rendah/menengah. Nursery dan tadika pon senang nak cari. Ada kedai runcit/serbanika. Facilities untuk transport pon senang nak dapat. Kalau dapat kawasan yang dekat dengan Komuter atau LRT pon best.
Korang kena check status rumah yang korang nak beli ni Feehold atau leasehold. Apa maksud Freehold dan Leasehold? Ok... Freehold ni bermaksud pegangan bebas untuk tempoh selama-lamanya di mana pemilik tanah pegangan bebas memiliki tanah tersebut selamanya tanpa tertakluk kepada tanah tersebut kembali semula kepada hak milik kerajaan selepas sesuatu tempoh tertentu (kecuali melalui pegambilan balik tanah oleh kerajaan).
Leasehold pula bermaksud pajakan ke atas hartanah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan. Biasanya tempoh pajakan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri / Pejabat Tanah adalah untuk 99-tahun. Tapi kan, apa akan jadi lepas tempoh pajakan tamat? Haaaa... korang kena memperbaharui atau memanjangkan tempoh pajakan tersebut dengan membayar sejumlah premium mengikut kadaran nilai tanah semasa. Kalau korang nak tahu, bila dah tamat tempoh pajakan, tanah tersebut akan kembali menjadi hakmilik negeri. Nak tau detail, boleh baca dekat [SINI]
Jadi... Korang pilih Freehold atau Leasehold? The choice is yours ☺
6) Status Hartanah

7) Siapa Developer
Korang kalau nak beli rumah kena tengok jugak siapa pemajunya. Tengok project apa yang pemaju pernah buat. Kalau pemaju yang dah ada nama macam Sime Darby, Mah Sing, UM Land dan lain-lain, kira ok lah sebab kita dah tahu background diorang macam mana. Tapi kalau pemaju yang korang rasa macam tak berapa familiar, better buat survey. Takut nanti kena tipu. Kang tetiba rumah terbengkalai.
Banyak dah jadi kes macam ni. Kesian dekat pembeli. Tiap-tiap bulan duit tolak bank. Tapi tanda-tanda rumah nak siap tak nampak-nampak lagi. Tapi tak semestinya developer yang berjenama bagus dan developer yang tak ada nama tak bagus. Macam developer untuk rumah yang kami beli ni. Nampak macam biasa jer. Tapi dah banyak projek rumah yang diorang buat. Trans Loyal Development namanya. Memang boleh dipercayai even nama tak se glamour developer lain. Pernah dengar tak... hehehe...
Cukup dah 7 Perkara Yang Perlu Anda Ambil Tahu Sebelum Membeli Rumah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku. Kalau ada lagi, boleh tambah. Apa-apa pon, semua rezeki ini akan kita dapat hanya dengan izinNYA. Kelancaran proses mencari dan membeli rumah juga adalah atas keizinanNYA jugak. Macam kami ni, rezeki dapat beli rumah sendiri selepas 3 tahun kawin. Dah nak masuk 9 tahun dah usia rumah kami.
Buat yang masih tercari-cari rumah, insyaallah... Ada rezeki tu nanti. Cuma cepat atau lambat saja. Ada juga yang lebih suka menyewa dari membeli rumah sendiri. Mungkin mereka ada alasan tersendiri. Tak perlu persoalkan mereka kenapa tak beli rumah. Masalah orang bukan kita tahu kan. Jadinya... Diam adalah lebih baik.
Note: Harga rumah pon dah makin mahal. Baik flat atau pon apartmnet. Rumah teres apatah lagi... hurmmmm...