Resepi Cekodok Pisang Gebu, Lembut Dan Sedap!!!
Tuesday, December 12, 2017
Resepi Cekodok Pisang Gebu, Lembut Dan Sedap!!! | Alaaaaa... Cekodok pisang jer kot. Tak kan tak tahu buat. Itu pon nak kena bagi resepi ker. Haaaa.. Jangan tak tahu. Ada orang yang masih tak tahu macam mana nak goreng cekodok pisang dengan betul dan macam mana nak jadikan cekodok pisang tu gebu, lembut dan sedap. Paling best, cekodok pisang yang kau goreng tu tak lembik dan melekat dalam kuali. Aku lah salah seorang yang gagal buat cekodok pisang... muahahaha... Konon pandai sangat buat. Tak payah lah nak google resepi kan.
Resepi Cekodok Pisang Gebu, Lembut Dan Sedap!!!
Iyer... Pengakuan jujur ni, Dah pernah beberapa kali buat cekodok pisang. Tapi kejadiannya sangat lah menyedihkan. Cekodok kau jadi lembik. Bila goreng dia jadi melekat dekat kuali. Lepas tu bukan main banyak lah cekodok kau tu menyerap minyak. Aku ingatkan senang jer buat cekodok pisang ni. Alaaaa... Setakat buah pisang lepas tu lenyek-lenyek bagi hancur dan tambah gula sikit. Dah siap. Tapi kan... Sebenarnya ada lagi bahan-bahan lain yang kau kena tambah untuk jadikan cekodok pisang kau tu gebu, lembut dan sedap.
Kebetulan dekat rumah ada pisang masak ranum. Nak buat goreng pisang, macam tak sesuai. Jadinya... Kita buat lah cekodok pisang. KAli ni tak nak gagal lagi. Moh lah kita google resepi cekodok pisang yang sedap. Makan terjumpa lah resepi ni. Tapi aku lupa lah dari siapa sebab bila dah jumpa terus screen capture resepi. Mohon halal lah yer tuan/puan punya resepi. Ini resepinya:
Bahan-Bahan
- 8 biji pisang emas
dibawa belayaratau apa jenis pisang yang seduai untuk dibuat cekodok - 3/4 camca teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
- 1 camca besar gula perang
- 1/3 camca besar gula halus
- 1 cawan tepung gandum (Ikut adunan banyak mana. Kalau lembik just tambah tepung)
- 1/4 camca teh garam halus
Cara-Cara
- Lenyek pisang sampai hancur dan campurkan semua bahan-bahan diatas
- Biarkan sekejap bagi adunan sebati dan kembang
- Panaskan minyak
- Dah betul-betul panas, masukkan adunan tadi (suka hati nak pakai tangan atau sudu)
Untuk bahan-bahan tu kan, aku agak-agak jer banyak mana. Tak ikut exactly pon. Pandai-pandai kau lah. Kalau pisang kau banyak, tambah lah bahannya. Kalau sikit, kau kurangkan saja bahannya. Gula halus tu aku tak letak pon. Cuma letak gula perang jer. Pisang tu dah manis. Tambah gula perang pon dah bertambah manis. Kalau tambah lagi gula halus... Mau manis potong kaki. Kalau korang suka manis, dipersila kan. Kalau tak nak manis, gula perang saja dah memadai.
Berdebar-debar woihhh masa goreng cekodok pisang nih. Takut tak jadi lagi. Tapi lepas dah cuba resepi ni. Wahhhhh... Teruja jadinya bila cekodok pisang kau menjadi. Cantik betul kejadiannya. Bulat, gebu, lembut dan sedap sangat. Rasa ketagih nak buat cekodok pisang lagi bila kau dah dapat rentak nya... hehehe...
Note: Balik ni nak cari pisang. nak buat cekodok ☺☺
23 komen
tak pernah guna soda bikarbonat dan baking powder so far. nak try lah nanti. lagi satu kalau nak buat cekodok ana akan guna air panas. cekodok tu akan jadi lembut sgt kak.
ReplyDeletefuh.. cekodok pisang gebu ni kalau makan panas-panas, dok pulak bersantai tepi kolam petang-petang.. adoi.. nikmat sungguh.. terliur dah pun ni.. mana TB nak cari pisnag ni.. nak buat gak cekodok guna resepi yg ni lak.. hahaha
ReplyDeleteSuka cekodok pisang. kalau buat berlumba makan dengan anak. HEE HEE
ReplyDeletePenah try jugak buat cekodok ni tapi tak ingat gebu ke idok..cuma menjadi la..mr hubby tegur sbb golap bonar, dia ingat hangit..sabo je la..haha
ReplyDeletewahhh sedapnya cekodok pisang.. lama tak makan... nanti boleh cuba resepi ni
ReplyDeletenk video pleasee.. hahah lah senang je rupanya nak buat cekodok ni
ReplyDeleteAlaaaa...terus rasa nak makan cekodok pisang panas- panas....kejam entry Fiza
ReplyDeleteBiasanya pisang emas la kan yang sedap buat cekodok. Bila dia dah nak buruk-buruk sikit tu dia jadi makin manis. Saya memang selalu pakai pisang emas je. Kalau pakai pisang lain jadi kelat
ReplyDeleteBaru tahu makanan ini. Kalo libur nanti dicoba kalo udah kumpul semua bahannya :D . Makasih ya resepnya
ReplyDeletehahahaha...Sally tak suka buat cekodok letak baking powder/soda bikarbonat..entah kenapa..rasa macam kelat gituu..tapi selalunya lebihkan je tepung gandum dah ok..eh..sedap pulak nampak..aishhh!
ReplyDeleteLooks delicious and the way to make it is easy. Will try this out.
ReplyDeleteCekodok pisang gebu ni nampak sedap... Bonde dah lama tak buat dirumah, selalu time keja minum petang makan cekodok pisang juga tapi Bonde pggl kuih bom sebab besar...
ReplyDeleteKak Sue sekeluarga suka cekodok pisang, lama dah tak buat cekodok nie..
ReplyDeleteteringin lak nak makan cekodok lepas tengok resepi kak fiza.. cekodok is my favourite.. kat rumah ni memang ada stok pisang.. malas dengan rajin je.. hahaha..
ReplyDeletetak pernah buat cekodok pisang, selalunya kalau makan pun mertua yang masak, tak reti nak ramas tu hahaha. mentua cakap takleh guna sudu, kena guna tangan baru ummphhh. tq share, nanti boleh try, tengok bahan pun senang sangat nak dpt. janji pisang yg dah masak kan?, tak kisah jenis pisang apa pun?
ReplyDeleteyanmieonline.com
Teringin nya lama tak buat tak makan cekodok heheheh bestnya sedap pulak tengok gebu dan lembut tu..
ReplyDeleteOne of my favourite finger food during teatime, didn't know it was that easy to prepare.
ReplyDeleteSo long I did not do Cekodok. I miss the Uni time whereby I have time to cook and make cekodok.
ReplyDeletethanks kak fiza untuk resepi ni, selalu buat cekodok tak jadi bulat dan tak gebus gebas :(
ReplyDeletedah lama tak buat cekodok pisang. Last makan 2 bulan lepas. Teringin plak
ReplyDeleteAkak, cekodok pisang ruby tak membulat pun bila goreng. Kenapa eh??
ReplyDeleteSis buat cekodok pisang ni..sekejap jadi sekjap tak jadik...hahaha.
ReplyDeleteLama dh x buat sendiri..senang beli yg dah siap seketoi dua je kalau tetingin nak makan..
3/4 dgn 1/2 mn lg byk ye
ReplyDelete