Dual Language Program (DLP) Dan Senarai Sekolah Yang Terlibat

Friday, December 27, 2019

Dual Language Program (DLP) Dan Senarai Sekolah Yang Terlibat | Bila sistem pendidikan makin kehadapan sejajar dengan teknologi yang makin maju, maka wujudlah program untuk meningkatknan lagi daya saing anak-anak. Antaranya DualLanguage Programe (DLP). Untuk parents semua, anda pernah dengar Dual Language Program @ DLP tak? Especially untuk parents yang ada anak bakal naik darjah 1 tahun depan. Saya tahu pasal Dual Language Program ini pon masa Qahirah darjah 1 tahun 2017 dulu. Actually Dual Language Program ni sudah diperkenalkan pada tahun 2016 lagi. Tak semua sekolah ada sistem Dual Language Program (DLP) ni. Hanya sekolah-sekolah terpilih sahaja.


Dual Language Program (DLP) Yang Ibu Bapa Perlu Tahu


Saya percaya mesti ada lagi parents yang masih tak familiar atau tak pernah dengar atau tak tahu pon pasal Dual Language Program (DLP) ni kan. Ini sangat penting untuk anda ambil tahu sebab ini untuk masa depan anak-anak. Kalau salah pilih, anak yang akan jadi mangsa sebab program DLP ni bila anda dah join, anda tak boleh suka suki tarik diri dan tak boleh buat separuh jalan. Once dah join, anda kena teruskan sebab program ni sampai sekolah menengah. Saya percaya dalam sesi orientasi akan ada penjelasan berkenaan dengan Dual Language Program (DLP) ni. Sana sini tengah sibuk orientasi anak- anak kan. Sila ambil tahu apa itu Dual Language Program (DLP).

Apa itu Dual Language Program (DLP)


Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) adalah satu program di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ia dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rintis pada tahun 2016 melibatkan 300 buah sekolah. Program DLP memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang layak untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selain daripada bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi. 

Pelaksanaan DLP bertujuan untuk menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris murid melalui peningkatan masa pendedahan kepada bahasa Inggeris secara tidak langsung. Dengan pengukuhan dwibahasa seseorang murid, DLP boleh memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses, penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan.

Kriteria Sekolah DLP


Mempunyai sumber yang mencukupi. Sumber adalah merujuk kepada buku teks, bahan rujukan, bahan bantu mengajar dan lain-lain bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran. Pengetua/Guru Besar/Guru bersedia untuk melaksanakan DLP. Pengetua/Guru Besar perlu mempunyai rancangan jangka panjang dan jangka pendek untuk memastikan bilangan guru dan murid yang mencukupi.

Permintaan dan sokongan daripada ibu bapa. Ibu bapa perlu memberi persetujuan secara bertulis kepada pihak sekolah untuk membolehkan anak mereka mengikuti DLP. PIBG juga perlu bersetuju dan menyokong pelaksanaan DLP.

Jelas dah faham kan maksudnya. Sekolah Qahirah dan Qhalif ada buat Dual Language Program (DLP) ni. Tapi saya tek berapa jelas program ni macam mana sebab abah dia yang pergi masa orientasi dulu. Kebetulan saya ada terbaca pasal program ni dan saya rasa patut share. Jadi... Kalau sekolah anak anda ada program ni, anda boleh nilai sendiri kemampuan anak korang macam mana.

Senarai Nama Sekolah Rendah Dan Menengah Yang Terlibat Dalam Dual Language Program (DLP)

Seperti yang saya cerita kan di atas, tak semua sekolah yang terlibat dengan Dual Language Program (DLP) ni. Ianya hanya melibatkan 300 buah sekolah sahaja. Boleh semak senarai sekolah di bawah ni:

Senarai Sekolah Menengah

Senarai Sekolah Rendah

Bagi pendapat saya, kalau anak anda mahir dan fasih berbahasa Inggeris, boleh jer kalau nak  masukkan program ni. Tapi kalau anak tu tak berapa nak mahir dan tak fasih bahasa Inggeris, anda kena fikir banyak kali. Kesian dekat anak kalau diorang tak dapat nak catch up nanti. Lagi serabut kalau bahasa Iggeris kita pon berterabur dan tak tahu nak ajar anak macam mana. Macam yang saya terangkan kat atas tu. Once anda dah join, anda tak boleh tarik diri.

Lepas tu kan, kalau tiba-tiba nak kena pindah rumah ker kan. Kalau dah join Dual Language Program (DLP) ni, anda kena cari jugak sekolah yang ada program ni. Kalau anak naik naik sekolah menengah pon macam tu jugak. Tak boleh pilih sebarangan sekolah. Kena sekolah yang ada Dual Language Program (DLP) ni jugak. Jangan main-main. Sebab tu kena fikir betul-betul  Ini ada pendapat seorang parents yang anaknya ambil DLP. Baca kat [SINI]

Actually program ni bagus untuk anak-anak mantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris. Tapi kita sebagai parents, patut tahu tahap kemampuan anak kita. Jangan sebab kita nak sangat anak masuk program ni semata-mata untuk dia menguasai Bahasa Inggeris sedang kan kita tahu anak kita tak mampu sebenarnya. Kesian tau dekat anak. Ini hanya pendapat saya saja.

Note: Next week dah back to normal routine bila anak-anak dah start sekolah... hurmmm...



You Might Also Like

18 komen

  1. tak sure lah sekolah syafi ada buat juga ke tak. ni baru tau pasal dlp ni

    ReplyDelete
  2. Bagus juga dlp ni...
    Mcm mrs pip, kita ajar anak anak dual language kat rumah since lahir coz nak anak anak boleh catch up bila masuk sekolah nak blajar bahasa ... tak fasih bertutur bi pun tak pa, asalkan anak anak faham maksud bi tu, so komunikasi akan lebih baik ... mencabar juga sistem pendidikan akan dtg ni.,,,

    ReplyDelete
  3. Pernah dengar pasal program ni beberapa tahun lepas. Ada baca rintihan ibu bapa yang merayu untuk keluarkan anak dari program ni tapi tak boleh.

    Sedang subjek makin sukar setiap tahun, anak dah tercicir... kesian. Darjah 1-3 mungkin tak de masalah... tapi bila naik darjah 4 dan seterusnya, pencapaian anak-anak mula merosot.

    Tapi macam Fiza cakaplah, kalau anak memang mahir English dan parents memang maklum tentang ni boleh teruskan. Sesuatu yang baik untuk anak juga sebenarnya... cuma kena struggle lebih.

    ReplyDelete
  4. eeee, stresss nya macam-macam program nak kena ambil tahu, I abru nak berehat from thinking school stuff,

    i kat sekolah stress memanjang, sekarang anak-anak pula terpaksa lalui benda yang sama I lalui. nangis mak tapi mungkin ini salah satu faktor nak kasi masa anak-anak terisi I ikut kan je la..

    ReplyDelete
  5. owh program baru..lagi 2 tahun anak masuk skolah rendah..konfem masa tu makin bertambah program..

    ReplyDelete
  6. DLP ni kena tengok penguasaan bahasa Inggeris. Kalau ok, insya allah ok. Ada anak kawan masuk DLP tak score so mak dia tukarkan ke kelas biasa. Terus score. Rupanya anak dia tak faham sangat pembelajaran dalam bahasa inggeris. Tapi program ni bagus juga...

    ReplyDelete
  7. Sistem pendidikan sekarang amat jauh berbeza dan parents pun kena catch up skali. Tak boleh dah nak harap cikgu 100%...

    ReplyDelete
  8. Bagus program ni. Kalau dulu mungkin tak terasa sangat kepentingan Bahasa Inggeris... Sekarang memang cukup penting. Sama juga dengan bahasa-bahasa lain termasuk Bahasa Cina. Kemahiran berbahasa cukup diperlukan tapi janganlah sampai mengenepikan bahasa ibunda juga kan. :)

    ReplyDelete
  9. tak byk sek offer dlp ni...kluster school pun ada yg takde tawarkan...dia ada pro n cons..utk cikgu cam kelam kelibut sikit mengajar

    ReplyDelete
  10. okla tu..kena bagi belajar dua bhasa..ikut kemampuan anak2

    ReplyDelete
  11. As a parents mmg kena pikir jauh.. even anak masih kecik tp dah dedahkan dgn pelbagai bahasa. Selain die mudah serasi dgn environment, die mudah bgaul dgn pelbagai kaum. Smpai fmly dok ketawa ank sleng org putih..hehe..

    ReplyDelete
  12. Jujur saya katakan. Disebabkan subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, saya boleh menguasai bahasa tersebut.

    ReplyDelete
  13. rasanya memang penting sgt bahasa english nie walaupun 2nd language.Bahasa nie dlm jiwa kan2

    ReplyDelete
  14. Semoga anak-anak huda boleh belajar dan kuasai 2 bahasa ini di sekolah.

    ReplyDelete
  15. this is good for the kids. I agree with your points in the article

    ReplyDelete
  16. Is good to explore children with variety languages. They catch faster than adult.

    ReplyDelete
  17. Anak anak saya dua dua masuk kelas DLP. Bagus masukkan anak kelas DLP ni sebab manalah tahu rezeki mereka sekolah menengah nanti dapat masuk MRSM atau SBP kan. Memnag bahasa Inggeris digunakan sepenuhnya

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive