Cara Buat Invoice Menggunakan Account PayPal

Friday, December 29, 2017

Cara Buat Invoice Menggunakan Account PayPal | Alhamdulillah... Rezeki blogging nak masuk hujung-hujung tahun ni kan. Kebetulan dapat job untuk sponsored post. Memang kerja mudah jer sebab kau hanya copy and paste info yang di beri dalam blog. Tak payah nak mengarang ayat bagai. 2nd time dapat job dari client over the sea. Yang best, payment by USD. Harga pon kira ok lah. Lepas tolak fees semua still lebih dari tujuhpuluhringgit. Berbaloi lah jugak dengan kerja yang senang kan.


Tapi tu lah. Bila dah selesai job, dia minta invoice PayPal. Alamak... Account PayPal memang dah lama ada. Tapi tak pernah pakai pon. Macam mana pulak nak buat invoice PayPal ni. Mulalah search pakcik google. Jumpa lah jugak. Tapi macam tak lengkap infonya. Lepas tu kan, mostly aku jumpa Cara Buat Invoice Menggunakan Account PayPal adalah dari negara seberang. Nasib bahasa senang nak faham... hehehe... Senang jer nak buat sebenarnya. Boleh follow steps ni:

Cara Buat Invoice Menggunakan Account PayPal


Kalau belum ada account PayPal, silalah create satu. Customer kita ni dari pelbagai negara... haaa gittew... Senang jer pon. Ok... Log in account PayPal korang, lepas tu klik dekat Send & Request Payment ni.

Pilih Create Invoice ni.

 Klik dekat bahagian Create. Tak kisah lah yang belah atas atau belah kanan tu. Janji 'CREATE'



Apalagi... Isi lah info-info yang diperlukan. Invoice nombor tu korang reka lah sendiri. Invoice date tu letak lah tarikh korang create invoice tu. Haaaaa... Due date tu korang kena tanya client nak letak berapa haribulan. Macam aku haritu, client dah siap bagi tarikh due date. Bill to pulak korang letak email address dengan nama client sekali. Logo tu aku amik yang lama. Nak kena buat logo baru jugak ni.


Yang dua kotak kecik (Allow partial payment / Allow customer to add tip) tak payah tick. Kalau korang ada Terms and Conditions, boleh lah isi. Yang ni aku tak isi pon sebab tak tahu nak letak apa. Note to recipient pulak, korang letak lah apa-apa ayat.


Dah siap semua, korang boleh preview dulu atau save as draft. Kalau dah rasa ok, boleh lah send. Untuk option send pulak, korang boleh pilih sama ada nak Send via Paypal atau Share link myself. Aku pilih send via paypal jer. Ini lah contoh invoice Paypal yang aku dah create. Notes tu aku main bedal jer. Boleh lah kalau korang nak tiru... Ngeeee... Notes korang lagi mantop kot.


Yang bestnya invoice PayPal ni kan, korang boleh hantar reminder kalau client masih belum bayar. Tak payah nak hantar email bagai sebab dah ada tajuk Reminder: Your payment for this invoice is due. Kau cuma perlu mengarang ayat sikit lah. Hantar jer banyak kali reminder asal payment korang masuk.

Sekian perkongsian Cara Buat Invoice Menggunakan Account PayPal. Senang jer kan. Best jugak bila ada duit dalam PayPal ni. Kalau banyak dapat job dalam USD kan syok. Senyum lebar bila nak convert to Ringgit Malaysia. Buat  masa ni aku tak transfer lagi masuk local account. Macam sayang pulak. Bila lah duduk diam-diam dalam tu. Kot terdesak nanti boleh pakai kan... hehehe...

Note: Alhamdulillah... Blog lah sumber pendapatan sampingan. Boleh jugak cover mana yang kurang.


You Might Also Like

20 komen

  1. Wah boleh praktikkan kepas nih...Akak kena bg invoice eh..sy sebelum nih bg karina id paypal jer..payment pun cpt...duk smpn dlm paypa lg..biarkan je dlm tuh

    ReplyDelete
  2. Info yang bagus ni kalau nak create invoice kat paypal.

    ReplyDelete
  3. Lah tak tau pulak boleh buat invoice pakai paypal je. Senang sikit macam ni. Tak ada lah nak buat manual. Nanti boleh try

    ReplyDelete
  4. Wah bagusnya dengan penulisan boleh menjana pendapatkan.
    Takpa bila dapat job over the sea, maksudnya sudah hebat juga.

    ReplyDelete
  5. Thanks for the guide. I want to try to do my invoice too.

    ReplyDelete
  6. alamak.. kena buat akaun paypal ke ? hee~ kang lagi dahsyat la atie menyoping kang.. hee~ dan buat masa ni belum ada urusan yang menggunakan Paypal.. tapi atie bookmark entri ni untuk adik ipar sebab hari tu dia tanya..

    ReplyDelete
  7. owh baru tahu boleh buat invoice guna paypal. nk try jugak la nnt

    ReplyDelete
  8. Bagus info ni. Sya pun kadang2 terkial2 bila guna paypal. Pandai buat pembayaran sahaja. Terima kasih kongsikan cara.

    ReplyDelete
  9. Gud info sis. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  10. bagusnya dapat sponsored post dari luar negara. sudah lama i tak receive any! sad! haha

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  11. Anak sis kerja PayPal tapi mak tak tahu apa benda pun pasal Paypal..hehehe. Nanti kalau ada yg mintak invoice melalui paypal bolehlah pakai tips ni..thanks tau

    ReplyDelete
  12. Ehhh bagus juga. Selalu ruby hantar email invoice. Kalau dari PayPal ni lagi la mereka percaya bahawa akaun tu kita punya. Hehehe. Nanti bleh cuba. Kita jadi blogger ni mcm Usahawan Bisnes juga kan. Perlu ada sistem dan fail.

    ReplyDelete
  13. Wish I read this earlier, been struggling how to use paypal last month really pening kepala for first timers.

    ReplyDelete
  14. nice sharing for fulltime blogger like me

    ReplyDelete
  15. Info yang menarik sekali... Bonde belum ada akaun Paypal ni.. boleh guna info ni nanti.

    ReplyDelete
  16. Tak tau plak boleh buat invoice kat Paypal. Lepas nie #RawlinsGLAM kena godek dan belajar ikut tutorial yang Fiza share ini. TQ ye

    ReplyDelete
  17. senanglah dah ada tuto ni.selalunya kita create invoice sendiri je.

    ReplyDelete
  18. Wah akak..thanks sebab share...
    Saya pun tak pernah tau boleb buat invoice ngn paypal ni...
    Mana tau next time ada rezeki guna paypal mcm akak ke

    ReplyDelete
  19. Senang juga and suka dengan format invois dia. Tapi saya prefer guna invois sendiri lagi :D

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive