Bahayanya MICROSLEEP Ketika Memandu
Wednesday, December 06, 2017
Bahayanya MICROSLEEP Ketika Memandu | Aku pon baru tahu pasal Microsleep ni. Bila teringat balik kisah aku yang pernah accident 5 tahun lepas, barulah aku sedar yang ianya berpunca dari Microsleep. Punyalah berderau darah aku time tu. 1st time accident. Dalam bulan puasa pulak tu. Memang Bahayanya MICROSLEEP Ketika Memandu. Tapi kan, Microsleep tu apa?
Apa Itu Microsleep
Microsleep ni situasi dimana korang sedang memandu kenderaan dan secara tiba-tiab boleh terlelap. Sekejapan dan hanya beberapa saat jer kau terlelap. Kau nampak kereta/lori yang masih jauh jaraknya tiba-tiba dah ada dekat depan mata. Pernah tak alami situasi macam ni? Ini lah yang dinamakan MICROSLEEP. Faham semua.
MICROSLEEP adalah keadaan dimana badan 'tidur' buat seketika. Segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses otak. Tempoh microsleep adalah antara 1 hingga 30 saat. Ia boleh berlaku walaupun mata masih terbuka. Seperti sebuah komputer, otak telah "shut down".
Pada kelajuan 70km/h, microsleep selama 3 saat menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter. Dalam jarak 200 meter, nyawa boleh melayang dalam sekelip mata. Bayangkan apa yang boleh berlaku apabila kenderaan dipandu pada kelajuan 100 km/h. Inilah yang terjadi pada aku 5 tahun yang lepas. Korang boleh baca kisah sedih aku dekat [SINI]. Malas nak taip balik.
Lepas dah kebabomm tu kau pon terus blur. Erkkk... Macam mana boleh accident ni? Aku rasa aku tak tidur pon. Dan macam-macam perasaan lagi. Macam tak percaya yang kau dah langgar kereta orang. Alhamdulillah... yang melanggar dan yang kena langgar tak apa-apa. Memang Microsleep betul lah.
Ada juga yang berpendapat jika kenderaan dipandu dengan laju, akan kurang mengantuk akibat kesan 'adrenaline' yang meningkatkan upaya 'fight or flight'. (Fight or flight adalah sitiuasi dimana badan bersedia untuk menghadapi keadaan yang memberhayakan diri: lari atau lawan). Manakala jalan yang berbengkang bengkok seperti di Lebuhraya Karak akan menghilangkan rasa mengantuk kerana pemandu lebih fokus dengan cabaran ambil 'corner'.
Dua fakta di atas hanya mengundang bahaya. Kesan 'fight or flight' hanya seketika sahaja. Sistem badan akan 'burn out' dan akhirnya boleh menyebabkan microsleep yang lebih lama. Lagi bahaya ni. Kau dah ngantuk tapi kau memandu secara laju untuk hilangkan mengantuk. Jadi, apa yang harus dilakukan?
Tips Elak Microsleep
- BERHENTI
- LETAK KERETA DI TEMPAT YANG SELAMAT
- TIDUR
Tak payah lah tidur lama sangat. Lima minit jer dah cukup. Ulang 3 tips atas tu kalau korang start rasa mengantuk. Untuk pemanduan jarak jauh, berhenti berehat setiap dua jam. Untuk penumpang hadapan pula, janganlah masuk jer kereta kau terus tidur atau main handphone. Jadilah co-driver yang prihatin. Cuba buat macam ni:
- Bawa bersembang dengan pemandu untuk elakkan rasa mengantuk.
- Perhatikan cara pemanduan. Jika sudah mula membawa tidak mengikut lorong, tegur pemandu. Cadangkan untuk berehat seketika di stesen minyak.
- Sekali sekala lihat paparan dashboard pemandu. Adakah pemanduan terlalu laju? Ada tak lampu-lampu amaran yang menyala? Jika ada, tegur.
Ingat ni. Sejak aku accident dulu, memang ambil langkah lebih berhati-hati. Jarak masa dari rumah ke office pon ada lah delam 25 minit ke 30 minit. Tipu lah kalau tak ada rasa mengantuk kan. Kadang-kadang kalau datang ngantuk tu, aku bulatkan mata besar-besar, dok tampar-tampar pipi kuat-kuat lepas tu kuatkan volume radio. Sambil tu berdoa lah supaya DIA segarkan mata ni. Cukup-cukuplah sekali accident dulu. Trauma nya masih ada lagi. Especially boila kau dengar bunyi yang kuat atau dentuman. Berderau darah kau.. huhuhu...
Apa-apa pon, berhati hati di jalan raya. Sejauh mana kita berhati-hati sekali pon, kemalangan tetap berlaku atas sebab kecuaian pemandu lain. Sebelum memulakan perjalanan tu, mohon padaNYA supaya perjalanan sentiasa dipermudahkan. Thanks to Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris atas info ni.
Note: Dah lama tak jadi co-driver since ada anak kecik ni. Rindu pulak... hahaha...
22 komen
selalu gak terlelap..masa drive long distance..bila jadi gini, mmg stop & tidur..tu ubat terbaik. ada org cakap, kalau selalu terlelap ni disebabkan kolestrol tinggi..kena check la lepas ni
ReplyDeletepernah kena..pernah langgar bontot lori masa tu. Allahu
ReplyDeleteina pernah berlaku.Masa tu, 2tahun lepas lah.. tengah test JPJ,mujur lah sedar cepat..kikiki..Puncanya, ina takleh bawak keta dalam keadaan cuaca hujan.
ReplyDeleteooo...namanya microsleep. KG pernah mcm ni..nasib baik la x terjadi apa2 masa memandu. Tapi bukan masa driving aje KG pernah kena ni...heheh..masa kursus dgn keadaan mata masih terbuka pun berlaku
ReplyDeleteYa Allah, mudah-mudahan dijauhkan. ameen
ReplyDeletehii jmput join n meriahkan segmen GA kt sini
http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html
Marsha banyak kali kena fiza microsleep ni. Siap kat traffic light pun terlena.
ReplyDeletebaru tahu pasal microsleep ni. Bhaya juga ni. thanks untuk info
ReplyDeleteHusband kita pun kategori microsleep,perjalanan jauh,kalau takde hiburan dan makanan dalam kereta,mulalah ngantuk dia tu datang.kebiasaannya kita ambil waktu malam untuk perjalanan jauh..
ReplyDeleteMemanf bahaya kak microsleep ni. Ramai dh jd mangsa sebab ni. Kena make sure sebelum drive tu kita dlm keadaan segar, cukup tidur dan selesa.
ReplyDeleteBahayanya. Tu sebablah takut nak drive.. seram kalau tertidur tiba tiba time memandu
ReplyDeleteBagus..pernah jugak tertido dlm 2-3 saat masa memandu tp nasib baik xde keta kat depan..dan sedikit tersasar.. alhamdulillah xde apa2 berlaku dan cepat sedar..sejak tu dh x pernah kena dh
ReplyDeleteAbang kita pernah kena masa dia balik kerja sebab dia kerja shif malam pagi tu dah mengantuk terus terbalik kereta dan tak total lost kereta tu nasib di tak ada apa2...
ReplyDeleteBaru Kak Sue tau apa tu Microsleep.. takut juga kan kalau terjadi kat kita.. huhuhu..
ReplyDeleteSaya pernah gak..balik dr kerja..sakit kepala...rsa mngantuk sgt2 tau2 dah langgae org depan..
ReplyDeleteHadoiii melayang duit...tp nasib baik nyawa tak melayang
pernah jgk..microsleep time bheti kat traffic light...dh ijau pun xperasan..xpasal2 kena hon dgn kete belakang,,..hihi
ReplyDeletemenagantuk waktu drive memang biasa nak-nak perjalanan tu dalam 1 jam lebih. Sebab tu Ika lebih selesa bawa teman kalau jalan jauh.
ReplyDeleteBetul tu bahaya microsleep ni. Pernah juga jadi tp mujur sempat sedar dan kereta di hadapan masih jauh. Sebaiknya berhenti rehat dulu.
ReplyDeleteMy hubby easily fall a sleep when driving. Usually I will switch with him.
ReplyDeleteSelalu juga hadapinya....
ReplyDeleteBila jadi macam nie, selalu ambil keputusan untuk tukar driver or berhenti memana, tido....
Tapi itu la, bila naik kapal terbang.. walaupun ianya terbang laju juga... makan berjam juga bro tertido walaupun kapal terbang belum berlepas... itu, apa namanya ek?
Bahaya kan microsleep nie. Rawlins pernah terlelap ketika memandu di hi way masa bulan puasa. Nasib cepat sedar sebab depan tu dah gaung. Huhu
ReplyDeleteSis mmg selalu kena sindrom gini. Tu yg risau bawak kereta jauh2, fobia rasanya.
ReplyDeleteSkrg kalau ngantuk mmg berenti tido skjp atau makan asam
Memang bahaya ni.. saya pernah ikut pemandu yang macam ni.. bawa2 bercerita pandai terlelap kejap..
ReplyDeletetapi tetap nak terus memandu.. nasib selamat sampai destinasi